Thursday, May 27, 2010

Segala yang ada di Dunia tidaklah Berharga!!!

La Tahdzan 91: Segala yang ada di Dunia tidaklah Berharga

رُمي أحدُ الصالحين الكبارُ بين براثِنِ الأسدِ ، فأنجاه اللهُ منه ، فقالوا له : فيم كنت تفكِّر ؟ قال : أفكِّر في لعابِ الأسدِ ، هلْ هو طاهرٌ أم لا !! . وماذا قال العلماءُ فيهِ

Ada suatu ketika seorang yg soleh dilepaskan di kawanan singa. Namun kemudian Allah menyelamatkan. Orang-orang pun bertanya kepadanya," apa yg tuan fikirkan sa'at itu (di datangi singa-singa kepadanya)?" Orang soleh itu menjawab," aku cuma memikirkan tentang air liur singa, apakah ia suci atau tidak; serta apa pendapat ulama' dlm masalah ini."

syarah: Dr. al-Qarni tidak menjelaskan siapa org soleh itu. kemungkinan besar dia adalah Sa`eed bin Jubair. Betapa hebatnya dia, di sa`at dia berdepan dgn maut, dia tidak memikirkan itu semua...mindanya cuma fokus kepada masalah furu' agama sahaja.

sebuah sya`ir:

ولقد ذكرتُ الله ساعة خوفِهِ للباسلين مع القنا الخطَّارِ
فنسيتُ كلَّ لذائذٍ جيَّاشةٍ يوم الوغى للواحدِ القهارِ

aku mengingati Allah saat merasa khuatir
akan ancaman pencerca dgn tombak terhunus

aku pun menjadi tidak menikmati
setiap keindahan dunia yg menggiurkan
saat merenungi hari yg gawat
di mana setiap orang akan mengadap Tuhan
Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa


-------------------------------------------------------------------------------------

La Tahdzan 91-2: Segala yang ada di Dunia tidaklah Berharga

إنَّ الله - جلَّ في علاه - مايز بين الصحابةِ بحسبِ مقاصدهِمْ ، فقال : * مِنكُم مَّن يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنكُم مَّن يُرِيدُ الآخِرَةَ *

Allah Yg Maha Tinggi telah membedakan di antara para sahabat berdasarkan maqosyid (niat2) mereka. Sbg mana Firman-Nya:
" di antara kamu ada orang yg berhajat akan dunia dan di antara kamu ada pula yg berhajat kpd akhirat." AQT 3:152

syarh:

sistem penggredan yg digunapakai oleh Tuhan kita ialah niat. Yang paling mulia (tinggi) di kalangan kita ialah taqwa dan taqwa itu di hati...


-------------------------------------------------------------------------------------

La Tahdzan 91-3: Segala yang ada di Dunia tidaklah Berharga

ذكر ابنُ القيم أنَّ قيمة الإنسانِ همتُه ، وماذا يريدُ ؟! .
وقال أحدُ الحكماءِ : أخبرْني عن اهتمامِ الرجلِ أُخبرْكَ أيُّ رجلٍ هو


(al-Hafidz) Ibn al-Qayyim (w.751H, manhaj salafiyah Syria) menyebut, nilai manusia itu diukur dgn wawasan (himmah) yg ia miliki; maka apa lagi yg diperlukan manusia melainkan memiliki sebuah wawasan setinggi mungkin?

Berkata seorang hukama' (bijakpandai), "Khabarkan kepadaku apa cita2 seseorang itu niscaya akan aku khabarkan siapa sebenarnya si dia itu." [Madarij as-Saalikin, 3/171]

Formula La Tahdzan hari ini:

Jika kita ingin mengenali personaliti seseorang, cuba tanya apakah cita-citanya...

Maka sebab tu ada tokoh gerakan Islam terkenal di Mesir yg menetapkan cita2 orang Islam:

"maut dijalan Allah adalah setinggi-tinggi cita-citaku"


-------------------------------------------------------------------------------------

La Tahdzan 91-4: Segala yang ada di Dunia tidaklah Berharga

Sebuah sya`ir arab:

فعادوا باللّباسِ وبالمطايا وعدْنا بالملوكِ مصفَّدينا

Banyak manusia yg tidak ingin kpd
pakaian dan hadiah yg baik
Juga tidak hingin
memiliki kerajaan yg megah

Kisah seorang wali Allah:
انقلب قاربٌ في البحرِ ، فوقع عابدٌ في الماءِ ، فأخذ يوضِّئ أعضاءه عضواً عضواً ، ويتمضمضُ ويستنشقُ ، فأخرجهُ البحرُ ونجا ، فسئل عنْ ذلك ؟ فقال : أردتُ أن أتوضأ قبل الموتِ لأكون على طهارةٍ

sebuah kapal telah karam dan seorang `abid (ahli ibadah) turut tercampak ke laut. Maka beliau mula berwudhu' mengikut tertibnya. Ia berjaya menyelamatkan diri dan sampai ke daratan. Lalu ditanyakan akan keadaan dirinya di lautan. Katanya."aku ingin berwudhu' sebelum meninggal agar mati dlm keadaan suci."

Pengajaran:

Jika kebanyakan manusia kelamkabut dan mengumpulkan barang berharga ketika karam di laut, org yg mengetahui nilai dunia, menyibukkan diri dgn wudhu'. Wudhu' itu lebih penting padanya di saat org lain cemas dgn maut!

-------------------------------------------------------------------------------------
La Tahdzan 91-5: Segala yang ada di Dunia tidaklah Berharga

لهِ دَرُّك ما نسيت رسالةً قدسيةً ويداك في الكُلاَّبِ
أفديكَ ما رمشتْ عيونُك رمشةُ في ساعةُ والموتُ في الأهدابِ

Sungguh mengkagumkan
kau tidak melupakan risalah suci
walaupun tanganmu sudah berapa dalam bara api
Kau abaikan kepedihan matamu saat itu
padahal kematian sudah berada dipelupuk matamu

الإمامُ أحمدُ في سكراتِ الموتِ يشيرُ إلى تخليلِ لحيتِهِ بالماءِ وهمُ يوضِّئونه !!
* فَآتَاهُمُ اللّهُ ثَوَابَ الدُّنْيَا وَحُسْنَ ثَوَابِ الآخِرَةِ

Pada sa'at sakratul maut, Imam Ahmad (ibn Hanbal) menunjuk ke arah janggutnya (memperingati mereka yg membantu wudhu'nya)
Inilah maksud firman Allah
AQT3. 148. [Karena itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat.]

Saturday, May 15, 2010

Meneladani Krisis Salaf vs. Khalaf di Era Othmaniyyah

KETERBUKAAN OTHMANIYYAH

Sebagaimana yang kita semua sedia tahu, Othmaniyyah bermazhab Hanafi. Mazhab Hanafi telah menjadi pegangan negara-negara bangsa Turki di era Islam semenjak dari zaman Karakhanid. Dengan tabiat yang wujud di dalam kaedah pengambilan hukum dan pengembangannya di dalam Mazhab Hanafi, masyarakat Othmaniyyah menganggap mereka sebagai terbuka dan fleksibel. Ia memberikan ruang kebebasan yang banyak di bidang siasah dan penguatkuasaan polisi dari semasa ke semasa. Di atas sifat ini, Halil Inalcik berpendapat bahawa Othmaniyyah adalah sebuah masyarakat Islam yang paling bersikap terbuka terhadap pengaruh budaya luar[i].

Keterbukaan Othmaniyyah itu telah mengundang kepada kemasukan unsur yang positif dan negatif. Kemunculan gerakan Kizilbas (“kepala merah”) yang membawa propaganda dan pengaruh Syiah telah menjadi senjata Kerajaan Safavid untuk mengkucar-kacirkan Othmaniyyah. Apabila ancaman ‘rakan sekiblat’ dari golongan Syiah ini muncul, ia telah menimbulkan suatu kesedaran betapa para Sultan perlu benar-benar menguasai ilmu pengetahuan demi untuk berhadapan dengan serangan pemikiran seperti yang dilakukan oleh golongan Kizilbas itu tadi. Sultan Suleyman I telah menuntut ilmu dengan Imam Ebussud (1490 – 1574) untuk tujuan tersebut.

KEMUNCULAN AJARAN SESAT

Perbicaraan yang membabitkan Molla Kabiz (m. 1527) menarik perhatian kita berkaitan dengan isu ini. Ketika mana berlakunya pemberontakan Kizilbas Kalender Celebi di Anatolia pada tahun 1527, Molla Kabiz telah mempertahankan pendapat bahawa Jesus adalah lebih hebat berbanding dengan Rasulullah Muhammad s.a.w. Semasa beliau dibicarakan buat kali pertama di Imperial Council, para kadiasker tidak dapat mendatangkan hujah Syara’ yang cukup untuk membolehkan Molla Kabiz dihukum. Sultan yang tidak berpuas hati dengan hal ini telah menitahkan agar dilangsungkan perbicaraan kedua terhadap Molla Kabiz dan kali ini ia membabitkan perdebatan bersama Sheikh al-Islam Kemal Pasazade yang juga merupakan kadi Istanbul. Sheikh al-Islam telah berjaya mendatangkan hujah yang menyebabkan Molla Kabiz terdiam, namun beliau tetap dengan pandangannya. Akhirnya Molla Kabiz dihukum bunuh selepas perbicaaraan itu.

Ekoran daripada peristiwa itu, pada tahun 1537, semua gabenor telah menerima pekeliling daripada kerajaan Othmaniyyah bahawa sesiapa yang meragui ajaran Nabi Muhammad s.a.w. adalah dianggap sebagai kafir dan boleh dihukum bunuh. Para gabenor juga menerima arahan agar setiap kampung didirikan sebuah masjid dan setiap mukallaf diwajibkan hadir ke Solat Jumaat. Ini merupakan langkah yang diharapkan dapat menjadi mekanisma yang boleh mengesan golongan yang menolak Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.

Kemunculan cabaran yang berbentuk serangan pemikiran di dalam sebuah masyarakat sebesar Othmaniyyah, mendorong kepada munculnya kebiasaan melaksanakan agama secara penguatkuasaan undang-undang (law enforcement) dan hal ini mengundang kepada benih-benih fanatisma di dalam soal beragama[ii].

ANTARA KERAS DAN BERSEDERHANA

Lazimnya, golongan yang keras pendekatannya adalah terdiri daripada sarjana yang masyhur dari kalangan mereka yang mengajar di masjid-masjid besar yang utama. Manakala Ulama’ yang mengambil pendekatan yang lebih bersederhana adalah terdiri daripada mereka yang mengajar di Sekolah Tinggi atau berkhidmat sebagai kakitangan di institusi agama. Di antara mereka itu, adalah Taskopruluzade Ahmed (1495 ““ 1561)[iii].

Taskopruluzade telah mengkritik secara keras terhadap tindakan Ulama’ yang keras kerana pada anggapannya telah mengeksploitasi kejahilan orang ramai dan menjuruskan mereka kepada kesesatan. Katanya, “Allah menghalang kita daripada mendekati mereka yang menonjolkan fanatisma di dalam agama!” Pada tanggapan Taskopruluzade, setiap orang adalah bebas untuk memilih mazhab pegangannya. Dakwaan bahawa mazhab seseorang adalah betul secara muktamad, manakala mazhab-mazhab yang lain sebagai palsu, serta melemparkan tuduhan kufur kepada mana-mana Muslim sebagai bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

Gerakan yang memilih pendekatan yang berbau fanatisma ini menjadi semakin berleluasa sehingga menimbulkan kegusaran di kalangan orang ramai dan ia telah menarik perhatian pemerintah untuk mengambil sikap berjaga-jaga.

MEHMET BIRGILI EFENDI

Salah seorang daripada sarjana yang bertindak keras di dalam pengajarannya adalah Mehmed of Birgi (1522 – 1573). Aktivitinya paling menonjol di sekitar tahun 1558 hingga 1565. Beliau telah mengkritik amalan-amalan kebiasaan Othmaniyyah seperti berjabat tangan dan tunduk kerana memberi hormat, budaya mencium tangan, memakai jubah-jubah yang besar dan apatah lagi perbuatan mengadakan upacara-upacara keagamaan di kawasan perkuburan sebagai Bid”‘ah dan mesti dibanteras habis-habisan. Malah serangan Mehmed of Birgi juga menyentuh beberapa polisi rasmi kerajaan Othmaniyyah seperti menggajikan mereka yang bertugas di institusi agama, menganggap pewasiatan wang serta harta alih sebagai wakaf, sebagai polisi yang batil. Pada masa yang sama, tulisan-tulisannya yang menghentam perbuatan membaca mentera dan menari-nari di dalam majlis zikir telah mengundang huru-hara di dalam masyarakat ketika itu.

Anak murid Mehmed of Birgi iaitu Kadizade Ahmed (m. 1635) dan sekumpulan pendakwah yang menjadi pengikut kepada Mehmed of Birgi, dikenali sebagai fakis, meneruskan kontroversi tersebut. Seruan mereka dari mimbar-mimbar Istanbul telah mencetuskan kacau bilau di dalam masyarakat dan menyebabkan masyarakat berpecah kepada dua. Golongan faki­s ini menegaskan bahawa sebarang amalan yang tidak wujud di zaman Nabi s.a.w. adalah Bid’ah dan sesiapa yang mengamalkannya dianggap kafir. Mereka menyatakan juga bahawa rokok tembakau dan kopi adalah haram, seiringan dengan sebarang muzik dan tari menari. Malah tuntutan golongan fakis membawa hingga kepada menuntut agar subjek seperti matematik dan ilmu sains dimansuhkan daripada Madrasah.

Seruan golongan ini berlarutan serta berkembang dan ia sampai ke suatu tahap di mana Sultan Murad IV (1623 – 1640) telah cuba untuk meraih pengaruh lantas menggubal serta menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan rokok tembakau dan alkohol serta tidak bertolak ansur terhadap mereka yang engkar.

Dakwaan golongan faki­s juga mempertikaikan kehidupan mewah para pemerintah serta menyeru kepada penentangan terhadap sebarang ketidakadilan yang berlaku. Pada tahun 1656, mereka menghentam kesemua tekke (pusat kegiatan golongan Sufi) dan cuba untuk melancarkan revolusi agama secara besar-besaran.

SALAFI DIMANIPULASI

Malang sekali, apabila pengaruh golongan faki­s menjadi begitu kuat, khususnya di kalangan rakyat bawahan, terdapat sebahagian pegawai tinggi pemerintah dan ahli politik cuba memanipulasi pengaruh itu dengan menyatakan sokongan mereka kepada golongan fakis. Golongan ini yang secara dasarnya cuba mengembalikan masyarakat kepada Sunnah, telah dijadikan sebagai alat konspirasi oleh golongan ahli politik itu tadi.

Akhirnya Koprulu Mehmed (m. 1661) yang menjadi Perdana Menteri ketika itu telah mengambil tindakan mengusir keluar golongan fakis ini daripada Istanbul demi untuk mengelakkan tercetusnya perang saudara.

PENGAJARAN

Inilah sebahagian daripada sedutan peristiwa yang pernah berlaku di zaman Othmaniyyah. Isu utama yang menjadi pencetus huru hara di masa itu adalah soal BID”‘AH dan fokusnya masih sama dengan apa yang berlaku hari ini.

Di dalam hal ini Katip Celebi[iv] (1609 – 1657) telah membuat ringkasan terhadap pandangan para Ulama berhubung dengan hal ini. Beliau menyatakan bahawa adat istiadat dan Bid’ah yang telah menjadi kebiasaan sebahagian besar masyarakat, tidak boleh dan tidak sepatutnya dihapuskan secara kekerasan. Bid’ah mungkin tidak sejajar dengan kehendak Syara’. Akan tetapi, manusia, sebagai hamba Allah adalah makhluk yang lemah dan tidak sempurna. Allah s.w.t. ‘menangani’ kelemahan manusia itu dengan sifatnya yang Maha Pengampun, lantas Islam lebih mengutamakan toleransi berbanding paksaan dan kekerasan. Tindakan menggunakan kekerasan ini hanya akan mencetuskan penentangan dan akhirnya mengakibatkan kegusaran serta perpecahan di kalangan masyarakat.

Katip Celebi juga mengusulkan bahawa penyelesaian terhadap fanatisma di dalam agama, boleh diperolehi dengan mengkaji beberapa sains keintelektualan sebagaimana yang diamalkan di era pemerintahan Fatih Sultan Mehmed. Padanya Mehmed of Birgi tidak memahami fungsi adat di dalam masyarakat kerana beliau tidak mempelajari Sejarah dan Falsafah. Katip Celebi juga percaya bahawa perdebatan sememangnya bermanfaat, namun ia terhad kepada sarjana (Ulama’) sahaja, dan tidak seharusnya membabitkan orang ramai.

Usaha yang dilakukan oleh Mehmed of Birgi dan pengikutnya adalah reaksi yang wajar apabila masyarakat semakin terbelenggu dengan amalan-amalan yang menyalahi ajaran Islam. Namun, usaha itu menjadi gagal kerana dua sebab yang berulang-ulang di sepanjang sejarah Islam iaitu:

1.

Fanatisma terhadap pandangan sendiri
2.

Menggunakan pendekatan keras dan paksaan di dalam dakwah

Inilah yang sepatutnya menjadi pelajaran kepada Ummah. Manipulasi golongan politik terhadap seruan ‘pulang kepada Sunnah”‘ ini juga mesti diberi perhatian kerana pendukung Sunnah sudah pun pernah menjadi ‘alat konspirasi’ sesama ahli Politik yang sentiasa memikirkan kepentingan politik mereka sahaja.

Ketika golongan faki­s sibuk dengan isu Bid’ah, pada masa itulah Othmaniyyah jatuh merudum kerana ancaman sebenar pada masa itu adalah:

1.

Serangan kuasa bersekutu dari Barat
2.

Serangan Syiah dari Timur
3.

Rakyat Othmaniyyah sendiri berpecah belah pada masa tersebut.

KONSPIRASI SAFAVID

Pada tahun 1599, Shah Abbas dari Iran telah menghantar dutanya ke Eropah dan membuka kepada perbincangan ketenteraan dan ekonomi ke arah menekan Othmaniyyah secara langsung. Di Vienna, hasrat ini disambut oleh Maharaja dengan baik. Beliau menyatakan keinginan untuk membentuk suatu gagasan anti-Othmaniyyah bersama Russia dan Georgia di Timur, dan dalam masa yang sama akan bekerja keras ke arah menyatukan Raja-raja Kristian di Eropah di dalam satu Perang Salib yang bakal dilancarkan.

1603, perang besar-besaran dilancarkan dan tekanan serentak Timur dan Barat telah membinasakan Othmaniyyah. Bebanan Austria dan Parsi ini telah menjadi sumber luar yang utama kepada ketidakstabilan Othmaniyyah pada era tersebut.

Jika pisang berbuah berkali-kali, ia rezeki yang baik. Namun, sekiranya umat Islam disengat pada lubang yang sama untuk kali yang ke seterusnya, ia suatu petanda yang malang bagi kita.

——————————————————————————–

[i] Halil Inalcik, The Ottoman Empire: The Classical Age 1300 ““ 1600, (London, Peoenix, 1997), muka surat 181

[ii] ibid, muka surat 182

[iii] Taskupruluzade Ahmed (1495 ““ 1561) adalah ahli ensiklopedia Othmaniyyah dan guru sekolah. Beliau paling dikenali kerana tulisannya Shaka-ik al-Nu’maniya, iaitu sebuah biografi di dalam Bahasa Arab yang mengumpulkan 522 sarjana Othmaniyyah dan Mawduat al-Ulum iaitu sebuah ensiklopedia Sains.

[iv] Katip Celebi (1609 – 1657) juga dikenali sebagai Haci Halife, atau nama sebenarnya Mustafa Ibn ‘abd Allah merupakan seorang ahli Sejarah Othmaniyyah yang terkenal, pakar Geografi dan juga seorang ahli bibliografi. Antara karangannya yang paling utama adalah Kashf al-zunun’an asami al-kutub wa al-funun (The Removal of Doubt from the Names of Books and the Sciences) yang mengumpulkan maklumat tentang 15,000 buku di dalam Bahasa Arab, Turki dan Parsi yang terbit di zamannya.
Al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i (150H-204H) merupakan salah seorang tokoh ilmuwan agung yang pernah dilahir oleh sejarah kegemilangan Islam. Beliau sebaris dengan jaguh-jaguh ilmu seperti al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik bin Anas, al-Imam Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Laila, Abi Thaur, al-Imam al-Auza’i, al-Imam Sufyan al-Thauri dan ramai lagi tokoh-tokoh agung dalam sejarah perkembangan fekah Islam.



Beliau berketurunan Rasulullah s.a.w. Nasabnya bertemu dengan Nabi s.a.w. pada ‘Abd Manaf. Syafi’ bin al-Saib (nenek ketiganya) pernah berjumpa Nabi s.a.w., namun teragak-agak untuk menerima Islam. Adapun al-Saib adalah pemegang bendera Bani Hasyim menentang tentera Islam pada hari peperangan Badr. Beliau lalu ditawan oleh tentera Islam dan telah menebus dirinya sendiri, kemudian menganut Islam.( Ibn Khallikan, Wafayat al-A’yan, 2/312).

Telah disepakati bahawa beliau lahir di Ghazzah, sebuah bandar yang berada di selatan Palestin. Bapanya meninggal semasa muda. Maka beliau hidup yatim di bawah jagaan ibunya. Ibunya bimbang gagal mendidiknya, maka ketika beliau berumur dua tahun ibunya memindahkannya ke tempat asal keturunannya iaitu Mekah (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 10/6). Semasa kecilnya beliau begitu gemar memanah, sehingga berjaya mengatasi saingannya. Kemudian berminat dengan bahasa ‘Arab dan sya‘ir, sehingga menjadi pakar dalam bidang tersebut. Selepas itu beliau mencintai ilmu fekah, sehingga mengepalai manusia pada zamannya. (ibid, 10/6.)

Beliau terkenal dengan keikhlasannya terhadap ilmu. Walaupun amat menyayangi gurunya al-Imam Malik bin Anas dan gurunya juga menyayanginya, namun tidak pernah membuat beliau fanatik atau taksub kepada mazhab atau aliran fekah gurunya itu. Bahkan sejarah telah mencatatkan beliau telah menyanggahi pendapat-pendapat al-Imam Malik. Apabila al-Syafi’i datang ke Mesir, pada awalnya dia disambut oleh para pengikut Mazhab Malik kerana dia adalah seorang murid utama al-Imam Malik. Namun lama-kelamaan apabila mereka dapati dia menyanggahi Mazhab Malik mereka meninggal dan membantahnya. Bahkan ada di kalangan mereka yang mendoakan agar Allah mematikannya demi memelihara Mazhab Maliki (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala` , 10/71-72).

Namun bagi al-Imam al-Syafi’i nilai taksub ini tiada padanya. Kebenaran lebih dicintai walaupun terpaksa menyanggahi gurunya sendiri. Penghormatan bukan bermaksud mengikuti setiap perkataannya. Kata al-Zahabi:

“Tidak syak sesungguh al-Imam al-Syafi’i apabila tinggal di Mesir lalu menyanggahi dan melemahkan beberapa pandangan fekah para ulama semasa dari Mazhab Maliki dengan dalil-dalil al-Sunnah, maka mereka terasa perit kerananya dan mereka menyakitkannya kembali. Berlakulah antara mereka ketegangan. Semoga Allah mengampunkan kesemua mereka..”( Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala` , 10/95).

Kata Muhammad Abu Zahrah:

“Sesungguhnya keikhlasan al-Syafi’i dalam menegakkan kebenaran sentiasa bersamanya sepanjang hayatnya. Sehingga dia menegakkan kebenaran di mana sahaja dia berada. Jika bertembung keikhlasannya itu dengan apa yang menjadi kebiasaan fahaman orang ramai, dia tetap akan menjelaskan pandangan-pandangannya dengan berani. Jika bertembung keikhlasannya kepada kebenaran dengan keikhlasannya kepada guru-gurunya, dia tetap akan mendahulukan kebenaran. Keikhlasannya pada gurunya al-Imam Malik tidak pernah menghalang beliau menyanggahinya selepas beliau teragak-agak untuk mengistiharkannya. Namun setelah sampai berita kepadanya bahawa ada pihak di Andalus yang meminta hujan dengan menggunakan (tawassul dengan) kopiah al-Imam Malik maka dia mengistiharkan bukunya untuk orang ramai. Tujuannya agar mereka tahu bahawa al-Malik adalah manusia yang terdedah kepada salah dan betul.” (Abu Zahrah, Tarikh al-Mazahib al-Islamiyyah, m.s.455).

Fanatik mazhab telah menyebabkan dalam kalangan penduduk Andalus ada yang apabila berlaku kemarau atau kelewatan hujan, maka mereka akan solat istisqa` (minta hujan) dengan meletakkan kopiah al-Imam Malik di hadapan dan bertawasul dengannya. Bahkan di kalangan pengikut Malik di Mesir ada yang apabila dibaca hadis Nabi s.a.w., mereka menjawab dengan menyebut “berkata imam dan syaikh kami Malik..” Mereka menolak hadis demi membela pendapat imam mereka (lihat: ‘Abd al-Rahman al-Syarkawi, Aimmah al-Fiqh al-Tis’ah, www.qudsway.com/Links/Islamiyiat). Al-Imam al-Syafi’i menulis kitab menjawab pandangan-pandangan al-Imam Malik demi memahamkan pengikut mazhab tersebut bahawa imam mereka tidak maksum.

Penampilannya dengan hujah dan ilmu menjadikan beliau tokoh ilmuwan yang tidak diragui kehandalannya. Bahkan beliau tersenarai dalam kalangan mujaddid yang diiktiraf umat. Namun, seperti biasa setiap tokoh mempunyai penyokong dan musuh. Dalam kalangan musuh dan penyokong itu pula ada yang melampau dan ada yang sederhana.

Golongan yang melampau dalam sokongan akan memuji melebihi batasan yang patut. Demikian juga yang memusuhi apabila melampau akan menuduh dan mencipta tuduh yang bukan-bukan. Antara yang melampau memuji menyatakan di kuburnya ada tapak kaki Rasulullah s.a.w menziarahi al-Imam al-Syafi’i. Ini juga beberapa kali disiarkan di stesyen televisyen kita. Sedangkan beliau meninggal dunia selepas hampir 200 tahun Rasulullah wafat. Jika beliau membantah kemelampauan tindakan pengikut al-Imam Malik bin Anas, apakah beliau akan redha dengan dakwaan yang seperti ini ?!

- Gambar yang dikatakan tapak kaki Rasulullah s.a.w

Saya agak tertarik dengan ulasan Muhammad Na’im al-Irqususi terhadap riwayat mimpi Abu Ja’far yang menceritakan:

“Aku lihat dalam mimpiku Nabi s.a.w. dalam masjid baginda di Madinah. Seakan aku datang dan memberi salam kepada baginda dan berkata: “Aku tulis pendapat Malik?. Jawab baginda: Tidak!. Aku bertanya: “Aku tulis pendapat Abu Hanifah?” Jawab baginda: Tidak!. Aku bertanya: “Aku tulis pendapat al-Syafi’i?. Baginda mengisyaratkan dengan tangan baginda begini –seakan baginda mengherdikku- “Kau kata pendapat al-Syafi’i?!! Itu bukannya pendapat, tetapi jawapan kepada sesiapa yang menyanggahi sunnahku”. Al-Irqususi mengulas: “Bila pulak mimpi menjadi hujjah di sisi ahli ilmu?!!. Malik, Abu Hanifah dan selain mereka adalah dari kalangan para imam yang adil lagi dipercayai (thiqah). Mereka berijtihad. Mereka menepati sebahagian besar apa yang mereka ijtihadkan dan tersilap dalam sesetengah perkara. Setiap orang boleh diterima dan ditolak pendapatnya. Maka apa lagi?!! (Siyar A’lam al-Nubala, 10/43).

Namun riwayat mimpi seperti ini selalu dijadikan hujah oleh golongan fanatik.

Dalam kalangan fanatik permusuhan kepada imam yang agung ini ada yang menuduhnya sebagai syiah dan beberapa tuduhan yang lain. Sehingga di zamannya beliau ditangkap dan digari. Al-Zahabi (meninggal 748H) menyebut:

“Sebahagian manusia mencercanya, namun itu semua menaikkan ketinggian dan kemuliaannya. Ternyata bagi yang mereka yang insaf bahawa ulasan mereka yang menyaingi beliau (al-Syafi’i) mengandungi hawa nafsu. Jarang sekali seseorang yang muncul keimamannya (ketokohan ilmunya) dan menjawab sesesiapa yang berbeza pandangan dengannya melainkan dia akan dimusuhi. Kita memohon perlindungan dengan Allah dari hawa nafsu”. (Siyar A’lam al-Nubala, 10/9).

Bahkan ada yang mencipta hadis palsu kerana fanatik kepada Mazhab Abu Hanifah lalu mencerca al-Imam al-Syafi’i. Disebut dalam hadis palsu itu, kononnya Nabi s.a.w bersabda: “Akan ada dalam kalangan umatku seorang lelaki yang dipanggil Muhammad bin Idris (al-Syafi’i), dia memberi mudarat kepada umatku lebih daripada iblis. Akan ada pula seorang lelaki di kalangan umatku dipanggil Abu Hanifah, dia adalah lampu umatku, dia adalah lampu umatku). Hadis ini direka oleh Makmun bin Ahmad al-Harawi yang hasad dengan perkembangan pengikut al-Imam al-Syafi’i di Khurasan (Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, m.s. 182). Kata al-Jarahi (meninggal 1162H): “Tiada suatu pun hadis sahih mengenai pujian atau cercaan terhadap Abu Hanifah dan al-Syafi’i. Semua yang disebut mengenai hal berkenaan adalah palsu lagi dusta” (al-Jarahi, Kasyf al-Khafa,, 2/420).

Sementara kisah bohong lain seperti dalam buku al-Rihlah ila al-Rasyid pula memfitnah al-Imam Abu Yusuf dan Muhammad bin Hasan al-Syaibani, dua tokoh dalam Mazhab Abu Hanifah berusaha membunuh al-Imam al-Syafi’i. Demikianlah timbulnya buruk-memburuk disebabkan fanatic mazhab.

Al-Imam al-Syafi’i ialah imam yang mulia seperti para imam tokoh ilmuwan silam yang lain. Mereka tidak maksum, tetapi mereka semua sarjana besar. Kita tidak perlu fanatik kepada mana-mana dalam kalangan mereka, sebaliknya membaca dan cuba memahami penghujahan mereka secara terbuka dan membaca alasan-alasan mereka secara perbandingan.

Tidak pernah mereka mengajar untuk kita berkata “siapa tidak ikut mazhab aku maka dia sesat”. Bahkan mereka menggalakkan penerokaan ilmu. Kesemua kemelampauan itu datang dari golongan fanatik yang selepas mereka. Bahkan ramai yang mendakwa mazhab Syafi’i atau Hanbali atau Hanafi atau Maliki, tidak pula meneliti sendiri tulisan dan perkataan imam-imam itu, sebaliknya sekadar mengajuk dakwaan orang lain yang mendakwa demikian. Lalu ada yang menuduh orang lain tidak mazhab Syafi’i hanya kerana menyanggahi pendapatnya, padahal belum tentu pendapatnya itu sama dengan al-Imam al-Syafi’i yang sebenar. Fanatik sentiasa membuta mata ramai orang.

TAFSIR SURAH ‘ABASA ( IA BERMUKA MASAM )

20 Apr 2010
Dr. Abdullah Yassin

عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ (١) أَن جَآءَهُ ٱلۡأَعۡمَىٰ (٢) وَمَا يُدۡرِيكَ لَعَلَّهُ ۥ يَزَّكَّىٰٓ (٣) أَوۡ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكۡرَىٰٓ (٤) أَمَّا مَنِ ٱسۡتَغۡنَىٰ (٥) فَأَنتَ لَهُ ۥ تَصَدَّىٰ (٦) وَمَا عَلَيۡكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ (٧) وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسۡعَىٰ (٨) وَهُوَ يَخۡشَىٰ (٩) فَأَنتَ عَنۡهُ تَلَهَّىٰ (١٠) كَلَّآ إِنَّہَا تَذۡكِرَةٌ۬ (١١) فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُ ۥ (١٢) فِى صُحُفٍ۬ مُّكَرَّمَةٍ۬ (١٣) مَّرۡفُوعَةٍ۬ مُّطَهَّرَةِۭ (١٤) بِأَيۡدِى سَفَرَةٍ۬ (١٥) كِرَامِۭ بَرَرَةٍ۬ (١٦) قُتِلَ ٱلۡإِنسَـٰنُ مَآ أَكۡفَرَهُ ۥ (١٧) مِنۡ أَىِّ شَىۡءٍ خَلَقَهُ ۥ (١٨) مِن نُّطۡفَةٍ خَلَقَهُ ۥ فَقَدَّرَهُ ۥ (١٩) ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُ ۥ (٢٠) ثُمَّ أَمَاتَهُ ۥ فَأَقۡبَرَهُ ۥ (٢١) ثُمَّ إِذَا شَآءَ أَنشَرَهُ ۥ (٢٢) كَلَّا لَمَّا يَقۡضِ مَآ أَمَرَهُ ۥ (٢٣)



TERJEMAHAN



1. Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,

2. Karena Telah datang seorang buta kepadanya

3. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa),

4. Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?

5. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup

6. Maka kamu melayaninya.

7. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).

8. Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),

9. Sedang ia takut kepada (Allah),

10. Maka kamu mengabaikannya.

11. Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,

12. Maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya,

13. Di dalam kitab-kitab yang dimuliakan

14. Yang ditinggikan lagi disucikan,

15. Di tangan para penulis (malaikat),

16. Yang mulia lagi berbakti.

17. Binasalah manusia; alangkah amat sangat kekafirannya?

18. Dari apakah Allah menciptakannya?

19. Dari setetes mani, Allah menciptakannya lalu menentukannya

20. Kemudian dia memudahkan jalannya

21. Kemudian dia mematikannya dan memasukkannya ke dalam kubur,

22. Kemudian bila dia menghendaki, dia membangkitkannya kembali.

23. Sekali-kali jangan; manusia itu belum melaksanakan apa yang diperintahkan Allah kepadanya,





LATAR BELAKANG SURAH



Surah ‘Abasa ini termasuk surah Makkiyah. Bilangan ayatnya empat puluh dua ayat dan diturunkan sesudah surah Al-Najm. Dinamakan surah ‘Abasa : Ia bermuka masam diambil dari perkataan (عَبَسَ ) yang terdapat pada ayat pertama surah ini.



SEBAB TURUN SURAH :



Imam ibn Kathir di dalam tafsirnya IV / 604 – 605 berkata : ibn Abbas r.a. berkata : “ Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang berhadapan dengan beberapa pembesar Quraisy, antaranya : Utbah bin Rabi’ah, Abu Jahl Bin Hisyam dan Abbas Bin Abdul Muthalib. Bainda s.a.w sangat menginginkan agar mereka semuanya mendapat hidayah Allah dan masuk Islam. Pada saat itulah datang seorang sahabat yang bernama Abdullah Bin Ummi Maktum yang kedua-dua matanya buta sambil meminta agar Rasulullah s.a.w membacakan untuknya ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan Allah kepadanya, ia berkata: Ya Rasulullah, tolong ajarkan kepadaku apa-apa yang Allah telah ajarkan kepada tuan.



Rasulullah s.a.w. tidak senang hati dengan pertanyaan Abdullah Bin Ummi Maktum itu, lalu beliau bermasam muka dan berpaling darinya sambil menghadap pembesar-pembesar Quraisy tersebut. Sehubungan dengan peristiwa inilah maka turun surah di atas.



Dengan adanya teguran Allah S.W.T ini makasejak itu baginda s.a.w sangat memuliakan Abdullah Bin Ummi Maktum dan mengambil berat kepadanya dan selalu bertanya kepadanya: Apakah engkau ingin sesuatu? Apakah ada sesuatu yang engkau hajatkan? Dan lain-lain.



TAFSIR AYAT



عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ (١) أَن جَآءَهُ ٱلۡأَعۡمَىٰ (٢) وَمَا يُدۡرِيكَ لَعَلَّهُ ۥ يَزَّكَّىٰٓ (٣) أَوۡ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكۡرَىٰٓ (٤) أَمَّا مَنِ ٱسۡتَغۡنَىٰ (٥) فَأَنتَ لَهُ ۥ تَصَدَّىٰ (٦) وَمَا عَلَيۡكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ (٧) وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسۡعَىٰ (٨) وَهُوَ يَخۡشَىٰ (٩) فَأَنتَ عَنۡهُ تَلَهَّىٰ (١٠)



1. Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, 2. Karena Telah datang seorang buta kepadanya 3. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), 4. Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? 5. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup 6. Maka kamu melayaninya. 7. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). 8. Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran), 9. Sedang ia takut kepada (Allah), 10. Maka kamu mengabaikannya.



Di antara pengajaran yang dapat diambil dari ayat-ayat di atas ialah:



1. Allah S.W.T. menegur sikap Rasulullah s.a.w yang lebih mengutamakan orang-orang kafir daripada orang yang beriman walaupun orang-orang kafir itu pembesar kaum sedang orang beriman itu pula buta dan miskin. Ini mengandungi pengajaran agar baginda s.a.w. jangan mengecilkan hati orang-orang beriman kerana mereka lebih baik dari orang-orang kafir walaupun mereka miskin.

2. Sikap Rasulullah s.a.w demikian bukanlah suatu dosa dan tidak bercanggah dengan sifat ma’shumnya (terpelihara dari dosa) kerana sikap tersebut muncul dari sifat semula jadi (naluri) baginda s.a.w sebagai manusia biasa seperti redha, benci, ketawa, dan menangis yang tidaklah dibebankan dengan dosa di dalam syariat Islam.

3. Sifat merasa diri serba berkecukupan selalu mendorong manusia menjadi angkuh dan sombong. Inilah sifat orang-orang kafir. Padahal jika direnung dengan cermat sebenarnya manusia sangat berhajat kepada bantuan Allah. Oleh itu baginda s.a.w tidak sepatutnya memberi perhatian lebih kepada mereka yang memiliki sifat buruk demikian.

4. Sifat orang yang beriman sentiasa berusaha untuk membersihkan dirinya dengan mengambil pengajaran dari Al-Quran. Dan pengajaran Al-Quran sangat bergunabagi orang-orang yang beriman. Mereka taku kalau-kalau terjerumus ke dalam lembah kesesatan. Oleh itu, manusia jenis ini perlu diberi perhatian dan sangat tidak wajar diabaikan.

5. Para du’at (pendakwah) tidak dibebani dosa jika orang yang didakwah tidak mengikuti ajakan atau adkwah yang disampaikan. Tugas mereka hanya menyampaikan sahaja. Tidak ada paksaan dalam agama.

6. Dalam berdakwah kita dilarang pilih kasih. Sampaikanlah kebenaran kepada pembesar atau masyarakat biasa, yang kaya dan yang miskin agar kita sedar bahawa fakir yang beriman lebih baik daripada orang kaya yang kufur atau durhaka.



كَلَّآ إِنَّہَا تَذۡكِرَةٌ۬ (١١) فَمَن شَآءَ ذَكَرَهُ ۥ (١٢) فِى صُحُفٍ۬ مُّكَرَّمَةٍ۬ (١٣) مَّرۡفُوعَةٍ۬ مُّطَهَّرَةِۭ (١٤) بِأَيۡدِى سَفَرَةٍ۬ (١٥) كِرَامِۭ بَرَرَةٍ۬ (١٦)

11. Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan, 12. Maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya, 13. Di dalam kitab-kitab yang dimuliakan 14. Yang ditinggikan lagi disucikan, 15. Di tangan para penulis (malaikat), 16. Yang mulia lagi berbakti.



Setelah Allah S.W.T menegur Nabi s.a.w terhadap sikapnya yang lebh mengutamakan orang0orang kafir dan mengabaikan orang beriman ibn Maktum maka pada ayat ini pula Allah S.W.T melarang baginda s.a.w mengulangi lagi kesilapan yang sama : Sekali-kali jangan demikian!



Di antara pengajaran yang dapat diambil dari ayat-ayat ini, ialah:

1. Sesungguhnya ayat-ayat Allah adalah peringatan bahawa Al-Quran itu sangat berperanan sebagai peringatan bagi orang yang ingin memperhatikannya.

2. Selanjutnya Allah mensifati Al-Quran dengan beberapa sifat mulia dan istimewa, antaranya:

a. Al-Quran adalah salah satu daripada kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-Nabi.

b. Al-Quran itu sangant mulia dan tinggi nilainya serta disucikan dari segala bentuk pengaruh syaitan

c. Al-Quran diturunkan dengan perantaraan malaikat dan malaikat itu pula adalah makhluk Allah yang sangat mulia.





قُتِلَ ٱلۡإِنسَـٰنُ مَآ أَكۡفَرَهُ ۥ (١٧) مِنۡ أَىِّ شَىۡءٍ خَلَقَهُ ۥ (١٨) مِن نُّطۡفَةٍ خَلَقَهُ ۥ فَقَدَّرَهُ ۥ (١٩) ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُ ۥ (٢٠) ثُمَّ أَمَاتَهُ ۥ فَأَقۡبَرَهُ ۥ (٢١) ثُمَّ إِذَا شَآءَ أَنشَرَهُ ۥ (٢٢) كَلَّا لَمَّا يَقۡضِ مَآ أَمَرَهُ ۥ (٢٣)

17. Binasalah manusia; alangkah amat sangat kekafirannya? 18. Dari apakah Allah menciptakannya? 19. Dari setetes mani, Allah menciptakannya lalu menentukannya 20. Kemudian dia memudahkan jalannya 21. Kemudian dia mematikannya dan memasukkannya ke dalam kubur, 22. Kemudian bila dia menghendaki, dia membangkitkannya kembali.



Kalau dalam ayat-ayat terdahulu Allah S.W.T. menerangkan bahawa Al-Quran sebagai kitab yang mengandungi peringatan dan nasihat dan bahawa setiap orang yang menghendaki petunjuk mestilah bersaha mengambil manfaatdari peringatan-peringatan yang terkandung di dalamnya, maka dalam ayat-ayat berikutnya pula Allah S.W.T. menjelaskan bahawa umat manusia, walau bagaimanapun kekayaan yang dimilikinya dan betapa mulia kedudukannya, namun dia tidak boleh tidak mestilah menyedari hakikat dirinya.



Di dalam ayat-ayat di atas Allah S.W.T. mengutuk manusia yang kafig:



Binasalah manusia ; alangkah amat sangat kekafirannya kepada nikmat-nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepadanya sejak mulai lahir sampai matinya?



Allah mengajukan pertanyaan ini supaya manusia menjadikannya sebagai renungan untuk menimbulkan kesedaran, iaitu: daripada apakah Allah menciptakannya?



Allah S.W.T. memberi perincian tentang jenis-jenis nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada manusia dalam tiga peringkat iaitu: peringkat permulaan, peringkat pertengahan dan peringkat penghabisan.



1. Peringkat Pertama : Manusia dicipta oleh Allah dari setetes mani yang hina lalu menentukan tahap-tahap kejadiannya, umurnya, rezekinya dan nasibnya.

2. Peringkat Kedua : Allah memudahkan jalan manusia itu dan memberi mereka kesediaanuntuk menempuh jalan ketakwaan dan jalan kesesatan.

3. Peringkat Terakhir : Allah akan mematikan manusia dan memasukannya ke dalam kubur (alam barzakh).



Setelah menyebut tiga peringkat yang pasti dilalui oleh manusia, maka Allah S.W.T. menegaskan pula bahawa bila Dia menghendaki yakni pada Hari Kiamat, Dia akan membangkitkan manusia kembali untuk dihisab di Padang Mahsyar. Sungguh banyak ayat Al-Quran dan Hadis nabi yang menegaskan akan hakikat ini. Malahan menrut keyakinan kita mati bukanlah akhir dari segala-galanya tetapi ia hanya sekadar perpindahan dari Alam Amal kepada Alam Pembalasan. Hakikat ini disebut oleh Allah dengan jelas dalam firman-Nya:





يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ لَا تَعۡتَذِرُواْ ٱلۡيَوۡمَ‌ۖ إِنَّمَا تُجۡزَوۡنَ مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٧)

Hai orang-orang kafir, janganlah kamu mengemukakan uzur pada hari ini. Sesungguhnya kamu hanya diberi balasan menurut apa yang telah kamu kerjakan. (Al-Tahrim [66] : 7)



Dan pada bahagian akhir daripada ayat-ayat di atas Allah S.W.T. mengulangi lagi peringatan-Nya akan kekafiran manusia terhadap nikmat-Nya, iaitu dengan mengatakan:



Alangkah anehnya sikap setiap orang kafir itu. Mereka mengakui sekian banyak nikmat yang Allah anugerahkan kepada mereka, seperti nikmat penciptaan, makan-minum, kesihatan dan lain-lain yang semestinya mereka mensyukuri-Nya dengan mempertingkat kepatuhan kepada Allah dengan membuat suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Namun demikian yang berlaku justru sebaliknya. Mereka tidak syukur tetapi kufur nikmat. Seharusnya semakin banyak nikmat yang diperolehi maka mereka hendaklah semakin mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana sikap rasulullah s.a.w. Ketika baginda s.a.w ditanya oleh ‘Aisyah r.a. tentang ibadatnya yang banyak sedangkan baginda s.a.w. telah dijamin masuk syurga, maka baginda s.a.w. hanya menjawap: “Apakah aku tidak boleh menjadi hamba (Allah) yang pandai bersyukur ? (HR Bukhari dan Muslim)



Allah S.W.T. juga berjanji dan memberi amaran dalam firman-Nya:


وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ (٧)

Dan (ingatlah juga), ketika Tuhanmu memaklumkan : “sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-ku), maka sesungguhnya azab-ku sangat pedih. (QS ibrahim [14] : 7).



Imam al-Syaukani berkata dalam tafsirnya “Fath al-Qadir” : Sekiranya kamu mensyukuri nikmat-nikmat-Ku niscaya pasti akan Aku tambah-tambah lagi nikmat-Ku itu kepadamu sebagai anugerah daripada-Ku. Ada juga yang berkata: Pasti akan Aku tambah lagi ketaatanmu kepada-Ku. Pendapat lain pula: Pasti akan Aku tambah lagi pahala untukmu. Dalam hal ini pendapat pertama lebih kuat, kerana syukur adalah penyebab adanya pertambahan; Tetapi jika kamu kufur nikmat dan kamu menentang-Nya niscaya kamu akan ditimpa azab yang sangat pedih. Wal’iyadzubillah.

Sepuluh Jenis Tangisan - Menurut Ibnu Qayyim

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1. Menangis karena kasih sayang & kelembutan hati.

2. Menangis karena rasa takut.

3. Menangis karena cinta.

4. Menangis karena gembira.

5. Menangis karena menghadapi penderitaan.

6. Menangis karena terlalu sedih.

7. Menangis karena terasa hina dan lemah.

8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9. Menangis karena mengikut-ikut orang menangis.

10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

“…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”

(An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ???

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang lalu atau tangis karena takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

“Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s. Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis nonton film itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam seleksi pekerjaan mungkin kita kurang membuat persediaan. Jangan menangis kalau uang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah dan beramal. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu???…

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 pasang mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Berkata Salman Al Faarisi r.a “Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :

1. Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.

2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.

3. Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan. Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1. Apabila dahi nya berpeluh.

2. Airmatanya berlinang.

3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : “Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”

Menolak Zina Dengan Mujahadah, Bukan Karamah!

16 Apr 2010
saifulislam.com

“Saya rasa ustaz berfikiran begini kerana ustaz sendiri tidak kahwin semasa belajar. Maka ustaz tidak faham keperluan berkahwin semasa belajar itu. Ustaz tidak dapat memberi pendapat di sini!” tegas Aliyyah, seorang mahasiswi.

Komennya tajam.

Saya pula, bukanlah berbicara tentang kahwin semasa belajar.

Apa yang saya bincangkan adalah soal kahwin tergesa-gesa tanpa pertimbangan yang lunas.

Tetapi kerangka fikir mahasiswi itu menarik untuk diberi perhatian.

SULUHAN KISAH YUSUF ‘ALAYHI AL-SALAAM

Ia mengingatkan saya kepada kisah Yusuf ‘alayhi al-Salaam mendepani godaan ibu angkatnya, Imra’ah al-’Aziz atau yang lebih dikenali namanya sebagai Zulaikha itu.

Kehebatan Yusuf bermula daripada usia kecilnya lagi.

Seorang ghulam, ‘diculik’ oleh adik beradiknya sendiri dan dihumban ke dalam perigi buta, Yusuf diuji dengan kesusahan pada tahap yang sukar untuk kita gambarkan. Berat sekali tanggungan seorang anak kecil bertahan dalam sepi dan gelita perigi buta, jauh daripada keluarga, hanya bertemankan Allah tempat memaut harapan.

Namun, sabar Yusuf ketika di dalam perigi, tidak sekental sabar Yusuf di Istana Mesir.

Saban waktu cuba digoda oleh wanita bangsawan itu, ibu angkatnya sendiri.

“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya” [Yusuf 12: 23]

Setelah berulang kali berusaha, ‘Zulaikha’ sampai kepada ikhtiar terakhirnya.

Pintu dikunci, rumah tidak berpenghuni, First Lady itu menawarkan diri, “datanglah kepadaku. Aku bersedia untukmu”

Di sinilah kemuncak tarbiyah Allah ke atas insan bernama Yusuf. Ramai manusia lulus ujian kesusahan kerana di dalam kesusahan kita diuji dengan kekurangan pilihan. Terpaksa bersabar kerana itulah satu-satunya jalan untuk bertahan. Demikian sabar Yusuf di dalam telaga.

Tetapi di sini Yusuf diuji dengan peluang. Diuji dengan pilihan. Beliau orang asing. Tiada keluarga, tiada banyak kesan sampingan pilihan jahat yang mahu diambil kesempatan.

Ia mengingatkan saya tentang modus operandi pekerja seks di IPT hari ini. Bekerja sebagai pelayan seks berkelas tinggi, memungkinkan anak muda kita mengaut untung mencecah RM40 ribu sebulan! Tekanan lifestyle, duit PTPTN yang jauh daripada kecukupan, desakan peer pressure, apakah yang boleh menghalang anak-anak muda kita daripada mengambil pilihan itu?

Hanya satu.

Jawapannya IMAN.

“Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya…”

Itulah jawapan Yusuf.

Aku berlindung kepada Allah. Rabb diriku, Pencipta aku dan Pemilik aku.

Konotasi Rabb itu adalah satu sanggahan kepada Zulaikha bahawa biar pun dia adalah ibu angkat yang memberi makan, hutang budi tidak akan dibalas dengan bayaran yang keji. Engkau tuanku tetapi Allah Tuhanku!

Justeru Yusuf menegaskan bahawa:

“Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya”

MENCARI KAEDAH

Zina itu, di sebalik kekejiannya, adalah kezaliman.

Sudikah dibenarkan orang lain menyetubuhi ibumu? Adik perempuanmu? Anak perempuanmu? Ibu saudaramu?

Ketika engkau berzina, sudah tentu engkau berzina sama ada dengan ibu seseorang, adik perempuan seseorang, anak perempuan seseorang atau ibu saudara seseorang. Jika engkau tidak sanggup membayangkan ibumu disetubuhi lelaki lain, pilihan zinamu adalah satu kezaliman. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya!

Kerasnya persoalan yang berlegar di fikiran ialah, apakah bentuk pendidikan yang diperlukan, untuk membolehkan mahasiswa dan mahasiswi yang hidup di dunia ‘zina lebih mudah daripada nikah’ itu untuk berkata seperti Yusuf? Bagaimanakah ketika dihadap dengan pilihan zina, ketika jauh daripada keluarga, ketika kekejian kelihatannya seperti boleh disembunyikan, tawaran pulangan begitu lumayan, namun akhirnya anak muda kita mempunyai kekuatan untuk berkata, “Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya!”

Kekuatan untuk berkata TIDAK!

Itu sisi pandang Yusuf.

“Ahh, itu persis seorang Nabi!” mungkin itu tempelak anak muda lagak mahasiswi yang mengecam saya tadi.

“Apa yang Nabi tahu tentang panahan cinta? Dia itu jiwanya jiwa Nabi, bukan seperti engkau dan aku!” apakah itu yang mahu diperkatakannya?

Asal usul Tarzan, barangkali! [source - unknown]

YUSUF JUGA ANAK MUDA SEPERTIMU

“Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir kami) untuk menjauhkan daripada Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya dia itu daripada kalangan hamba-hamba Kami yang dibersihkan daripada segala dosa.” [Yusuf 12: 24]

Allah segera menafikan andaian itu.

Yusuf juga seorang anak muda.

Dia ada keinginan sebagai seorang anak muda. Jika pertimbangannya hanya sekadar kehendak jiwa muda, Yusuf juga bisa cenderung memilih kehendak Imra’ah al-’Aziz. Kehendak ibu angkatnya, wanita bangsawan yang sudah menyerahkan diri.

Allah Subhanahu wa Ta’aala mahu kita kaitkan diri dengan Yusuf.

Dia juga sepertimu wahai anak muda.

Dia bukan Malaikat yang tidak bernafsu. Dia menolak zina bukan dengan Mukjizat atau Karamah!

Dia menolaknya dengan Mujahadah.

Fikirannya sedar tentang kenyataan Allah berkenaan kekejian zina, justeru Yusuf berkata TIDAK.

Kemudian baru Allah tegaskan, semua itu adalah sebahagian daripada urusan Allah melindunginya, bakal seorang Rasul untuk menerima Risalah Tauhid kebenaran. Bukan semua datang dalam keajaiban. Yusuf itu sendiri bermujahadah mengawal diri di ujian pemilihan.

Memilih jalan zina atau memilih jalan TAQWA.

TELADAN YUSUF BUAT DIRI SAYA

Saya juga pernah muda, wahai si anak gadis.

Di usia muda, saya juga terganggu dengan kecantikanmu.

Jiwa saya pernah resah ketika melihat rakan bernikah.

Naluri saya pernah cemburu semasa menimang si comel, cahaya mata kawan bertuah.

Saya juga diasak dengan peluang bernikah.

Namun atas pertimbangan-pertimbangan peribadi, saya memilih untuk tidak bernikah, lalu memanjangkan sedikit lagi tempoh mujahadah.

Saya menghormati, mengasihi, mengagumi dan menyokong sepenuh hati teman yang memilih untuk bernikah.

Namun nikah mereka bukan lempias nafsu. Nikah kenalan-kenalan saya bukan manifestasi lemah jiwa untuk menolak zina. Mereka bernikah dengan wawasan. Mereka berkeluarga dengan perancangan.

Akan tetapi untuk dirimu yang ‘menuduh’ku menangguhkan nikah kerana tidak faham kehendak bernikah, engkau masih terlalu budak untuk menjamah akad.

“Aku Terima Nikahnya” belum lagi masanya untukmu.

Dewasalah!

“Tak tahu apakah erti kepayahan
Tak kenal erti kesusahan
Kerna dibesarkan dalam kemewahan
Belum dialami penderitaan”

Gerakan tajdid agama di Malaysia

Saringan dari buku "Aliran Dakwah di Malaysia: Satu titik Pertemuan" oleh Dr Abd Rahman Hj Abdullah, USM.
A. Era Singapore
1. Gerakan salafi/ tajdid/islah bermula di negeri-negeri selat (negeri2 tanpa sultan) sebabnya negeri2 selat tidak tertakluk pada kuasa sultan dan akta 1904 (tauliah agama dari sultan)
2. negeri selat yang paling utama dalam dakwah tajdid ialah Singapore. Di Singapore majalah tajdid pertama di keluarkan, yaitu al-Imam pd tahun 1906

3. Tokoh2 salafi malaya ketika itu ialah Syaikh Muhammad Tahir Jalaludin (w. 1956), Syed Syaikh al-Hadi dan Hj Abbas Mohd Taha.

4. Selain majalah, gerakan tajdid malaya juga menubuhkan madrasah (sekolah agama) di Singapore, antaranya : madrasah al-Iqbal (1907), madrasa al-Sagoff (1912) dan madrasah al-Junied (1927)

5. Kemuncak madrasah ialah penubuhan madrasah al-Ma'arif Singapore (1936) oleh syaikh Fadhullah Shuhaimi, lulusan al-Azhar dan pembawa aliran syaikh Muhammad Abduh dan al-Manar ke malaya.

Era Melaka
6. Dari Singapore, angin reformasi melanda Melaka yang dibawa oleh Syed Syaikh al-Hadi dgn penubuhan madrasah al-Hadi (1916). Ia kemudiannya ditutup kerana kurang sambutan dan Syed al-Hadi berhijrah pula ke Pulau Pinang (PP).
7. Gerakan tajdid Melaka diperkukuhkan oleh Syaikh Muhd Tahir di Alor Gajah (1926) kemudian berkembang lagi ke Jasin. Tokoh islah jasin ialah Hj Ahmad Amin, beliau menubuhkan madrasah Tarbiyah al-Diniyah kampung terentang Jasin (1940). pada tahun 1950, madrasah ini dinamakan madrasah Ansar asSunnah dan kemudian membangun mesjid Ansar as-Sunnah. Beliau cuba menubuhkan Persatuan Ansar asSunnah Malaya tapi ditolak Kerajaan dan buku beliau diharamkan oleh JAINS (jabatan agama Islam Negri 9) bertajuk Tuntutan Ilahi. Pertembungan gerakan sunnah melaka bertembung dgn kaum aliran tradisional bermula tahun 1931, tapi hasil campurtangan DO dan Residen British, ia dapat dikawal. TBC (tajdid di PP)

Gerakan Reformis di Pulau Pinang

8. Selepas kurang berjaya mengembangkan angin reformis di Melaka, Syed Syaikh al-Hadi berhijrah ke Pulau Pinang dan mendirikan Madrasah al-Masyhur (1919). beliau dibantu oleh syaikh Tahir Jalaludin, Abu Bakar Rafi' dan Abdulah al-Maghribi.

9. Tahun 1935, Syaikh Abdullah al-Maghribi mendirikan pula madrasah al-Huda al-Diniyah.

10. Syed Syaikh al-Hadi meninggalkan dunia akademia dan menceburkan diri sepenuh masa dalam penerbitan kitab, majalah dan menubuhkan syarikat percetakan sendiri (The Jelutong Press), majalah al-Ikhwan dan Saudara mendapat sambutan begitu juga novelnya Hikayat Faridah Hanom yg menjadi bestseller.

11. Tokoh Islah PP, Ibrahim Aqibi menubuhkan Persatuan Muhammadiah (dari versi asal Muhammadiah Indonesia) dan dibantu oleh ustAbu Bakar Hamzah

12. Pertelingkahan dgn aliran tradisionalis tercetus pada tahun 1953 dgn Mufti Pulau Pinang yang tidak senang dengan isu2 khilafiah yang dibawa oleh gerakan tajdid.

13. Ada beberapa usaha utk menyelesaikan pertikaian antara gerakan tajdid PP dan aliran tradisinalis yang diketuai oleh Mufti PP ketika itu termasuk debat agong yang dihadiri oleh A Hasan Bandung dan Ust Fadhulah Shuhaimi mewakili aliran tajdid (kaum muda) pada 2-3 May 1953.

14. Muzakarah ini tidak membawa apa-apa penyelesaian, malah semakin parah bila ia berterusan dalam bentuk serangan melalui kitab-kitab khasnya dari Ustaz A Hasan.

15. Selepas kemerdekaan (1957) gerakan tajdid malaya dipengaruhi oleh pergerakan Muhammadiyah Indonesia, tapi usaha menubuhkan persatuan Muhammadiah seMalaya tidak dapat didaftarkan. Tapi persatuan Muhammadiah PP lulus ditubuhkan pada tahun 1967. TBC

B. Perkembangan gerakan tajdid di Negeri-negeri Bersekutu (Perak-Selangor-NS)

1. Gerakan tajdid di Perak

Syaikh Tahir Jalaludin (w. 1956) pernah dilantik sebagai pemeriksa kiblat Mesjid oleh DYMM Sultan Perak. Tetapi aliran tajdid mula bergerak cergas bila kedatangan Syaikh Abdullah maghribi atas jemputan Sultan Perak sendiri, yg kemudian dia menjadi mudir Madrasal al-Idrisiah (1922). Tapi oleh kerana aliran tajdid yg dibawanya, ia disingkir oleh Sultan dan beliau berhijrah ke Pulau Pinang dan menubuhkan madrasah al-Huda pada tahun 1935.
Tokoh tajdid yg terunggul di Perak ialah Syaikh Abu Bakar alBaqir yang menubuhkan madrasah al-Ihya' al-Syarif di Gunung Semanggol Perak. Dari Madrasah itulah lahirnya parti Islam pertama Malaya, Hizbul Muslimin (dari sinilah lahirnya pulak ketokohan Dr Burhanuddin al-Helmi)

2. Gerakan tajdid di Selangor
Aliran tajdid juga merebak ke Selangor ke kampung Jeram, tapi pada tahun 1920'an meletus pertelingkahan pertama dgn kaum tua dalam isu Maulidur Rasul. Namun gerakan islah bertapak di Kg Jenderam (dengkil) dgn berdirimua madrasa al-Ubudiyah pd tahun 1922 oleh Hj Jalaludin Ismail. [Tapi sayang sekarang Kg Jenderam merupakan pusat aliran tradisionalis]

3. perkembangan tajdid di NS
Ia tertumpu di Kuala Pilah yang dicetuskan oleh Mawlana Muhammad Maadah (w.1943) yang kembali dari India (aliran hadith Deoband), beliau mendirikan madrasa Aliyyah Islamiah pd tahun 1939. Bila beliau wafat tahun 1943, beliau meninggalkan beberapa murid, yang paling terkenal ialah Imam Abdul Ghani dan kemudian anaknya Ust Hashim A Ghani. mereka seterusnya menubuhkan madrasa Ittiba' as-Sunnah dan mempunyai mesjid sendiri. Tahun 1956, mereka bersolat Juma'at berpisah dari majsjid kerajaan. Penubuhan pergerakan dan madrasah ittiba' as-Sunnah kuala Pilah telah menimbulkan pergeseran berpanjangan dgn MAINS (majlis agama dan adat istiadat NS, yg dikuasai aliran tradsionalis). Gerakan Ittiba' as-Sunnah menjadi terkenal ketika dipimpin oleh ustaz Hashim A Ghani.

C. Perkembangan gerakan tajdid di Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu (Johor-Perlis-Kelantan)

i) Johor DT
Johor juga mendapat semangat pembaharu dari Syaikh Muhammad Tahir pada tahun 1907. Begitu juga dgn kedatangan Syed Syaikh al-Hadi, 1909.

Polemik yg membantut aliran salafi di Johor ialah pengharaman buku "Ibadat RasuluLlah" oleh Syaikh Abu Bakar al-Ashaari dari Perlis oleh Mufti Johor ketika itu Dato' Sayyid Alwi bin Thahir al-Haddad (w. 1962) (Fatwa2 Mufti Kerajaan Johor, Jld 2, 1981)
Pengharaman itu dibantah Prof Hamka yang menulis buku "Teguran Suci Terhadap Mufti Johor, Singapore: 1958.
Ekoran fatwa itu, pengaruh islah/salafi terbantut di Johor

ii) Perlis

Gerakan tajdid/islah di Perlis mempunyai sejarah yg paling gemilang. Gerakan islah katanya dimulai oleh Kiyai Kecik dan Faqih Sidin dari Indonesia. Tapi gerakan Islam pernah berkrisis dgn pihak istana hingga seorang tokoh reformis (Hj Ihsan Hj Abd Manan) diperintah usir dari Perlis. Tapi gerakan islah telah dimartabatkan oleh tiga Mat (Ahmad Hj Muhammad, Wan Ahmad W Daud, Ahmad Mohd Hashim). Manakala champion Islah Perlis ialah Syaikh Abu Bakar al-Ashaari yang merupakan Imam Besar mesjid Alwi Kangar.
Kemuncak kejayaan gerakan Islah ialah undang2 tubuh kerajaan Perlis 1959 dan peruntukan 1963 bahawa rujukan fatwa Perlis AQ dan asSunnah, adalah bebas madzhab dan pada tahun 1964, ajaran sunnah dimartabatkan sebagai ideologi resmi Perlis.

C. Perkembangan gerakan tajdid di Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu (Johor-Perlis-Kelantan)

iii) Kelantan

Aliran sunnah di Kelantan dicetus oleh Tok Khurasan yg membawa ajaran reformis Shah WaliyuLLah al-Dihlawi. Tok Khurasan adalah pelopor aliran sunnah Kelantan yg memperkenalkan pengajian sunan sittah. Tok Khurasan berasal dari Iran dan berhijrah ke Kelantan tahun 1912 dari India. Ia dibantu oleh murid2nya Nik Abdullah Wan Musa (w. 1935), Hj Nik Muhammad Saleh dan Hj Abdullah Nuh.
Gerakan sunnah Kelantan turut dibantu oleh tokoh2 tradisional/tareqat moderat spt Hj Wan Musa Abdul Samad (w. 1939), Hj Yaakob Hj Ahmad (w. 1957) dan Haji Muhammad Hj Mohd Said Khatib @ Dato' Laksamana yang menerbitkan majalah Pengasuh pd tahun 1918.

Tokoh2 sunah yg lain yg berperanan ialah Ust Nik Mat (ayahanda kepada TG Nik Aziz, MB kelantan sekarang) dan dari ayahnya TG Nik Aziz juga beraliran sunnah walaupun tidak menzahirkannya dgn jelas.

Aliran baru gerakan sunnah diteruskan oleh Ust Abdullah al-Qari Hj Salleh (AQHAS), tokoh buku Malaysia dan Maulana Asri Hj Yusof dari Darul Kautsar

Gerakan tajdid di Malaya 5/5 (akhir)

Fenomena kebangkitan Islam (sahwah Islamiah) bergema hasil ledakan pergerakan Ikhwan dan Jama'ate Islami khususnya melalui buah pena Syed Qutb dan al-Maudoodi. Ia mencetuskan gerakan kebangkitan Islam spt ABIM, PKPIM dan juga melanda IPTA, khasnya Univ Malaya dan ITM. Antara tokoh tajdid kontemporer yg hebat ialah Prof Syed Naguib al-Attas (UM), Dr Mahmood Zuhdi dan Dr Mohd Kamil Abd Majid (UM, Ust Abd Ghani Shamsuddin (ITM), Dr Siddiq Fadhil, Dr Muhd Nur Manuty dan Dr Muhammad Kamal Hasan. Kerancakan itu bertambah meluas dan lebih bersifat kulli dengan kemunculan Dr Yusof al-Qardhawi yg membawa mesej Tajdid kulli (menyeluruh) dan kontemporeri.

Manakala kebangkitan khusus gerakan sunnah/salafi di Malaysia yg berpaksi kpd Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan Muhammad Abd Wahab diimarahkan oleh tokoh2nya spt Dr Abdullah Yasin yg berasal dari Riau (sekarang berkhidmat di IPTA perlis), Dr Mohd Radzi Othman (USM), Dr Johari Mat, Dr Abd Aziz Mat Zain, dll.

Friday, May 7, 2010

Berbakti Kepada Kedua Orang Tua


Berbuat baik kepada ibu bapa merupakan satu amalan yang besar di dalam Islam. Allah swt telah meletakkan amalan berbakti kepada ibubapa sebagai amalan yang kedua tertinggi selepas mentauhidkan Allah. Ini disebutkan di dalam banyak ayat-ayat Quran, salah satunya adalah yang bermaksud:


"Dan Rabbmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah (beribadah) selain Dia dan HENDAKLAH BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBUBAPA. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya telah sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan "Ah!" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah "Wahai Rabbku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidikku pada waktu kecil" (Surah al-Isra': 23-24)

Malah, amalan berbakti kepada kedua ibubapa lebih tinggi darjatnya daripada amalan sunnah yang lain serta berjihad dijalan Allah jika sekiranya jihad tersebut adalah jihad yang bukan fardhu ain, hal ini disebutkan di dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud:

"Seseorang datang kepada Nabi sallahua'alaihiwassalam meminta izin untuk berjihad. Lalu beliau sallahua'laihiwassalam bertanya: 'Apakah kedua orang tuamu masih hidup?', Orang itu menjawab: "Ya". Maka beliau sallahua'laihiwassalam bersabda, "Hendaklah kamu berbakti kepada keduanya" (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, An-Nasa'ei)

Dan di dalam hadis lain diceritakan oleh Muawiyyah bin Jahimah r.a:

Bahawasanya Jahimah r.a. datang kepada Rasulullah sallahua'laihiwassalam dan berkata: 'Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang kepadamu untuk bermusyawarah'. Maka Beliau sallahua'laihiwassalam bersabda: "Apakah engkau masih mempunyai ibu?" Ia menjawab, "Ya." Beliau sallahua'laihiwassalam bersabda: "Hendaklah engkau tetap berbakti kepada ibumu kerana sesungguhnya syurga berada di bawah telapak kaki ibu" (Hadis Riwayat An-Nasae'i dengan sanad yang hasan)


Kata Ibnu Qudamah r.h di dalam kitabnya Al-Mughni membawakan alasan Nabi sallahua'laihiwassalam menyuruh pemuda itu supaya meminta izin kepada kedua orang tua untuk ikut bersama beliau dalam berjihad, Beliau (Ibnu Qudamah) mengatakan bahawa berbakti kepada kedua ibubapa adalah fardhu ain, sedangkan jihad adalah fardhu kifayah, dan sedangkan fardhu ain lebih utama berbanding fardhu kifayah.

Sayang sekali pada zaman ini, para pemuda tidak mengetahui darjat amalan berbakti kepada orang tua, lalu mereka lebih suka mengikuti teman-teman mereka kononnya atas alasan berdakwah dan jihad, sedangkan terkadang, pemergian mereka itu tidaklah bersama keredhaan ibubapa mereka. Malah ada di antara mereka yang lebih sanggup berbohong dengan pelbagai helah di hadapan ibubapa semata-mata mengutamakan amalan yang dikatakan jihad itu, walhal, jika mereka membuka hati dan pemikiran, mereka akan ketahui, jihad yang disebutkan oleh Nabi itu adalah jihad perang! dan ianya sudah tentu lebih utama berbanding jihad-jihad yang diqiaskan sekarang ini! Oleh itu, mohonlah ampun kepada Allah atas kesilapan kita, semoga Allah menetapkan kita menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa, dan menjadi muslim yang benar-benar mengikuti petunjuk dan sunnah Rasulullah sallahuaálaihiwassalam.

Imam Az-Zahabi r.h di dalam kitabnya al-Kabaair telah menulis sebuah puisi tentang pengorbanan seorang ibu kepada anaknya;

Ibumu telah mengandungmu di dalam perutnya selama sembilan bulan seolah-olah sembilan tahun,
Dia bersusah payah ketika melahirkanmu yang hampir sahaja menghilangkan nyawanya,
Dia telah menyusuimu dari putingnya, dan dia hilangkan rasa mengantuknya kerana menjagamu,
Dia cuci kotoranmu dengan tangan kirinya, dia utamakan dirimu ke atas dirinya serta atas makanannya,
Dia jadikan pangkuannya sebagai ayunan bagimu,
Dia telah memberimu semua kebaikan dan apabila kamu sakit atau mengeluh tampak darinya kesusahan yang luar biasa dan panjang sekali kesedihannya dan dia keluarkan harta untuk membayar doktor yang mengubatimu,
Seandainya dipilih antara kehidupanmu dengan kematiannya dia akan meminta supaya kamu hidup! dengan suaranya yang paling keras.
Betapa banyak kebaikan ibu, sedangkan engkau balas dengan akhlak yang tidak baik,
Dia selalu mendoakanmu dengan taufik, baik secara sembunyi mahupun terang-terangan,
Tatkala ibumu memerlukanmu disaat dia sudah tua renta, engkau jadikan dia sebagai barang yang tidak berharga disisimu,
Engkau kenyang dalam keadaan dia lapar,
Engkau puas dalam keadaan dia haus,
Engkau mendahulukan berbuat baik kepada isteri dan anakmu daripada ibumu,
Engkau lupakan semua kebaikan yang pernah dia perbuat,
Berat rasanya atasmu memeliharanya padahal itu adalah urusan yang mudah,
Engkau kira ibumu ada disisimu umurnya panjang, padahal umurnya pendek.
Engkau tinggalkan padahal dia tidak punya penolong selainmu,
Padahal Allah telah melarangmu berkata "Ah!" dan Allah telah mencelamu dengan celaan yang lembut,
Engkau akan disiksa di dunia dengan durhakanya anak-anakmu kepadamu,
Allah akan membalas di akhirat dengan dijauhkanmu dari Allah Rabbul Álamin.
(Akan dikatakan kepadanya)
"Yang demikian itu adalah disebabkan perbuatan yang dikerjakan oleh kedua tanganmu dahulu, dan sesungguhnya Allah sekali-kali tidak pernah berbuat zalim kepada hamba-hambaNya"- Surah Al-Hajj: 10)

Saudara-saudaraku seagama yang hatinya tetap menginginkan kasih sayang Allah, adakah kita telah benar-benar menggembirakan ibubapa kita? Atau kita lebih banyak mendukacitakan mereka?

Adakah kita lebih banyak bertanya khabar kepada mereka, atau kita lebih banyak bertanya khabar rakan-rakan kita?

Adakah kita lebih banyak menelefon mereka, atau mereka lebih banyak menelefon kita?

Adakah kita lebih gembira bersama ibubapa atau kita lebih gembira dengan rakan-rakan kita?

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, keredhaan Allah itu letaknya pada keredhaan ibubapa, ianya disebutkan didalam sebuah hadis yang bermaksud:


"Redha Allah tergantung kepada keredhaan ibubapa dan murka Allah tergantung kepada kemurkaan ibubapa" (HR Bukhari di dalam Adabul Mufrad -Sahih)


Semoga kita menjadi anak yang soleh, dan mendapat keredhaan ibubapa kita, dan seterusnya mendapat keredhaan Allah swt. Apakah yang lebih menggembirakan bagi seorang mukmin melainkan dia redha kepada Allah, dan Allah redha kepadanya, lalu dia dimasukkan ke dalam SyurgaNya di akhirat kelak, seperti firmanNya yang bermaksud,


"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaku, dan masuklah ke dalam syurgaKu" (Surah Al-Fajr: 27-30)

Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua. Wallahua'lam.





Sumber:
1. Birrul Walidain, Berbakti kepada Kedua Orang Tua, Ust Yazid Abdul Kadir Jawas

Tiga Perkataan Yang Paling Sukar Diucapkan Masa Kini



“Aku takutkan Allah!”. Sekilas pandang, ketiga-tiga perkataan ini kelihatan amat mudah untuk dilafazkan. Namun apakah kita semua sedar bahawa mutakhir ini amat jarang dan sukar untuk kita temui di kalangan umat Islam yang mampu melafazkan ketiga-tiga perkataan tersebut? Apatah lagi apabila mereka berhadapan dengan sesuatu situasi atau perbuatan yang berunsurkan maksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala?

Sebelum saya melangkah dengan lebih jauh, terlebih dahulu izinkan saya membawa sebuah hadis daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di mana, menurut hemat saya, ianya amat berkait rapat dengan persoalan yang telah kita bangkitkan menerusi perenggan di atas. Hadis yang saya maksudkan adalah seperti berikut, maksudnya:
Dari Abu Hurairah radhiallahu‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya iaitu: Pemimpin yang adil, pemuda yang tumbuh (membesar) dalam beribadah kepada Tuhannya, lelaki yang hatinya sentiasa terkait dengan masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, mereka bersatu dan berpisah atas dasar cinta ini, seorang lelaki yang dirayu oleh wanita bangsawan dan berparas cantik, kemudian dia menyebut: Sesungguhnya aku takut kepada Allah, orang bersedekah dengan sesuatu sedekah yang dia sembunyikan sehinggakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang berzikir kepada Allah di tempat kesunyian, kemudian berlinanglah kedua air matanya. [Hadis riwayat al-Bukhari (no. 629) dan Muslim (no. 1031)]

Perhatian kita ditujukan kepada perkataan yang diucapkan oleh salah seorang lelaki tatkala beliau dipujuk rayu oleh seorang wanita bangsawan yang cuba mengajaknya untuk melakukan zina, lelaki tersebut berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah. Demikian betapa ringkas dan padatnya ucapan lelaki tersebut sehingga yang demikian menyebabkan beliau mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Di sini timbul satu persoalan, mengapakah lelaki tersebut mendapat kedudukan yang istimewa di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala iaitu sebagai salah seorang yang termasuk dalam tujuh golongan yang mendapat naungan-Nya di Hari Kiamat? Jawapannya adalah mudah kerana hakikatnya tidak semua di kalangan kita, umat Islam, di dunia ini yang mampu melepaskan diri daripada jeratan fitnah maksiat. Lebih-lebih lagi apabila berada dalam situasi seumpama hadis di atas di mana fitnah yang dihadapi oleh lelaki tersebut adalah berupa pujuk rayu daripada seorang wanita yang memiliki rupa paras yang cantik dan mempunyai kedudukan sebagai seorang wanita bangsawan. Ini mengingatkan kita kepada salah sebuah hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:
Tidak aku tinggalkan selepas (kewafatan)ku fitnah yang paling dahsyat ke atas lelaki melainkan fitnah wanita. [Hadis riwayat al-Bukhari (no. 4706) dan Muslim (no. 4293)]

Malah dalam riwayat yang lain sedia diterangkan bahawa punca utama yang membawa kepada kehancuran Bani Israil adalah disebabkan oleh fitnah daripada kaum wanita juga. Ini sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maksudnya:
Takutilah fitnah yang ada pada dunia dan takutilah fitnah yang ada pada wanita. Sesungguhnya fitnah pertama bagi Bani Israel ialah wanita. [Hadis riwayat Muslim (no. 4925)]

Bagaimana pula dengan realiti umat Islam masa kini?
Kembali semula kepada perbincangan kita. Mungkin ada di kalangan para pembaca ketika ini yang bertanya: Sejauh manakah benarnya dakwaan penulis (Mohd Hairi) yang lalu yang mengatakan bahawa umat Islam masa kini amat sukar mengucapkan perkataan “aku takutkan Allah” khususnya apabila mereka sedang diuji dengan sesuatu perkara yang menggugat keimanan mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala?

Bagi mengukur sejauh mana kebenaran dakwaan ini maka marilah sama-sama kita memerhatikan realiti umat Islam yang berada di sekeliling kita pada ketika ini. Secara jujurnya saya ingin bertanya kepada para pembaca yang budiman sekalian. Sehingga kini berapa ramaikah di kalangan anda yang pernah menyaksikan golongan yang jujur lagi tegas mengucapkan perkataan “aku takutkan Allah” tatkala mereka diajak kepada sesuatu perkara yang mengarah kepada perlakuan maksiat di sisi agama? Pasti sahaja bilangan kelompok ini amat minima, bahkan tidak pernah langsung, bukan?

Terus terang saya katakan bahawa sehingga kini saya sendiri masih belum menemui seorang jua dari kalangan umat Islam yang mengucapkan perkataan yang sama apabila berhadapan dengan situasi kemungkaran termasuklah diri saya sendiri. Berani saya katakan seperti ini kerana saya yakin bahawa saya bukanlah bersendirian dalam perkara ini. Walau bagaimanapun saya tidak menafikan bahawa golongan ini memang wujud akan tetapi bilangan dan kekerapan mereka mengucapkan perkataan tersebut adalah amat minimum. Atas dasar inilah saya mengatakan bahawa perkataan ini, iaitu aku takutkan Allah, amat jarang dan sukar untuk diungkapkan oleh kebanyakan umat Islam muktakhir ini.

Sebab-sebab kesukaran mengucapkan perkataan “aku takutkan Allah”.
Persoalan seterusnya: Mengapakah umat Islam merasa sukar (untuk) mengucapkan perkataan “aku takutkan Allah” bagi menangkis sesuatu perbuatan maksiat di sisi agama? Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sebahagian umat Islam amat jarang dan sukar untuk mengungkapkan perkataan tersebut, paling kurang adalah disebabkan oleh dua faktor berikut:

• Pertama: Takut dan malu dianggap sebagai riya’. Sebahagian orang amat bimbang jika mereka mengungkapkan perkataan “aku takutkan Allah” maka mereka akan dilabelkan oleh sesetengah pihak sebagai orang yang memiliki sifat riya’ iaitu menunjuk-nunjuk bahawa kononnya dia ialah seorang yang memiliki sifat taqwa yang tinggi kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru, atas dasar bimbang dilabel sebagai golongan yang riya’ maka mereka memilih untuk berdiam sahaja ketika menolak sesuatu perbuatan maksiat.

• Kedua: Kurangnya sifat taqwa dalam beragama. Jika diperhalusi hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam beberapa perenggan yang lalu jelas menunjukkan bahawa kesemua golongan yang dijanjikan naungan Allah di dalam hadis tersebut berkait rapat dengan sifat taqwa yang dimiliki oleh mereka. Tidak mungkin lelaki yang digambarkan dalam hadis tersebut menolak pelawaan wanita untuk berzina melainkan disebabkan oleh sifat taqwanya kepada Allah. Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa ketiadaan sifat taqwa pada diri seseorang merupakan faktor utama yang membuatnya berasa merasa sukar untuk mengucapkan “aku takutkan Allah’ tatkala dia diuji dengan sesuatu perbuatan maksiat di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Apakah sukar bagi kita untuk mengucapkan perkataan “aku takutkan Allah”?
Sungguh pun mengucapkan perkataan “aku takutkan Allah” adalah sesuatu yang amat sukar untuk dipraktikkan namun ia bukanlah suatu yang mustahil untuk kita lakukan. Hal ini terbukti menerusi hadis yang saya bawakan di awal risalah ini di mana lelaki yang dijanjikan oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai termasuk dalam salah satu daripada tujuh golongan yang mendapat naungan Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah daripada kalangan hamba-Nya juga, sebagaimana kita. Hanya sahaja yang membezakan beliau dengan golongan selainnya sehingga mendapat kemuliaan tersebut adalah disebabkan oleh sifat taqwa yang dimilikinya. Oleh itu, perkara pertama yang harus dilakukan seseorang itu bagi memudahkannya mengucapkan “aku takutkan Allah” ialah menyemai sifat taqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Walau bagaimanapun seperkara yang perlu kita sedari bersama bahawa kemampuan untuk mengungkapkan perkataan “aku takutkan Allah”, khususnya apabila berhadapan dengan sesuatu situasi kemungkaran, pada hakikatnya adalah bergantung kepada rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala juga. Ini sebagaimana yang berlaku ke atas Nabi Allah, Yusuf ‘alaihissalam tatkala beliau diuji dengan perbuatan zina di mana Allah Subhanahu wa Ta’ala, dengan sifat Rahmat-Nya, telah menyelamatkan beliau daripada terjerumus ke lembah fitnah tersebut. Hakikat ini telah pun dirakamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala menerusi firman-Nya (maksudnya):
Dan sungguh, perempuan itu telah berkehendak kepadanya (Yusuf) dan Yusuf pun berkehendak kepadanya. Sekiranya dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, Kami palingkan darinya keburukan dan kekejian. Sungguh, dia (Yusuf) termasuk hamba Kami yang terpilih. [Surah Yusuf, ayat 24]
Kesimpulan.

Oleh itu, marilah kita berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala semoga Dia mengurniakan kepada kita dengan sifat taqwa agar dengan taqwa tersebut akan menjadikan kita sebagai hamba-Nya yang mampu mengucapkan perkataan “aku takutkan Allah” tatkala berhadapan dengan sesuatu ujian yang berupaya menggugat keimanan kita. Ini sekaligus membuka peluang yang sebesar-besarnya kepada kita untuk termasuk dalam salah satu daripada tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Wallahu a’lam.

Wahai Lelaki! Dengarlah Pandangan Saya

Wahai ayahandaku!
Ketahuilah bahawa kedatangan sinar Islam telah mengangkat martabat puterimu di mata masyarakat. Kini tiada lagi pembunuhan anak-anak perempuan seperti zaman jahiliyah dahulu. Bersyukurlah Rabbmu mengurniakan engkau zuriat untuk menyambung keturunanmu. Sesungguhnya engkau adalah pemimpin di dalam keluargamu, dengan itu pimpinlah kami dengan kemampuan yang ada padamu. Kelak nanti engkau akan di pertanggungjawabkan tentang apa yang engkau pimpin. Peliharalah kami dari azab neraka kerana sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman (maksudnya):
Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [Surah at-Tahrim, 6]

Puterimu memerlukan bimbingan darimu dalam menempuhi kehidupannya. Bersabarlah dalam mendidik puteri-puterimu. Berkat keikhlasanmu dalam mendidik kami, puteri-puterimu kelak akan menjadi penghalang bagimu dari api neraka. Ini sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (maksudnya):
Barangsiapa yang mempunyai tiga anak perempuan dan dia boleh bersabar terhadap mereka dan memenuhi keperluan mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka. [Hadis riwayat Bukhari]

Wahai suamiku,
Kehadiranmu dalam hidupku menggantikan tanggungjawab ayahanda dalam memimpinku. Engkau umpama pakaian bagiku dan aku pakaian untukmu. Pimpinlah aku agar mampu menjadi pembantumu di dunia dan kelak pendampingmu di akhirat. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman (maksudnya):
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka....[Surah an-Nisa’, 34]

Ketahuilah bahawa penyatuan kita adalah bukti kekuasaan Rabb semesta alam seperti yang termaktub dalam firman-Nya (maksudnya):
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. [Surah ar-Rum, 21]

Seandainya isterimu ini terleka sehingga menyebabkan engkau terguris hati, maafkanlah isterimu. Bersabarlah melayani kerenah isterimu ini kerana mungkin apa yang tersurat tidak seperti yang tersirat. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi kebaikan dalam hubungan kita. Marilah kita bersama merenungi firman-Nya (maksudnya):
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). [Surah an-Nisa’, 19]

Hanya satu pintaku wahai suamiku, didiklah isterimu untuk menjadi wanita solehah yang merupakan sebaik-baik hiasan di dunia ini. Berhematlah dalam membimbingku. Jangan engkau terlalu berlembut sehingga isterimu menjadi alpa dan jangan pula terlalu berkeras sehingga isterimu menjauh darimu. Usahakanlah jalan di antara keduanya. Renungilah mutiara sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (maksudnya):
Bersikap baiklah terhadap wanita kerana sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atas. Jika kalian meluruskannya, mungkin kalian akan mematahkannya. Namun jika kalian biarkan maka tulang itu akan tetap bengkok. Oleh kerana itu berbuat baiklah kepada wanita. [Sahih Bukhari (3331) & Sahih Muslim (60/1468)]

Wahai puteraku,
Engkau adalah permata yang berharga buatku. Kehadiranmu menyinari hidup kedua orang tuamu. Kami bertanggungjawab mendidik dan mencorak dirimu menjadi insan yang berbakti kepada agama, masyarakat dan negara. Engkau laksana kain putih sedang kami adalah pelukisnya. Kami telah diberi amanah agar mempersiapkan engkau dengan asas agama yang cukup agar engkau tidak hanyut oleh fatamorgana dunia kelak. Junjungan besar kita Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda (maksudnya):
Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tauhid). Orang tuanyalah yang menjadikannya sebagai orang Nasrani, Yahudi atau Majusi. [Hadis riwayat Bukhari & Muslim]

Justeru setelah engkau dewasa kelak, penuhilah pula tanggungjawabmu kepadaku. Janganlah engkau melupakan jasa kedua orang tuamu. Jadilah anak yang soleh yang amat diharapkan doanya setelah ibumu meninggalkan alam yang fana’ ini. Renungilah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya):
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Surah Luqman, 14]

Wahai warga masyarakatku:
Marilah kita bersama-sama menegakkan amar makruf nahi mungkar agar rahmat dan kasih sayang Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa menyelubungi kita. Ketahuilah bahawa kita sekalian adalah penolong antara satu dengan yang lain. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah merakamkan perkara ini dalam firman-Nya (maksudnya):
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [Surah at-Taubah, 71]

Jangan kita biarkan ombak dunia menenggelamkan kita dari peringatan-Nya. Sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat menikmati kesenangan yang sementara. Kelak kita semua akan dipanggil menghadap-Nya untuk ditanyakan tentang amalan kita. Bersegeralah kita menyahut seruan-Nya agar kita tidak kerugian. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya):
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [Surah al-Asr, 1-3]