Friday, June 4, 2010

Masalah Aqidah(1)

Masalah Aqidah

"Hai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya". Al-Baqarah, 2:208.


*Muqaddimah
*Salah Faham K.H. Sirajuddin Abbas Terhadap Ibn Taimiyah Dalam Bukunya "Iktiqad
Ahli Sunnah Wal-Jamaah"
*Bahaya Nifak
*Mengapa Syiah Wajib Ditolak
*Buruk Sangka
*Mengingkari Zat, Nama dan Sifat-Sifat Allah adalah Sesat - Di Mana Allah?
*Hukum Berzanji, Maulid dan Nur Muhammad



*Muqaddimah

Buku “Koleksi Kulliah-Kulliah Aqidah” jilid pertama ini akan bersambung dan seterusnya akan menyusul dan diiringi oleh beberapa buku lagi yang mungkin akan mencapai sehingga beberapa jilid insya-Allah.

Sebenarnya keseluruhan isi kandungan buku jilid pertama ini dan yang akan terus bersambung merupakan beberapa buah kertas kerja dari beberapa majlis ceramah, forum, wacana, majlis-majlis ilmu dan kulliah yang telah dibentang (disampaikan) oleh penulis sama ada di Malaysia atau Singapura. Antara majlis tersebut ada yang diundang oleh pehak kerajaan negeri, institusi kerajaan, pusat-pusat pengajian, universiti, persatuan, pertubuhan, masjid, badan-badan agama, individu atau lain-lainnya.

Setelah semua kertas-kertas kerja yang telah dibentang, diceramahkan atau dikulliahkan dikumpul semula, kemudian disatukan, disusun dan dibuat beberapa penambahan, barulah penulis menjadikannya buku-buku koleksi yang bersiri (berjilid-jilid). Koleksi ini akan terus diterbitkan supaya menjadi bahan bacaan berbentuk agama terutamanya yang menyentuh persoalan akidah Islamiyah.

Mudah-mudahan semua buku-buku “Koleksi Kulliah-kulliah Akidah” yang ditulis dengan gaya bahasa yang ringan, penuh penelitian, pengkajian dan kesabaran mampu dimiliki oleh para pembaca serta menjadi koleksi yang bermanfaat. Ianya mudah dibaca dan amat sesuai dijadikan bahan rujukan oleh para pengkaji agama, para pelajar, para pembaca, para pencinta ilmu agama dan para hadirin yang menghadiri majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh penulis sama ada di Malaysia atau di Singapura.

Segala usaha untuk menerbitkan koleksi kertas kerja ini sehingga menjadi beberapa buah buku adalah atas dorongan, permintaan dan inisiatif yang disuarakan oleh para muslimin dan muslimah, terutama mereka yang kurang berpeluang mengikuti majlis-majlis ilmu. Walaupun mereka tidak berkesempatan bersama penulis namun mereka menghubungi penulis dan menyuarakan keinginan untuk memiliki kesemua kertas kerja dan buku-buku yang telah diterbitkan.

Semoga segala usaha untuk menjayakan semua penulisan dan penerbitan yang bertujuan mencari keredhaan Allah Subhanahu wa-Ta’ala ini sentiasa mendapat keberkatan dariNya. Mudah-mudahan juga buku ini mampu menyumbang ke arah menambah bahan-bahan pembacaan dan berjaya menyalurkan pengetahuan agama kepada ummah menurut pemahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah yang disepakati oleh jumhur ulama Salaf as-Soleh.

Berdasarkan sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam
“Menuntut ilmu itu adalah wajib atas setiap muslim” H/R Baihaqi dan Ibn Abdulbar.

Maka tulisan ini adalah antara pilihan yang tepat untuk dimiliki, dibaca, difahami dan untuk menambah bahan-bahan pelajaran agama supaya dapat mengamalkan ibadah zahir dan batin dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh syara. Wallahu‘alam.

Rasul Dahri
Singapura.

-------------------------------------------------------------------------------------

*Salah Faham K.H. Sirajuddin Abbas Terhadap Ibn Taimiyah Dalam Bukunya "Iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah"



Kertas kerja ini telah dibentang dan dikulliahkan di beberapa masjid di Perlis, di Selangor, di Johor, di Pulau Pinang dan di Pertubuhan Muhammadiyah Singapura. Pada mulanya kertas kerja ini ditulis, dibentang dan dikulliahkan atas permintaan beberapa orang ulama Perlis yang membantah tuduhan Sirajuddin Abbas di dalam bukunya “Iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah”. Yang mana di dalam buku tersebut termuat beberapa fitnah, tuduhan yang tidak berasas, palsu, keterlaluan dan liar terhadap Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah.

Kemudian kertas kerja ini dikulliahkan semula di Singapura dan dibeberapa negari di Malaysia atas permintaan beberapa individu yang terlibat dengan kegiatan dakwah Islamiyah sama ada yang terdiri dari ahli-ahli jawatan kuasa masjid, pertubuhan atau badan NGO.

Antara tujuan kertas kerja ini diterbitkan ialah untuk membantu memperbaiki kesilapan serta kekeliruan pandangan kebanyakan masyarakat Islam Nusantara terhadap akidah dan sejarah hidup Ibn Taimiyah.

Semoga kertas kerja yang serba ringkas ini mampu memberi jawapan secara ilmiyah kepada mereka yang selama ini mempersoalkan atau tersalah anggap terhadap akidah Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, kerana pada hakikatnya beliau amat berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj ulama Salaf as-Soleh.

بِسْـــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اِنَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شَرُوْرِ اَنْفُسِنَا ، وَمِنْ سَيِّئَاتِ اَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَمُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَهَدِيَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ .

{يَااَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتَنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ} . اَمَّا بَعْدُهُ:

Salah Faham K.H. Sirajuddin Abbas

Terhadap Ibn Taimiyah Dalam Bukunya

“Iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah”


Kertas kerja ini, bukanlah bertujuan untuk memperkata kan biodata atau kesilapan isi kandungan buku "Iktiqad Ahli Sunnah Wal-Jamaah" tulisan K.H Sirajuddin Abbas, kerana tidak ramai dari kalangan umat Islam Nusantara mengenali beliau. Malah beliau langsung tidak dikenali oleh umat Islam antarabangsa. Namun, Ibn Taimiyah rahimahullah yang menjadi sasaran tuduhan dan fitnah Sirajuddin pula sebaliknya, khidmat dan perjuangan Ibn Taimiyah dengan pedang dan pena untuk membela Islam sangat dikenali dan diketahui oleh para ulama serta sebahagian besar umat Islam di seluruh dunia, sama ada di dunia Islam atau bukan Islam. Oleh yang demikian, tulisan ini hanya bertujuan mengkoreksi dan menyanggah tuduhan serta fitnah Sirajuddin terhadap Syeikhul Islam Ibn Taimiyah. Namun, bukanlah pula tujuan penulis untuk mengajak para pembaca supaya fanatik atau ghulu kepada Ibn Taimiyah. Penulis memulakan tulisan ringkas ini dengan membawakan sedikit biodata Ibn Taimiyah rahimahullah:

Ibn Taimiyah adalah seorang ulama besar, mujahid (berjuang dengan pedang, tulisan dan jiwa raganya), mujaddid (refomis) dan diberi julukan sebagai Syeikhul Islam oleh para ulama Salaf as-Soleh. Nama penuh beliau ialah Taqiyudin Abul Abbas Ahmad as-Syeikh Syihabudddin Abi al-Mohsin Abdulhalim ibn Syeikhul Islam Majdudin Abil Barakat Abdussalam Ibn Abi Muhammad Abdullah bin Abi al-Qasim al-Khadar bin Muhammad bin al-Khadar bin Ali bin Abdullah Ibn Taimiyah al-Harrani yang dinasabkan kepada Al-Harran di Negeri Syam.[1]

Ibn Taimiyah dilahirkan di Harran pada 590H. Menghafal al-Quran al-Karim, mendalami hadis dari pamannya Fahruddin dan beberapa orang ulama sehingga menjadi penghafal hadis (Ahli Hadis). Belayar mencari ilmu hingga ke Bagdad ibu negeri Khalifah Abbassiyah pada tahun 603H dan wafat pada 672H. di Bagdad.[2]

Ibn Taimiyah diiktiraf keilmuannya oleh para ulama Islam di serata dunia sehinggalah ke hari ini. Menghasilkan ratusan kitab yang tidak dipertikaikan dan mendapat pujian dari az-Zahabi rahimahullah: "Setiap hadis yang tidak diketahui oleh Ibn Taimiyah maka dia bukanlah hadis".[3] Di segi ilmu, beliau menerima dan mengguna pakai dalam fatwa-fatwanya ilmu-ilmu dari kesemua ulama Salaf terutamanya dari imam mazhab yang empat, dari pembesar hadis seperti Bukhari, Syafie, Tabari, al-Asbahani, al-Lalakai, Ibn Khuzaimah[4] (dan yang lain-lainnya).

Keilmuan Ibn Taimiyah terbukti telah diiktiraf (diakui kebenarannya) oleh para ulama Nusantara termasuklah oleh pakar-pakar rujuk Pusat Islam Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sebagai contoh:

1. Prof. Dr. Abdulfatah Harun Ibrahim dari Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam UKM sebagaimana yang terdapat dalam nukilan takhrij hadis daripada Ibn Taimiyah dalam risalah "Martabat Tujuh Tajjali (Penampakan) Allah Melalui Tujuh Martabat (Lapisan). Risalah ini diterbitkan oleh JAKIM. Lihat cetakan pertama. l998. Hlm. 4.

2. Risalah Mengenal Hadis Maudhu' oleh penel Bahagian Penyelidikan Islam, Jakim. Cetakan pertama. l998. Hlm 55-71. Wan Subki Wan Salleh. Kolej JAIPETRA, Kelantan dalam artikel "Usaha-Usaha Ulama Mendedahkan Hadis Palsu".

3. Al-Hadis al-Qussos, susunan Ibn Taimiyah dijadikan sebagai kitab rujukan dalam membongkar hadis-hadis palsu yang terbesar di kalangan umat Islam (Risalah: Mengenal Hadis Maudhu' oleh Penel Bahagian Penyelidikan Islam, JAKIM. Cetakan pertama. l998. Hlm. 20.

4. Anak murid Ibn Taimiyah yang terkenal seperti Ibn Kathir dan Ibn Qaiyim al-Jauzi diiktiraf sebagai ulama tafsir dan akidah oleh masyarakat Islam Malaysia. Contohnya: Prof. Madya Dr. Huda @ Udah bin Mohsin, UKM menukil dalam rujukan nota kakinya dari kitab tulisan Ibn Qaiyim al-Jauzi. Lihat: "CONTOH-CONTOH HADITH PALSU". Hlm. 43.

Sememangnya penulis merasakan amat berkewajipan dan perlu menulis, membentang dan mengenengahkan kertas kerja ini lantaran permintaan dari beberapa orang yang telah membaca buku K.H Sirajuddin Abbas: "Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah". Terutama para ulama dari Negeri Perlis yang amat peka dengan mereka yang memusuhi dan ingin menghancurkan amalan dan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaf as-Soleh. Mereka meminta agar penulis mengkoreksi beberapa kesilapan K.H Sirajuddin Abbas tentang fitnah dan tuduhannya terhadap pejuang sunnah iaitu Syeikhul Islam Ibn Taimiyah yang dimuatkan di dalam buku beliau.

Di dalam kertas kerja ini, penulis mencuba sedaya upaya membetulkan tuduhan dan fitnah tersebut. Diharap para Muslimin/Muslimat terutama yang mengikuti kulliah atau menghadiri pembentangan kertas kerja ini serta para pembaca yang budiman dapat sama-sama membuka minda dan berlapang dada dengan rasa keikhlasan supaya mendapat manfaat dari pengkoreksian ini.

Tuduhan K.H. Sirajuddin (1)

K.H. Sirajuddin dengan mudah menghukum sesat Syeikhul Islam Ibn Taimiyah mungkin lantaran ketidak fahaman, belum membaca atau tidak meneliti dengan cermat kitab-kitab Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, sehingga penjelasan beliau yang berdasarkan al-Quran, hadis, athar yang sahih serta fatwa para ulama muktabar bahawa Tuhan mempunyai muka, tangan, mata, rusuk dan bersemayam (istiwa), semuanya itu tidak pernah mencernai lubuk hati K.H. Sirajuddin, lantas beliau menyesatkan Ibn Taimiyah dan pastinya menyesatkan juga semua ulama Salaf as-Soleh yang sefahaman dengan Ibn Taimiyah.

K.H. Sirajuddin juga menyesatkan Ibn Taimiyah kerana beliau menyatakan bahawa Tuhan (Allah) berada di langit atau bertempat, boleh ditunjuk dengan anak jari ke atas, Tuhan mempunyai jari, mempunyai tangan, mempunyai tumit kaki, mempunyai tangan kanan, mempunyai nafas, turun-naik dan Tuhan itu "masa". Bersebab dari kenyataannya ini maka K.H. Sirajuddin menamakan Ibn Taimiyah sebagai kaum Mujassimiyah atau Musyabbihah yang sesat.[5]

Penjelasan (1)

Pada hakikatnya bukan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah seorang sahaja yang menyatakan bahawa Tuhan mempunyai muka, mempunyai tangan, mempunyai mata, mempunyai jari, berada di langit (bertempat) serta mempunyai sifat-sifat lain yang paling sempurna dan layak bagiNya, oleh itu beliau tidak boleh dihukum sesat oleh K. H. Sirajuddin dan oleh mereka yang terpengaruh dengan fahaman K.H. Sirajuddin.

Dalam hal ini, fahaman, pegangan dan amalan Ibn Taimiyah adalah berdasarkan fahaman para sahabat, tabi'in, tabi’ut at-tabi’in dan semua para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh, kerana kenyataannya beliau bersefahaman, sependapat dan seakidah dengan mereka. Antara mereka yang jelas semanhaj (sefahaman dan seakidah) dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah ialah:


(1). Imam al-Auza'ii yang dianggap Imam ahli Syam di zamannya. Beliau telah menegaskan:

كُنَّا وَالتَّابَعُوْنَ مُتَوَافِرُوْنَ نَقُوْلُ : انَّ اللهَ عَلَى عَرْشِهِ وَنُؤْمِنُ بِمَا وَرَدَتْ بِهِ السُنَّةَ مِنْ صِفَاتِ اللهِ تَعَالَى.



"Kami dan para Tabi'in semuanya menetapkan dengan kesepakatan qaul kami bahawa: Sesungguhnya Allah di atas 'ArasyNya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh Sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Taala".[6]

(2). Imam Abu Hasan Al-Asy'ari rahimahullah, yang dikenali sebagai Imam Ahli sunnah wal-Jamaah, beliau telah menegaskan bahawa al-Quran bukan makhluk dan diturunkan oleh Allah yang berada di langit dan beliau seterusnya menjelaskan:

"Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam di atas ArasyNya dan mempunyai muka. Al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk dan al-Quran diturunkan dari langit".[7]



(3). Imam as-Syafie rahimahullah menjelaskan (sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi Talib setelah beliau ditanya tentang sifat Allah):



وَاَنَّ لَهُ يَدَيْنِ بَقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ (بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوْطَتَانِ) وَاَنَّ لَهُ يَمِيْنًا بِقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَالسَّمَوَاتُ مَطْوِيَات بِيَمِيْنِهِ) وَاَنَّ لَهُ وَجْهًا بِقَوْلِهِ (كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ اِلاَّ وَجْهَه)...وَاَنَّ لَهُ قَدَمًا بِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمِ (حَتَّى يَضَعَ عَزَّ وَجَلَّ فِيْهَا قَدمَهُ)... وَاَنَّ لَهُ اُصْبُعًا بِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (مَا مِنْ قَلْبٍ اِلاَّ هُوَ بَيْنَ اُصْبُعَيْنِ مِنْ اَصَابِعِ الرَّحْمَن).... نُثبِتُ هَذِهِ الصِّفَات وَنَنفِي التَّشْبِيْه كَمَا نفِى ذَلِكَ عَنْ نَفْسِهِ تَعَالَى ذِكْرُهُ فَقَالَ (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ).


"Dan bagiNya dua tangan sebagaimana firmanNya: (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka. BagiNya tangan sebagaimana firmanNya: Dan langit digulung dengan tangan kananNya. Allah mempunyai wajah sebagaimana firmanNya: Setiap sesuatu akan binasa kecuali WajahNya. Baginya kaki sebagai sabda Nabi saw: Sehinggalah Dia meletakkan wajah dan KakiNya. Dia Mempunyai jari sebagaimana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam: Tiadalah hati itu kecuali antara jari-jari dari jari-jari Ar-Rahman (Allah). Kami menetapkan sifat-sifat ini dan menafikan dari menyerupakan sebagaimana dinafikan sendiri oleh Allah sebagaimana difirmankan: (Tiada sesuatu yang semisal denganNya dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat)".[8]



Beliau (Imam Syafie) seterusnya menjelaskan:



"Dan Allah Ta'ala di atas 'ArasyNya (Dan 'ArasyNya) di langit".[9]



Imam Syafie seterusnya menjelaskan lagi:


"Kita menetapkan sifat-sifat (Allah) sebagaimana yang didatangkan oleh al-Quran dan yang warid tentangNya dari sunnah, kami menafikan tasybih (penyerupaan) tentangNya kerana dinafikan oleh diriNya sendiri sebagaimana firmanNya (Tiada sesuatu yang semisal denganNya)".[10]



Imam Syafie telah menjelaskan juga tentang turun naiknya Allah:



وَاَنَّهُ يَهْبِطُ كُلَّ لَيْلَةٍ اِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا بِخَبَرِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.



"Sesungguhnya Dia (Allah) turun setiap malam ke langit dunia (sebagaimana) menurut khabar dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam".[11]

Imam Syafie dan Ibn Taimiyah, mereka berdua ada kesepakatannya dalam meyakini tentang turun-naiknya Allah. Mereka berlandaskan kepada sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:



يَنْزِلُ رَبُّنَا اِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا كُلَّ لَيْلَةٍ حِيْنَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرِ فَيَقُوْلُ : مَنْ يَدْعُوْنِي فَاَسْتَجِيْبَ لَهُ ، مَنْ يَسْاَلُنِيْ فَاعْطِيْهِ ، مَنْ يَسْتَغفرُنِيْ فَاَغْفِرلَهُ.



"Tuhan kita turun ke langit dunia pada setiap malam apabila sampai ke satu pertiga dari akhir malam, maka Ia berfirman: Sesiapa yang berdoa akan Aku perkenankan, sesiapa yang meminta akan Aku tunaikan dan sesiapa yang meminta keampunan akan Aku ampunkan".[12]



(4). Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah ketika ditanya tentang bagaimana untuk kita mengetahui di mana Allah? Beliau menyatakan:



وَقِيْلَ لِعَبْدِ اللهِ بْنِ الْمُبَارَكِ : كَيْفَ نَعْرِفُ رَبَّنَا ؟ قَالَ : بَاَنَّهُ فَوْقَ السَّمَآءِ السَابِعَةِ عَلَى الْعَرْشِ



"Ketika ditanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak: Bagaimana kita boleh mengetahui di mana Tuhan kita? Beliau menjawab: Dengan mengetahui bahawa Dia di atas langit ketujuh di atas Arasy".[13]

Di sebuah hadis sahih, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam mengakui dan menerima penjelasan seorang hamba bahawa Allah itu di langit, tetapi kita tidak tahu bagaimana K.H Sirajuddin boleh menolak hakikat dan kenyataan hadis sahih ini:

قَالَ مُعَاوِيَةُ بْنُ حَكَمُ السُّلَمِي : وَكَانَتْ لِيْ جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِيْ اُحُدٍ وَالْجُوَانِيَةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ فَاِذَا بَالذِّئْبِ قَدْ ذَهَبَ بِشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا وَاَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ آدَمَ اَسَفَ كَمَا يَاْسِفُوْنَ . لَكِنَّيْ صَكَكْتُهَا صَكَّةً فَاَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ . قُلْتُ يَارَسُوْلَ اللهِ اَفَلاَ اَعْتِقُهَا ؟ قَالَ : اِئْتِنِيْ بِهَا . فَقَالَ لَهَا : اَيْنَ اللهُ ؟ قَالَتْ : فِى السَّمَاءِ . قَالَ : مَنْ اَنَا ؟ قَالَتْ : اَنْتَ رَسُوْلُ اللهِ . قَالَ : اَعْتِقُهَا فِاِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ.



"Berkata Muawiyah bin Hakam as-Sulami: Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwainiyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya. Sedang aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka. Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku menghadap Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku., Aku berkata: Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya" Jawab Rasullullah: Bawalah wanita itu ke sini. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. Di mana Allah" Dijawabnya: Di langit. Rasullullah bertanya lagi: Siapa aku" Dijawabnya: Engkau Rasullullah. Maka baginda bersabda: Merdekakanlah wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah".[14]

Dalam satu riwayat hadis mutaffaq 'alihi, bahawa Allah itu "ad-Dahr" atau "masa". Namun, bagaimana K.H. Sirajuddin Abbas menafikannya. Sabda Rasulullah ini:

لاَ تَسُبُّوْا الدَّهْرَ فَاِنَّ اللهَ هُوَ الدَّهْرُ.

"Janganlah kamu maki ad-dahr (masa), kerana sesungguhnya Allah itu adalah Masa"[15]


Tuduhan K.H. Sirajuddin (2)

Tanpa fakta yang konkrit dan betul K.H. Sirajuddin cuba menuduh dan terus memfitnahkan bahawa beliau (Syeikhul Islam Ibn Taimiyah) terpengaruh dengan fahaman kaum Musyabbihah dan Mujassimiyah yang sesat, kerana kononnya Ibn Taimiyah menyerupakan Tuhan dengan makhlukNya. Tuduhan dan fitnah K.H. Sirajuddin ini telah mempengaruhi ramai kaum muslimin yang jahil tentang siapakah Syeikhul Islam Ibn Taimiyah yang sebenarnya. Tuduhan dan fitnah ini telah ditangkis dan diperbetulkan oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Penjelasan (2)

Pada hakikatnya, boleh dianggap mustahil untuk ditolak dan dinafikan bagi sesiapa yang mengkaji kesemua kitab-kitab yang memperkatakan tentang akidah hasil tulisan Ibn Taimiyah, yang mana ternyata Ibn Taimiyah amat menentang dan memerangi dengan keras, tegas dan serius semua fahaman sesat termasuklah Musyabbihah dan Mujassimah. Ini dapat dibuktikan melalui tulisannya sebagimana dinyatakan oleh beliau sehingga berulang kali:

مِنَ اْلاِيْمَانِ بِاللهِ : اَلاِيْمَانُ بِمَا وَصَفَ بِهِ نَفَسَهُ مِنْ غَيْرِتَحْرِيْفِ فِى كِتَابِهِ ، وَبِمَا وَصَفَ بِهِ رَسُوْلَهُ مِنْ غَيْرِ تَحْرِيْفِ وَلاَ تَعْطِيْل وَغَيْرِ تَكْيِيْفِ وَلاَ تَمْثِيْلِ بَلْ يُؤْمِنُ بِاَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ).



"Beriman kepada Allah ialah beriman dengan apa yang disifatkannya sendiri (oleh Allah) tanpa tahrif (tidak merubah lafaz dan maknanya) mengikut sebagaimana di dalam kitabNya, mengikut sebagaimana disifatkan oleh RasulNya tanpa tahrif, ta'til (meniadakan sifat Ilahiyah, mengingkari keberadaan sifat-sifat tersebut pada ZatNya), tanpa takyif (diperbagaimana) dan tanpa tamsil (memisalkan dengan makhluk), sebaliknya beriman bahawa Allah Subhanahu wa-Ta’ala (Tiada sesuatu yang semisal denganNya dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat)".[16]

Sebenarnya Ibn Taimiyah telah mengklasifikasikan Musyabbihah dan Mujassimah sebagai golongan yang kufur dan sesat. Maka bagaimana K.H. Sirajuddin menamakan Ibn Taimiyah sebagai kaum Musyabbihah dan Mujassimiyah? Ibn Taimiyah pernah berkata tentang golongan yang berjaya (selamat ke syurga) dan menolak golongan sesat seperti golongan Musyabbihah:

"Fahaman (yang selamat ialah) yang pertengahan, bukan golongan Jahmiyah yang menta'til (sifat Allah) dan bukan juga golongan ahli tamsil seperti Musyabbihah".[17]

Penjelasan Ibn Taimiyah ini tidak dapat dinafikan oleh mereka yang rajin meneliti dan mengkaji kitab-kitab tulisan beliau. Tetapi K.H. Sirajuddin telah membuat tuduhan melulu kerana beliau tidak meneliti kitab Syeikhul Islam ini yang ratusan jumlahnya.


Tuduhan K.H. Sirajuddin (3)


Menurut kenyataan dan tuduhan K.H. Sirajuddin bahawa Syeikhul Islam Ibn Taimiyah menentang imam yang empat, sombong, menuduh para ulama semuanya penganut khurafat dan bid'ah. K.H. Sirajuddin mengaitkan nenek dan bapa Ibn Taimiyah dengan kesilapan Ibn Taimiyah yang direka-reka oleh musuh Islam dan akhirnya K.H. Sirajuddin menuduh Ibn Taimiyah sombong hanya kerana tidak pernah berhenti memerangi bid'ah dan khurafat.

Penjelasan (3)

Kalau orang-orang yang berfahaman seperti K.H. Sirajuddin mampu meneliti dan mengkaji semua kitab-kitab hasil tulisan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, pasti mereka merasa malu kerana pada hakikatnya Ibn Taimiyahlah salah seorang yang telah mempertahankan, memperjuangkan dan mengimarahkan (menghidupkan) semula ajaran-ajaran sebenar para Imam yang empat. Para pengikut mazhab-mazhab tersebut hanya mendakwa mengikut mazhab yang diakuinya, tetapi rata-rata hanya bertaklid, menerima dan mengamalkan pendapat para ulama yang menasabkan ajarannya kepada mereka (imam mazhab yang empat), sedangkan pada hakikatnya mereka bukan bermazhab dengan sang Imam kerana terlalu banyak meninggalkan, menentang dan melanggar fatwa si Imam.

Contohnya, pengikut mazhab Syafie bermati-matian mengaku sebagai bermazhab dan bertaklid dengan Imam Syafie, tetapi ternyata (seperti Sirajuddin salah seorang dari mereka) tidak secara langsung dan mungkin tanpa disedarinya telah menentang Imam Syafie. Misalnya, Imam Syafie dan Imam Ibn Taimiyah menentang khurafat tariqat sufi falsafi, tasawuf dan tariqat kebatinan sebagaimana kenyataan dari Imam Syafie:

اَلتَّصَوُّفُ مَبْنِيٌّ عَلَى الْكَسَلِ وَلَوْ تَصَوَّفَ رَجُلٌ اَوَّلَ النَّهَارِ لَمْ يَاْتِ الظُّهْرَ اِلاَّ وَهُوَ اَحْمَقُ.



"Tasawuf dibina di atas kemalasan, jika sekiranya seseorang itu menganut tasawuf di awal siang (pagi), tidak akan sempat sampai ke waktu Zuhur, dia sudah jadi bodoh (biul/goblok)".[18]



مَنْ يَدِيْنُ بِهَذَا (التَّصَوُّف) فَهُوَ زِنْدِيْقٌ اَوْ بِتَعْبِيْرٍ اَدَقٍّ صُوْفِيّ فَالصُّوْفِيُّ مَرَادِفَةٌ لِكُلِّ مَا يُنَاقِضُ الاِيْمَان الْحَق.



“Sesiapa yang menganut agama ini (sufi) maka dia seorang yang zindik atau dengan kata lain dia adalah sufi yang zindik, maka fahaman sufi samalah seperti setiap fahaman yang menentang keimanan yang hak”.

Imam Syafie amat benci kepada kezindikan sufi lalu beliau berkata:

“Saya lari meninggalkan Kota Basrah kerana di sana terdapat golongan zindik (sufi/tasawuf), mereka mengerjakan sesuatu yang baru yang mereka sebut dengan tahlilan”.

Berkata Hasan al-Basri rahimahullah:

أما عَلِمْتَ اَنَّ اَكْثَرَ اَصْحَابُ النَّارِ اَصْحَابُ اْلاَكْسِيةِ ؟ (اَلتَّصَوُّفِ).

"Tidakkah engkau ketahui sesungguhnya kebanyakan penghuni neraka ialah penganut sufi/tasawuf?".[19]

Tidakkah K.H. Sirajuddin dan mereka yang sefahaman dengannya dapat menerima hakikat kenyataan Imam Syafie ini. Imam Syafie dengan tegas mengharamkan akidah dan pengamalan sufi/tawasuf?

Tuduhan K.H. Sirajuddin (4)

Seterusnya menurut tuduhan K.H. Sirajuddin Abbas: Seolah-olah ia (Ibn Taimiyah rahimahullah) mengatakan bahawa ia sahajalah yang berpegang kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul, sedang ulama-ulama yang terdahulu daripadanya dianggap penganut khurafat dan bid'ah.

Penjelasan (4)

Tuduhan K.H. Sirajuddin yang keterlaluan ini sama sekali tidak berasas, kerana kitab-kitab besar hasil tulisan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah terutamanya yang terhimpun dalam kitab seperti "Majmu' Fatawa" yang berjumlah 37 jilid dipenuhi dengan nukilan qaul-qaul (fatwa-fatwa) para ulama terdahulu seperti Syafie, Maliki, Hanafi, Hambali dan termasuklah dari para ulama muktabar dari kalangan ulama akidah, ahli tafsir dan para ulama hadis. Sesiapa yang telah membaca dan merujuk kepada kitab-kitab Ibn Taimiyah tidak akan menafikan hakikat dan kenyataan ini.

K.H. Sirajuddin ternyata membuat tuduhan dan fitnah sebelum mengenal, mengetahui, memahami dan memutalaah (mengkaji) kitab-kitab akidah hasil tulisan Syeikh Ibn Taimiyah. Ini adalah suatu kesilapan dan aib yang besar. Amat perlu kita ketahui bahawa apabila seseorang ulama menegah dan banyak memperkatakan kemungkaran bid’ah dan kefasikan yang berlaku di zamannya, ini bukanlah bermakna semua ulama di zaman itu telah dibid’ahkan atau dianggap fasik oleh ulama tersebut. Maka itulah sebenarnya yang dilakukan oleh Ibn Taimiyah rahimahullah.


Tuduhan K.H. Sirajuddin (5)

K.H. Sirajuddin menuduh bahawa Ibn Taimiyah memaklumkan perlawanan (penentangannya) kepada orang-orang Islam yang menganut dan bertaqlid dalam furu' syariat kepada mazhab yang empat. Kononnya menurut K.H. Sirajuddin lagi bahawa ia (Ibn Taimiyah) menganjurkan agar setiap orang berijtihad sendiri.

Penjelasan (5)

Pada hakikatnya bukan Syeikhul Islam Imam Ibn Taimiyah seorang sahaja yang melarang orang yang berakal, berilmu, beriman dan bertakwa dari bertaqlid buta kepada mana-mana Imam mazhab yang ada, tetapi semua ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh termasuk Imam Syafie, Maliki, Hanafi, Hambali, Sufiyah ath-Thauri dan yang lain-lainnya semua mereka melarang dari bertaqlid buta. Mereka telah menjelaskan:

قَالَ اْلاِمَامُ الشَّـافِعِيُّ رَحِمَهُ اللهُ تَعَالَى : كُلُّ مَا قُلْتُ وَكَانَ عَنِ النَّبِيِّ صَـلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خِلاَفُ قَوْلِيْ مِمَّا يَصِحْ ، فَحَدِيْثُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَوْلَى وَلاَ تُقَلِّدُوْنِيْ.



"Berkata Imam Syafie rahimahullah Ta'ala: Setiap apa yang telah aku katakan dan ada perkataanku itu yang bertentangan dengan (hadis) yang sahih, maka hadis Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah lebih diutamakan dan janganlah kamu sekalian bertaqlid denganku".[20]



وَقَالَ اَيْضًا : مَنْ قَلَّدَ مُعَيَّنًا فِى تَحْرِيْمِ شَيْءٍ اَوْ تَحْلِيْلِهِ وَقَدْ ثَبَتَ فِى الْحَدَيْثِ الصَّحِيْحِ عَلَى خِلاَفِهِ وَمَنْعِهِ تَقْلِيْدِ عَنِ الْعَمَلِ بِالسُّنَّةِ فَقَدْ اتِّخَذَ مَنْ قَلَّدَهُ رَبًّا مِنْ دُوْنِ اللهِ تَعَالَى.



“Imam as-Syafie berkata lagi: Sesiapa yang bertaqlid pada sesuatu dalam pengharaman sesuatu atau penghalalannya sedangkan telah nyata hadis sahih yantg bertentangan dengannya dan menegah dari bertaqlid kerana diperintahkan (diwajibkan) beramal dengan sunnah, maka dia telah mengambil orang yang ditaqlidkan itu sebagai Tuhan selain Allah Subhanahu wa-Ta'ala".[21]



قَالَ اْلاِمَامُ اَحْمَدُ بْنُ حَنْبَل رَحِمَهُ اللهُ تَعَالَى : لاَ تُقَلِّدْ دِيْنَكَ اَحَدًا مِنْ هَؤُلاَءِ مَا جَاءَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخُذْ بِهِ ، ثُمَّ التَّابِعِيْنَ بَعْدَ الرَّجُلِ فِيْهِ مُخَيَّرٌ.



"Berkata Imam Ahmad bin Hambal: Dalam agamamu janganlah engkau bertaqlid dengan sesiapapun dari mereka-mereka. Apa yang datang dari nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam maka ambillah olehmu, kemudian ambil dari para tabiin, adapun orang-orang yang sesudahnya diberi pilihan sama ada diambil atau ditinggalkan".[22]



قَالَ اْلاِمَامُ اَحْمَدُ : لاَ تُقَلِّدُونِيْ وَلاَ مَالِكًا وَلاَ اَبَا حَنِيْفَةً وَلاَ الشَّافِعِي وَلاَ اْلاَوْزَعِيْ وَلاَ الثَوْرِيِّ رَحِمَهُمُ اللهُ تَعَالَى وَخُذْ مِنْ حَيْثُ اَخَذُوْا.



"Janganlah kamu bertaqlid kepadaku, janganlah bertaqlid kepada Malik, Abu Hanifah, Syafie, Auzaii dan Thauri rahimahumullah Ta’ala. Ambillah dari mana (atau sebagaimana) mereka mengambil".[23]



قَالَ ابْنُ حَزَمُ : اِنَّ الْفُقَهَاءَ الَّذِيْنَ قلدُّوْا مبطلوْنَ لِلتَّقْلِيْدِ وَاَنَّهُمْ نُهُوْا اَصْحَابَهُمْ عَنْ تَقْلِيْدِهِمْ ، وَكَانَ اَشَدُّهُمْ فِى ذَلِكَ الشَّافِعِي.



"Berkata Ibn Hazam: Sesungguhnya para fukaha yang menjadi ikutan mereka membatalkan pentaqlidan kepada mereka dan sesungguhnya mereka menegah para pengikutnya dari bertaqlid kepada mereka. Dan yang paling kuat menentang (perbuatan bertaqlid) ialah as-Syafie".[24]



وَقَالَ عَلِيُّ حَسَنُ بْنُ عَبْدُ الْحَمِيْد : وَمَنْ لَمْ يُفرِق التَّقْلِيْدِ لَمْ يَكُنْ لِعِلْمِهِ كَثِيْرُ فَائِدَةٍ.



"Berkata Ali Hasan bin Abdul Hamid: Sesiapa yang tidak meninggalkan taqlid maka pada ilmunya tidak akan memberi banyak faedah".[25]



قَالَ سَنَدُ بْنُ عَنَانُ رَحِمَهُ اللهُ : اعْلَمْ اَنَّ مُجَرَّدَ اْلاِقْتِصَارِ عَلَى مَحْضِ التَّقْلِيْدِ لاَ يَرْضَى بِهِ رَجُلٌ رَشِيْدٌ وَاِنَّمَا هُوَ شَاْنُ الْجَاهِلِ الْبَلِيْدِ اَوْ الْغَبِيِّ الْعَنِيْدِ.



"Berkata Sanad bin Anan rahimahullah: Ketahuilah sesungguhnya hanya dengan mengambil jalan mudah sehingga mendorong bertaqlid adalah tidak digemari oleh seorang lelaki yang bijaksana. Sesungguhnya (bertaqlid) adalah cara seorang yang bodoh lagi bebal dan si tolol yang keras kepala".[26]



اَجْمَعَ النَّاسُ عَلَى اَنَّ الْمُقَلِّدَ لَيْسَ مَعْدُوْدًا مِنْ اَهْلِ الْعِلْمِ وَاَنَّ الْعِلْمَ مَعْرِفَةُ الْحَقِّ بِدَلِيْلِهِ.



"Manusia telah sepakat bahawa para muqallid tidak terhitung sebagai kalangan ahli ilmu, bahawasanya ahli ilmu mengenali kebenaran melalui dalilnya".[27]

Kalau dibaca kitab-kitab hasil tulisan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, tidak akan terdapat walaupun satu kenyataan atau kaul dari Ibn Taimiyah yang menganjurkan agar semua orang berijtihad terutamanya orang awam yang tidak berilmu. Malah Ibn Taimiyah mensyaratkan beberapa syarat kepada mereka yang mahu berijtihad sebagaimana juga yang disyaratkan oleh Imam Syafie rahimahullah dan para imam yang lain, maka bagaimana K.H. Sirajuddin boleh membuat tuduhan palsu seperti ini?

Tuduhan K.H. Sirajuddin (6)

Menurut tuduhan dan fitnah K.H. Sirajuddin Abbas yang seterusnya bahawa kononnya Syeikh Ibn Taimiyah telah mengatakan:

"Duduknya Tuhan di atas ‘Arasy sama dengan duduknya Ibn Taimiyah di atas kursinya dan turunnya Tuhan dari langit sama seperti turunnya Ibn Taimiyah dari mimbar dan Tuhan itu dilihat (di sebelah) atas, boleh ditunjuk dengan anak jari ke atas”.

Penjelasan(6)

Tuduhan K.H. Sirajuddin sebagaimana yang diungkapkan di atas diulang berkali-kali, seolah-olah supaya ianya diberi perhatian oleh pembaca. Namun, K.H. Sirajuddin tidak berhati-hati dan tidak ilmiyah dalam penukilannya sehingga menjadi tuduhan palsu dan fitnah yang keterlaluan serta diada-adakan. Apa yang diketengahkan oleh beliau hanyalah tuduhan yang merujuk kepada buku "Rahlah Ibnu Bathuthah".

Menurut K.H. Sirajuddin (kononnya) Ibnu Bathuthah mendengar dan melihat sendiri kejadian Ibn Taimiyah berkata dan melakukan sebagaimana yang didakwakannya, iaitu: "Turunnya Tuhan sama seperti turunnya beliau dari mimbar".

Ada dua alasan yang kuat untuk membantah, menolak dan membatalkan tuduhan K.H Sirajuddin yang penuh dengan penipuan dan fitnah ini, iaitu:

Pertama: Memang Ibn Taimiyah sehingga ke hari ini masih dituduh sebagai Penyerupa Allah dengan makhlukNya atau Mujassimah, sedangkan terlalu banyak bukti penentangan Ibn Taimiyah terhadap kaum Musyabbihah dan Mujassimiyah sebagaimana penolakan beliau terhadap golongan Qadariyah, Jahmiyah, Muktazilah.[28] Amat mustahil orang yang menentang kaum-kaum yang sesat seperti Ibn Taimiyah akan menerima fahaman sesat yang sangat ditentang dan dibencinya.



Sebenarnya Ibnu Bathutah tidak pernah mendengar malah tidak pernah menghadiri majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh Ibn Taimiyah. Menurut catitan sejarah, sampainya Ibnu Bathuthah di Damsyik pada hari Khamis 9hb Ramadan 727H. Ibn Taimiyah dimasukkan ke penjara Damsyik pada awal bulan Sya'ban ditahun yang sama (727H). Tercatit dalam sejarah bahawa Ibn Taimiyah wafat pada malam Ithnin 20hb Zulqaidah 728H.



Timbul persoalan, bagaimana Ibnu Bathutah boleh melihat Ibn Taimiyah menyampaikan ilmu di atas mimbar Jamek dan boleh mendengar majlis ilmunya sedangkan setibanya Ibnu Bathutah di Damsyik Ibn Taimiyah telah dimasukkan ke dalam penjara?[29]



Kedua: Ibn Taimiyah tidak pernah menyampaikan ilmunya di atas mimbar Jamek sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Bathutah: "Aku menghadiri majlisnya pada hari Jumaat, dia sedang menyampaikan ilmunya di atas mimbar Jamek". Malah Ibn Taimiyah tidak pernah berkhutabah di atas mimbar walaupun Ibnu Bathuthah mendakwa: "Dia turun dari tangga-tangga mimbar".



Ketiga: Kebiasaannya Ibn Taimiyah hanya duduk di atas kerusi semasa beliau menyampaikan pelajarannya.



Keempat: Sebenarnya Ibnu Bathutah tidak pernah menulis tentang pelayarannya dengan tangannya sendiri.[30]

K.H. Sirajuddin tidak teliti dalam tuduhannya kepada Ibn Taimiyah, contohnya beliau menuduh Ibn Taimiyah menyerupakan istiwa Allah sebagaimana duduk bersilanya beliau, sedangkan sama sekali tidak terdapat di dalam kitab-kitab Ibn Taimiyah yang memaknakan istiwa sebagaimana yang didakwa oleh K.H Sirajuddin.

Dalam hal ini K.H. Sirajuddin tidak menyedari malah beliau menolak kenyataan dan fatwa para ulama Salaf as-Soleh bahawa Allah itu bertempat sebagaimana yang dijelaskan oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyah.

Para ulama Salaf sepakat/sependapat dan seakidah dengan Ibn Taimiyah iaitu: "Allah bersemayam di atas ArasyNya dan ArasyNya berada di atas langit". Ini bermakna Allah bertempat iaitu di langit sebagaimana penjelasan para ulama Salaf as-Soleh yang berikut ini:

(1). Berkata al-Imam Abu Hanifah rahimahullah: "Sesiapa mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir. Adapun terhadap orang yang tawaqquf (diam) dengan mengatakan: Aku tidak tahu apakah Tuhanku di langit atau di bumi? Berkata al-Imam Abu Hanifah: Sesungguhnya dia telah kafir kerana Allah telah berfirman: Ar-Rahman di atas Arasy al Istiwa"[31].



(2). Berkata Al-Imam Malik rahimahulla:

"Allah berada di atas langit sedangkan ilmuNya di tiap-tiap tempat (di mana-mana), tidak tersembunyi sesuatupun daripadaNya"[32]



(3). Berkata al-Imam as-Syafie rahimahullah: "Sesungguhnya Allah di atas ArasyNya dan ArsyNya di atas langit"[33]



(4). Berkata al-Imam Ahmad Bin Hambal rahimahullah: "Benar! Allah di atas Arasy-Nya dan tidak sesiapapun yang tersembunyi daripada pengetahuanNya"[34]



(5). Athar Imam Ibnu Khuzaimah pula menjelaskan: "Barangsiapa tidak menetapkan Allah Ta'ala di atas ArasyNya dan Allah istiwa di atas tujuh langitNya, maka ia telah kafir dengan Tuhannya".[35]



(6). Athar Syaikhul Islam Abdul Qadir al-Jailani rahimahullah menjelaskan: "Tidak boleh mensifatkanNya bahawa Ia berada di tiap-tiap tempat. Bahkan (wajib) mengatakan: Sesungguhnya Ia di atas langit (yakni) di atas Arasy sebagaimana Ia telah berfirman: Ar-Rahman di atas Arasy, Ia beristiwa.[36] Dan patutlah memutlakkan sifat istiwa tanpa takwil, sesungguhnya Allah istiwa dengan ZatNya di atas Arasy. KeadaanNya di atas Arasy disebut pada tiap-tiap kitab yang Ia turunkan kepada tiap-tiap Nabi yang Ia utus tanpa (bertanya): Bagaimana caranya (Allah istiwa di atas Arasy-Nya)?"[37]



(7). Berkata al-Imam Abul Hasan al-Asy`ari rahimahullah: "Di atas langit-langit itulah Arasy, maka tatkala Arasy berada di atas langit-langit Allah berfirman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Sesungguhnya Ia istiwa (bersemayam) di atas Arasy yang berada di atas langit dan tiap-tiap yang tinggi itu dinamakan 'As-Sama (langit), maka Arasy berada di atas langit. Bukanlah yang dimaksudkan di dalam firman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Bukan di seluruh langit! Tetapi ArasyNya yang berada di atas langit."[38]

Dari hujah-hujah di atas amatlah jelas, bahawa larangan mentakwil terhadap sifat-sifat Allah oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, ianya nyata disepakati oleh seluruh ulama muktabar dari kalangan Imam-Imam mazhab fikeh dan akidah yang antara mereka ialah Maliki, Hambali, Hanafi, as-Syafie, Abu Hasan al-Asy’ari, Ibn Khuzaima dan lain-lainnya tetapi malangnya ditentang habis-habisan oleh K.H. Sirajuddin Abbas dan orang-orang yang sehaluan dengan beliau.

(8). Berkata pula Imam Ibnu Khuzaimah (dari kalaangan ulama as-Syafieyah):

"Kami beriman dengan khabar dari Allah Jalla wa-'Ala sesungguhnya Pencipta kami Ia beristiwa (bersemayam) di atas ArasyNya. Kami Tidak mengganti/mengubah kalam (firman) Allah dan kami tidak akan mengucapkan perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada kami sebagaimana (perbuatan kaum) yang menghilangkan sifat-sifat Allah seperti golongan Jahmiyah yang pernah berkata: Sesungguhnya Dia istawla (menguasai) ArasyNya bukan istiwa! (bersemayam). Maka mereka telah mengganti perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada mereka, ini menyerupai perbuatan Yahudi tatkala diperintah mengucapkan: Hithtatun (Ampunkanlah dosa-dosa kami), tetapi mereka mengucapkan (mengubah): Hinthah (makanlah gandum)! Mereka (kaum Yahudi) telah menyalahi perintah Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi maka seperti itulah (perbuatan kaum) Jahmiyah".[39]

Dikhuatiri orang-orang yang mengubah Kalam Allah telah mewarisi perangai, perbuatan dan sikap orang-orang Yahudi. Yang paling ditakuti pula jika ditimpakan nasib yang sama sebagaimana nasib yang menimpa kepada kaum Yahudi di akhirat kelak, Na’uzubillah! Oleh itu, jauhilah sikap, perbuatan dan akidah Yahudi kerana Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia tergolong dari kaum itu”.

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْب ، ثَبِّتْ قَلْبَنَا عَلَى دِيْنِكَ وَطَعَاتِكَ

“Wahai Yang Membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu”.


[1]. Lihat: Al-Fatawa al-Kubra, Jld. 1. (muqaddimah). Qaddama lahu wa-'arrafa bihi: Muhammad Makhluf. Dar al-Ma'rifah. Beirut.

[2]. Ibid.

[3]. Lihat: Muqaranah baina al-Gazali wa Ibn Taimiyah. Hlm. 22. Dr.Muhammad Rasyad Salim. Cetakan. 1395H -1975M. Ad-Dar as-Salafiyah.

[4]. Ibid.

[5]. Lihat: Keterangan Sirajuddin dalam bukunya "I'itiqad AhlussunahWal-Jamaah" hlm. 262-263.

[6]. Lihat: Fathul Bari. Jld. Hlm. 406. Ibn Hajar al-Asqalani. Dar Ihya at-Turath al-Arabi. Beirut.

[7]. Lihat: Iktiqad Aimatul hadis (اعتقاد ائمة الحديث) hlm. 50-51. Ismaili.

[8]. Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah Abi Hanifah wa Malik wa as-Syafie wa Ahmad. Hlm. 46-47. Cetakan pertama. 1412 -1992. Darul'Asimah Saudi Arabia.

[9]. Lihat: Iktiqad Qimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa-Ahmad. Hlm. 40.

[10].Ibid. Hlm. 42.

[11].Ibid. Hlm. 47.

[12].H/R Bukhari (1141), Muslim (758), Abu Daud (4733), Turmizi (4393),Ibn Majah (1366) dan Ahmad (1/346).

[13].Lihat: As-Sunnah. Hlm. 5. Abdullah bin al-Imam Ahmad.

[14].H/R Muslim dan Abi Daud.

[15].H/R Bukhari dan Muslim.

[16].Lihat: Syarah al-Akidah al-Wasitiyah. Hlm. 17-19, Ibn Taimiyah.Cetakan ketiga. al-Maktabah as-Salafiyah, Madinah al-Munawarah.Saudi Arabia.

[17].Lihat: Mujmal Iktiqad Aimatus Salaf. Hlm. 86, Dr. Abdullah binAbdulmuhsin at-Turky. Cetakan pertama. 1413 -1993. Muassasah ar-Risalah. Beirut.

[18].Lihat: Bahaya Tarikat sufi/Tasawuf Terhadap Masyarakat. Hlm. 30. Rasul Dahri. Cetakan pertama. 1998. Malaysia. Lihat: Talbisu al-Iblis. hlm. 159. Ditahqiq dan ditashih oleh paraulama al- Azhar as-Syarif kali kedua pada 1368H. Dar al-Kutub al-Ilmiyah. Beirut.

[19].At-Tasawuf. Hlm 21. Dr. Mustafa Hilmi. Dar ad-Dakwah. Al-Iskandariah.

[20].Lihat: اعلام الموقعين (17) Ibn Qaiyim al-Jauzi.

[21]:Lihat: Hal Muslim Mulzimun biittiba'i Mazhabun Mu'ayanun minalMazhaabil al-Arbah. Hlm. 69. Muhammad Sultan al-Maksumi

[22]:Lihat: Masail al-Imam Ahmad. Diriwayatkan oleh Abu Daud. Hlm.277.

[23].Ibid.

[24].Lihat: Al-Ahkam fi Usul al-Ahkam. (118). Tahqiq oleh AhmadMuhammad Syakir. Cetakan kedua. Dar al-Afaq al-Jadidah. Beirut.

[25].Lihat: 'Audah Ila Sunnah. Hlm. 36.

26. Lihat: Hal Muslim Mulzimun Fiitiba'i Mazhabun Mu'aiyan MinMazhabil Arba’a. Hlm. 70. Muhammad Sultan al-Maksumi.

[27].Lihat: Hal Muslim Mulzamun Fiittiba'i Mazhabun Mu'ayan MinalMazahabil Arba’. Muhammad Sultan al-Maksumi.

[28].Lihat: Syarah Hadis Nuzul. Hlm. 2. Zahir as-Syawisy. Cetakankelima. 1397H-1977M. Al-Maktab al-Islami. Beirut.

[29].Ibid. Hlm. 2.

[30].Ibid.

[31].Lihat: Mukhtasar al-Ulum, Hlm. 137. Imam Az-Zahabi. Tahqiq al-Albani.

[32].Ibid. Hlm. 140.

[33].Ibid. 179.

[34].Ibid. 188.

[35].Lihat: Ma'rifah Ulum al-Hadis. Hlm. 84. Riwayat yang sahih, dikeluarkan oleh al-Hakim.

[36].Surah Taha, 5.

[37].LIhat: Fatawa Hamwiyah Kubra. Hlm. 84.

[38].Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 48.

[39].Lihat: Kitabut Tauhid fi ithbatis Sifat. Hlm. 101. Ibnu Khuzaimah.


-------------------------------------------------------------------------------------

*Bahaya Nifak



Kertas kerja ini telah dibentang di majlis Forum Ramadan anjuran Masjid al-Khair Singapura. Majlis diadakan pada 24hb Dec. 2000, jam 10.45 malam yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ahmad Dahlan. Anggota penal terdiri dari penulis dan Yang Berbahagia Dr. Johari Mat dari University Malaya, Malaysia.

Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Masjid al-Khair, para Imam, Tuan Pengerusi Masjid, Ahli-Ahli Jawatankuasa Masjid, mereka yang terlibat dan kepada penyelaras Forum Ramadan Encik Mohammad Salleh Mohd Som yang sudi menjemput penulis dalam majlis tersebut. Semoga semua kegiatan dan usaha suci mereka sentiasa diberkati, dirahmati, diredhai Allah Azza Wa-Jalla dan juga semoga sentiasa berjaya. Tak lupa juga ucapan terima kasih kepada Persatuan Muhammadiyah yang telah berurusan dengan pihak Masjid al-Khair untuk melibatkan penulis dalam forum yang telah dimudahkan oleh Allah perjalanannya sehingga mendapat kejayaan.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ اْلاَنْبِيَاءِ والْمُرْسَلِيْنَ ، نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنَ.

BAHAYA NIFAK

Bermulanya sejarah dan munculnya orang-orang munafik yang pertama di kalangan umat Islam ialah setelah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam berhijrah ke Madinah. Semasa di Mekkah (zaman Mekkah) tidak wujud orang munafik sama ada secara individu atau kelompok, kerana hanya ada dua golongan sahaja semasa Nabi menyebarkan dakwah Islamiyah di Mekkah, iaitu:

Pertama: Golongan kaum muslimin yang kebanyakannya merahsiakan keimanan mereka demi untuk menyelamatkan Islam, iman dan dirinya dari tindakan orang-orang kuffar (musyrikin).

Kedua: Golongan atau kaum kuffar musyrikin yang kuat penentangannya terhadap orang-orang yang beriman.

Contoh yang dibawakan oleh sejarah tentang orang-orang munafik ialah peranan Kabilah Aus dan Khazraj serta orang-orang yang mengikuti mereka. Mereka adalah golongan munafik pertama muncul di Madinah, kemudian mereka mengumpulkan dan menghasut orang-orang di Madinah menjadi munafik seperti mereka kerana benci dan sakit hati diatas kemenangan kaum Muslimin dalam peperangan Badar.

Golongan munafik ini diketuai dan dipimpin oleh Abdullah bin Ubay bin Sallul yang menjadi ketua kabilah Kahzrah. Beliau pernah dinobatkan oleh orang-orang Yahudi sebagai raja di Yathrib (Madinah) tetapi terhalang dan tidak berjaya setelah kedatangan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa-sallam sehingga menggagalkan rancangannya menguasai Madinah. Kegiatan nifak beliau dibantu oleh kawan karibnya Abdullah bin Ubay.

DEFINISI NIFAK


Nifak dalam Bahasa Arab di ambil dari akar kata (kata dasar) (نفق اليربوع) yang bererti "Lubang Tikus", ini kerana kebiasaannya tikus mudah menampakkan jalan masuk ke lubangnya namun tidak menampakan jalan keluarnya. Maka ia memberi maksud: "Menampakkan dan melahirkan sesuatu kemudian menyembunyikan (merahsiakan) lawannya".[1]

Antara kalangan ulama muktabar yang telah mendefinisikan nifak ialah Imam Ibn Kathir rahimahullah. Menurut beliau nifak ialah:

اِظْهَارُ الْخَيْرِ وَاِسْرَارُ الشَّرِّ

"Melahirkan yang baik dan menyembunyikan (merahsiakan) yang buruk.[2]

Ibn Juraij rahimahullah pula mendefinisikan nifak sebagai:

المنافق يخالف قوله فعله وسره علانيته ومدخله مخرجه ومشهده مغيبه



"Si Munafik itu bertentangan perkataannya dengan perbuatannya, yang dirahsiakan dengan yang berterang-terangan, yang di dalam (hati)nya dengan luarannya dan yang dipersaksikannya dengan yang disembunyikannya".[3]

Menurut pendefinisian Ibn Qaiyim rahimahullah pula bahawa nifak ialah:

"Nifak itu ialah penyakit yang memenuhi anggota dalaman seseorang yang tidak disedari olehnya. Kerana nifak adalah urusan yang tersembunyi pada manusia. Cara kebanyakan yang menyembunyikan nifaknya ialah dengan bermuka-muka sebagai seorang pelaku kebaikan sedangkan dia adalah seorang yang pembuat kerosakan".[4]

NIFAK TERBAHAGI DUA

Menurut Ibn Qaiyim lagi, nifak itu terbagi dua:

Pertama: Nifak Akbar, "Nifak Besar" atau nifak akidah (iktiqad) yang menyebabkan pelakunya jika tidak bertaubat sebelum meninggal dunia dia akan dikekalkan di dalam neraka.[5] Di neraka pula Si Munafik ini akan ditempatkan di neraka yang paling terbawah (kerak neraka).[6]

Boleh diertikan juga bahawa nifak akbar ialah:

“Merahsiakan kekufuran dalam hati dan melahirkan keimanannya dengan lisan dan perbuatan (amalan)”.

Antara contoh-contoh nifak akbar (nifak besar) ialah:

1. Mendustakan apa yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sama ada sebahagian atau keseluruhannya. Seperti menolak dan mendustakan bahawa hadis-hadis sahih (as-Sunnah) tidak perlu dipakai lagi dan cukup hanya dengan mengambil al-Quran sahaja.

2. Mempermain-mainkan, memperlekeh atau menghina sebahagian dari ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Seperti menghina penutupan aurat bagi wanita mukminah, menghina akhlak Islamiyah atau memperlekeh dan menghina perlaksanaan hukum-hukum Allah Azza wa-Jalla yang alasannya hanya semata-mata bertujuan untuk mempermain-mainkan agama Allah.

3. Membenci Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam sama ada dengan tindakan, ucapan, sindiran atau hasutan. Seperti menuduh bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai seorang sayhwani (gila sex atau kaki perempuan).

4. Merasa gembira dan senang dengan kejatuhan Islam dan senang dengan kemenangan kuffar atau menolong (membantu) musuh dengan apa cara sekalipun dalam usaha menghancurkan Islam, memerangi umat dan Daulah Islamiyah.

5. Membenci ajaran yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu 'alaih wa-sallam atau menentangnya sehingga menghalang-halangi dakwah dan kelancaran perjalanannya sebagaimana firman Allah:

رَاَيْتَ الْمُنَافِقِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْكَ صُدُوْدًا

“Nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalang-halangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya”.

An-Nisa, 4:61.

Kedua: Nifak Asghar (اصغر),[7] "Nifak kecil" atau nifak amali iaitu salah satu dari dosa-dosa besar yang paling besar. Namun pembuatnya tidak akan dikekalkan di dalam neraka. Dinamakan nifak kecil ialah apabila perbuatan seseorang nampak jelas berbeza dengan apa yang telah disyariatkan oleh syara. Antara contoh-contoh nifak kecil ialah:

(1). Mudah dan suka berdusta dalam ucapan atau perkataannya sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-Quran dan sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alihi wa-sallam:

وَاللهُ يَشْهَدُ اِنَّ الْمُنَافِقِيْنَ لَكَاذِبُوْنَ

“Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik benar-benar orang pendusta (pembohong)”,

Al-Munafiqun, 63:1.



اِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِيْ اِلَى الْفُجُوْرِ ، وَاِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِيْ اِلَىالنَّارِ ، وَلاَ يَزَلُ الرَّجَلَ يَكْذِبُ وَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يَكْتُبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا.



"Sesungguhnya dusta itu mengarah kepada kemaksiatan, kemaksiatan mengarah kepada neraka. Sesungguhnya seseorang itu akan terus berdusta dan sentiasa mencari celah dusta sehingga ia dicatit di sisi Allah sebagai pendusta".

(2). Tidak menepati janji sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:

وَاِذَا وَعَدَ اَخْلَفَ

"Dan apabila berjanji ia tidak menepatinya"

(3). Mengkhianati amanah sebagaimana larangan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dari melakukan pengkhianatan:

وَلاَ تَخِنُ مَنْ خَانَكَ

"Janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati kamu"

(4). Curang atau keluar dari peraturan akhlak Islamiyah apabila berlaku pertengkaran atau ikhtilaf (berselisih faham), misalnya berkata bohong dalam menjelaskan perkara yang sebenar atau melebih-melebihkan permasalahan dengan segala kebohongan dan penipuan. Rasulullah bersabda:

آيَةُ الْمُنَافِقِ اَرْبَعٌ : اِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَاِذَا وَعَدَ اَخْلَفَ وَاِذَا خَاصَمَ فَجَرَ وَاِذَا عَاهَدَ غَدَرَ



"Tanda-tanda munafik itu empat: Apabila berkata ia dusta, jika ia berjanji tidak menepatinya, apabila bertengkar ia berlaku curang dan apabila berjanji dia berkhianat".

(5). Gemar menipu (penipuan) sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:

اِنَّ الْغَادِرَ يُنْصَبُ لَهُ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُقَالُ : هَذِهِ غَدْرَةُ فَلاَنِ بْنِ فُلاَنٍ



"Sesungguhnya setiap penipu akan dipancangkan baginya sebuah bendera dan dikatakan ini adalah penipuan si Fulan anak si Fulan". H/R Bukhari (5710) Al-Adab.



Ancaman Allah & Rasulnya Terhadap Penyakit Nifak Kepada Manusia

Allah mengancam orang-orang munafik dan yang berpenyakit nifak dengan azab yang amat pedih iaitu dengan api neraka Jahanam sebagaimana firmanNya:

بَشِّرِ الْمُنَافِقِيْنَ بِاَنَّ لَهُمْ عَذَابًا اَلِيْمًا

“Khabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih”.

An-Nisa, 4:138.



اِنَّ الْمُنَافِقِيْنَ فِى الدَّرْكِ الاَسْفَلِ مِنَ النَّارِ



“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkat yang paling bawah dari neraka”.

An-Nisa, 4:145.



اِنَّ اللهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِيْنَ وَالْكَافِرِيْنَ فِى جَهَنَّمَ جَمِيْعًا



“Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam”.

An-Nisa, 4:140.



وَعَدَ اللهُ الْمُنَافِقِيْنَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِيْنَ فِيْهَا هِيَ حَسْبُهُمْ ، وَلَعَنَهُمُ اللهُ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُّقِيْمِ

“Allah mengancam orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahanam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka dan Allah melaknati mereka dan bagi mereka azab yang kekal”.

At-Taubah, 9:68.



لِيُعَذِّبَ اللهُ الْمُنَافِقِيْنَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْمُشْرِكِيْنَ وَالْمُشْرِكَاتِ وَيَتُوْبَ اللهُ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَكَانَ اللهُ غَفُوْرًا رَحِيْمًا

“Sehingga Allah mengazab orang-orang munafik lelaki dan perempuan dan orang-orang musyrikin lelaki dan perempuan dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang mukminin lelaki dan perempuan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Al-Ahzab, 33:73.

Bagi orang yang beriman, pasti akan merasa takut, gerun dan mengerikan gambaran siksa dan azab api neraka Jahanam yang pedih yang diceritakan oleh Allah di dalam firmanNya. Semuanya itu telah disediakan untuk Si Munafik. Allah tidak akan mungkir janji, orang-orang munafik pasti akan celaka di dunia dan di akhirat akan mendapat azab yang pedih.

SOALAN:

Apakah amalan menggolongkan sesetengah puak sebagai munafik atau ahli nifak merupakan perbuatan yang menggalak sikap berwaspada atau merupakan perbuatan yang bahaya?

JAWAPAN:


Menggolongkan sesetengah puak sebagai munafik atau nifak bukanlah perbuatan yang bahaya dan salah menurut syara. Di dalam al-Quran, Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah menggolongkan manusia kepada tiga golongan, segolongan darinya terdiri dari orang-orang munafik sebagaimana yang terdapat penyusunan ayat dan pembahagiannya di surah al-Baqarah:

Pertama: Empat ayat memperkatakan golongan orang-orang beriman.

Kedua: Dua ayat memperkatakan tentang golongan orang-orang kafir.

Ketiga: Tiga belas ayat memperkatakan tentang golongan orang-orang munafik.

Ayat yang memperkatakan perihal Si Munafik melebihi yang lain agar orang-orang beriman mengenal perangai, sikap, perbuatan dan juga agar berwaspada terhadap kejahatan mereka. Mereka (Si Munafik) gemar membuat fitnah, banyak melakukan kejahatan dan fasad, mudah menyamar semasa bergaul bersama masyarakat Islam dan mereka sentiasa merancang kejahatan dan kerosakan terhadap orang-orang Islam.

Nifak adalah perbuatan yang tersembunyi yang tidak boleh dikesan dengan cepat dan mudah. Orang munafik lebih merbahaya dari orang kafir terhadap akidah, kekuatan dan kesatuan jamaah umat Islam kerana kekufuran adalah perbuatan yang nampak (kelihatan) dan mudah diketahui.

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam di Madinah barulah muncul orang-orang munafik. Namun, Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menyingkap tirai Si Munafik dan membuka rahsia-rahsia kejahatan dan kefasadan mereka. Itulah sebabnya semua ayat-ayat yang membongkar tentang rahsia-rahsia kejahatan orang-orang munafik semuanya turun di Madinah sehingga surah tersebut dinamakan Surah Madiniyah. Sebagaimana firman Allah:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُوْلُ آمَنَّا بِاللهِ وَبِالْيَوْمِ اْلآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِيْنَ ، يُخَادِعُوْنَ اللهَ وَالَّذِيْنَ آمَنُوْا وَمَا يَخْدَعُوْنَ اِلاَّ اَنْفُسَهُمْ وَمَايَشْعُرُوْنَ



"Di antara manusia ada yang mengatakan kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian, pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar".[8]

Fenomena nifak, cerita tentang pakatan dan gerakan jahat ketua-ketua munafik semuanya bermula setelah wujudnya negara Islam Madinah. Ia berterusan sehingga mula terbitnya unsur-unsur perpecahan gara-gara fitnah orang-orang munafik juga bermula di Madinah. Begitu juga membiaknya aliran-aliran sesat dan pemecah-belah umat yang terdapat sama ada di negara-negara Islam atau bukan negara Islam dari dahulu sehingga sekarang semuanya berpunca dari fitnah yang dicipta oleh orang-orang munafik. Mereka ingin menghancurkan Islam dan umatnya setelah negara Islam menjadi kuat dan meluas.

Berkata Ibn Abi Hatim radiallahu 'anhu:

"Mereka (orang-orang munafik) mudah melahirkan ucapan (لا اله الا الله) kerana inginkan agar terselamat darah dan harta mereka, tidak ada niat mereka selain yang demikian."[9]

Berkata Sa'id dari Qatadah:

"Sifat-sifat orang munafik itu banyak: Buruk akhlaknya, jika benar lisannya namun bertentangan dengan hatinya, amat bertentangan amalannya kerana diwaktu pagi ia melakukan yang benar dan diwaktu petang pula ia melakukan yang sebaliknya".[10]

Paling jelas sifat orang-orang munafik adalah pendusta. Allah Subhanahu wa-Ta’ala berfirman:

وَاللهُ يَشْهَدُ اِنَّ الْمُنَافِقِيْنَ لَكَاذِبُوْنَ

"Dan Allah bersaksi bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang pembohong (pendusta)".

Al-Munafiqun, 63:1

Sifat orang munafik itu penipu. Firman Allah:

يُخَادِعُوْنَ اللهَ وَالَّذِيْنَ آمَنُوْا

"Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman"

Orang munafik tidak termasuk orang yang beriman:

وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِيْنَ

"Dan sebenarnya mereka (orang-orang munafik) bukanlah orang-orang yang beriman".

Orang munafik berpenyakit hati:

فِى قُلُوْبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللهُ مَرَضًا

"Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya".



Orang munafik pembuat kerosakan di dunia:

اَلاَ اِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُوْنَ وَلَكِنْ لاَ يَشْعُرُوْنَ

“Ingatlah! Mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar".

Orang munafik adalah orang yang bodoh tetapi mereka tidak tahu dan menyedari tentang kebodohannya:

اَلاَ اِنَّهُمْ هُمُ السُّفُهَاءُ وَلَكِنْ لاَّ يَعْلَمُوْنَ

"Ingatlah! Sesungguhnya mereka orang-orang yang bodoh tetapi mereka tidak tahu".

Orang munafik tergolong dalam golongan syaitan:

وَاِذَا خَلَوْا اِلَى شَيَاطِيْنِهِمْ قَالُوْا اِنَّ مَعَكُمْ اِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِؤُوْنَ



"Dan apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanya berolok-olok".

Sifat orang-orang munafik suka mengolok-olokkan, memperlekeh (mempermain-mainkan) agama Allah:

اِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِءُ وْنَ

"Kami hanyalah berolok-olok".

Sifat atau sikap orang munafik tidak ada pendirian dan terumbang-ambing:

فِى طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُوْنَ

"Mereka terumbang-ambing dalam kesesatan".

Orang-orang munafik membeli (mengambil) kesesatan (bid'ah kekafiran dan kesyirikan) dengan meninggalkan petunjuk sunnah (keimanan), mereka tidak akan berjaya dalam perniagaan mereka:

اُوْلَئِكَ الَّذِيْنَ اشْتَرَوْا الضَّلاَلَةَ بِالهُدَى فَمَارَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوْا مُهْتَدِيْنَ

"Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perningaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk".

[1]. Lihat: المدخل لدراسة الاسلامية على مذهب اهل السنة والجماعة tajuk Nifaq. Dr. Ibrahim al-Buraikan.

[2]. Lihat: Tafsir Ibn Kathir. 1/76.

[3]. Ibid.

[4]. Lihat: صفات المنافقين hlm. 15. Al-Maktabah al-Islami. Cetakan ke 4. Beirut. Ibn Qaiym al-Jauzi.

[5]. Lihat: Tafsir Ibn Kathir 1/67.

[6]. Ibid.

[7]. Ibid.

[8]. Surah al-Baqarah, 2:8-9.

[9]. Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 2/88.

[10]. Ibid.


-------------------------------------------------------------------------------------

* Mengapa Syiah Wajib Ditolak



Kertas kerja “Mengapa Syiah Wajib Ditolak” telah dibentang dan dikulliahkan di Masjid Negeri, Negeri Perlis. Penulis merasakan bahawa masyarakat Islam Perlis amat perihatin tentang isu Syiah. Mereka juga sangat mengharapkan ketampilan para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang dapat menerangkan kepada umat Islam tentang bahaya dan sesatnya akidah serta fahaman Syiah. Penulis merasa bertanggungjawab memenuhi permintaan mereka setelah diminta memberi kulliah tentang kegiatan Syiah yang sudah lama menyebarkan fahaman mereka di seluruh Malaysia dan kini mula ingin menyebarkannya pula di Negeri Perlis.

Semoga Jabatan Agama Islam Perlis, para iman, ahli jawatan kuasa Masjid Negeri Perlis dan para ulama Perlis sentiasa berusaha menghidupkan kegiatan dakwah Islamiyah dalam usaha menghalang, menggagalkan dan membasmi kegiatan dakwah Syiah di Perlis. Mudah-mudahan segala usaha suci mereka mendapat keredhaan dan dirahmati Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Amin!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اِنَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتِعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ سُرُوْرِ اَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ اَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ . أمَّا بَعْده:

Baru-baru ini penulis telah diminta agar memberi penjelasan kepada umat Islam Perlis tentang bahayanya fahaman Syiah terhadap akidah Islamiyah. Isu ini disuarakan kerana terdapatnya beberapa orang aktivis Syiah yang cuba menyebarkan fahaman Syiah di Negeri Perlis. Oleh kerana fahaman Syiah ini benar-benar sesat, menyesatkan dan boleh memecah-belahkan umat Islam, maka dengan ‘inayah Allah penulis dengan rasa tanggungjawab dan hati yang ikhlas insya-Allah akan berusaha sedaya mungkin bekerjasama dengan para ulama dan masyarakat Islam untuk sama-sama menyekat dan membenteras fahaman sesat ini supaya tidak tersebar di kalangan umat Islam yang berakidah Ahli Sunnah wal-Jamaah walau di mana saja mereka berada.

Agar hakikat kesesatan akidah Syiah dapat diketahui dan difahami oleh masyarakat Islam Ahli Sunnah wal-Jamaah, maka penulis menyiapkan kertas kerja tentang penyelewengan dan bahayanya fahaman serta akidah Syiah. Kertas kerja yang ringkas ini akan dibentangkan sebagai siri kulliah akidah terutamanya di beberapa masjid di sekitar Perlis, Pulau Pinang dan Selangor insya-Allah.

Semoga Allah membantu kita sekalian menghapuskan fahaman yang sesat ini dari terus merebak dan sentiasa memelihara akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah, kedaulatan agama, negara, kerajaan, masyarakat dan perpaduan Ummah Islamiyah. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Definisi (شِيْعَة) Syiah Dan Tasyayyu' (تَشَيُّع)

Dari segi etimologis (bahasa), Syiah bererti "Para Pengikut, Penyokong, Pendukung atau Pembela". Contohnya: Syiah Ali, bermaksud satu kelompok yang berupa "Penyokong, pendokong atau pembela Ali". Menurut Terminologi (istilah) syara, Syiah bermaksud "Sesiapa yang mengangkat kepimpinan Ali radiallahu 'anhu dan anak-anaknya". Dan apabila disebut si Fulan itu Syiah maka dia menganut atau berfahaman Syiah.

Tasyayyu' (التشيع) pula menurut keterangan Syeikh al-Mufid ialah[1]:

التشيع لغة : هوالاتباع على وجه التدين والولاء للمتبوع علىالاخلاص.



"Tasyayyu' menurut etimologi adalah sikap mengikut yang didasari agama dan mengangkat orang yang diikuti dengan ikhlas".[2]

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman kalimah syiah dalam erti faktual suatu kelompok atau fahaman belum wujud dan belum terbentuk. Tetapi kelompok ini lahir ketika terjadinya pertikaian dan peperangan antara Syiah (penyokong) Ali dan Syiah Muawiyah. Hanya kelompok Syiah di waktu itu kesemua mereka berfahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Abdullah Bin Saba' (Si Munafik)

Abdulah bin Saba' adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman. Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah 'Uthman bin Affan radiallahu 'anhu. Dialah pereka ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi punca bersemaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri. Abdullah bin Saba' pernah berkata yang ditujukan kepada Khalifah Ali radiallahu 'anhu: "Engkaulah Allah".[3] Maka Ali mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba' tetapi ditegah oleh Ibn Abbas. Penyokong Ali membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama).

Abdullah bin Saba' orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait".[4] Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain pernah memperkatakan tentang Abdullah bin Saba':

"Abdullah bin Saba' mengeluarkan qaul (yang sesat), mengajarkan fahaman yang ghalu (keterlaluan)..... dan perbuatannya sangat melampaui batas".[5]

Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum Syiah yang lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba'. Beliau menyebut beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai Saba'iyah. Menurut beliau lagi bahawa komplot Saba'iyah adalah firqah pertama dalam Islam yang mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan).

Saad bin Abdullah al-Qumy ulama besar Syiah yang masyhur ini telah memastikan bahawa Abdullah bin Saba' adalah orang yang mengeluarkan perkataan dan menampakkan dirinya mengecam dan menentang Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiallahu anhum serta tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka.[6]

Pegangan Syiah Imamiyah yang ada sekarang adalah berasaskan ideologi dan doktrin sesat Abdullah bin Saba'. Fahaman ini disampaikan (dipelihara) dalam bentuk riwayat hadis yang dinasabkan kepada keluarga Nabi (Ahli Bait) dengan penuh kebohongan tetapi diterima oleh mereka yang jahil.[7]

Syiah Mengkafirkan Para Sahabat

Agama Syiah mengkafirkan para pembesar sahabat secara umum. Pengkafiran ini boleh dilihat dalam kitab-kitab besar Syiah yang ditulis oleh ulama mereka, contohnya ialah wasiat para ulama mereka:

1. Abu Ja'far berkata:

"Semua manusia (kaum muslimin Ahli Sunnah wal-Jamaah) menjadi Ahli Jahiliyah (kafir/murtad setelah kewafatan Rasulullah) kecuali empat orang, Ali, Miqdad, Salman dan Abu Dzar".[8]

2. Al-Kulaini[9] mensifatkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman telah terkeluar dari kalangan orang yang beriman (murtad/kafir) lantaran tidak melantik Ali sebagai khalifah setelah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam wafat.[10] Malah al-Kulaini mengkafirkan seluruh penduduk Mekkah dan Madinah. Menurut Kulaini:

"Penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah dan penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah dengan terang-terang".[11]

Al-Kulaini juga menetapkan dalam kitabnya al-Kafi:

"Sesiapa yang tidak beriman kepada Imam Dua Belas maka dia adalah kafir walaupun dia keturunan Ali atau Fatimah".[12]

3. Al-Majlisi seorang ulama besar Syiah menegaskan:

“Bahawa mereka (Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman) adalah pencuri yang khianat dan murtad, keluar dari agama, semoga Allah melaknat mereka dan semua orang yang mengikut mereka dalam kejahatan mereka, sama ada orang dahulu atau orang-orang kemudian".[13]



Budak Ali bin Husin berkata:



"Saya pernah bertanya kepada Ali bin Husin tentang Abu Bakar dan 'Umar. Maka dia menjawab: Keduanya kafir dan sesiapa yang mencintainya juga kafir".[14]

4. Abu Basir (ulama Syiah) menegaskan:

"Sesungguhnya penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah secara terang-terang dan penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah, lebih buruk tujuh puluh kali dari penduduk Mekkah".[15]

Demikianlah kenyataan, fatwa, kepercayaan, pandangan dan tuduhan jahat para ulama Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah sama ada terhadap ulama atau orang awamnya.

Al-Quran Menurut Syiah

Menurut kepercayaan penganut Syiah al-Quran yang ada sekarang sudah diubah-suai, ditambah dan dikurangi oleh para sahabat dan tidak asli. Al-Quran yang asli berada di tangan Ali yang kemudian diwariskan kepada putera-puteranya. Menurut Syiah lagi bahawa pada masa sekarang ini al-Quran yang asli berada di tangan Imam Mahadi al-Muntazar.

Al-Kusyi pula berkata:

"Tidak sedikitpun isi kandungan di dalam al-Quran (yang digunakan oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah sekarang, Pent.) yang boleh kita jadikan pegangan".[16]

Menurut para ulama Syiah:

“Seseorang itu akan dianggap kafir dan masuk neraka kerana tidak mengikut Imam Dua Belas Syiah atau kafir terhadap Syiah”.

Syiah banyak merubah ayat-ayat al-Quran dan tafsirannya. Contohnya ayat:

مَاسَلَكَكُمْ فِى سَقَرٍ

"Mengapa kamu masuk neraka?"

(Menurut penafsiran ulama Syiah):

قَالُوْا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّيْن

"Orang-orang kafir menjawab, Kami tidak solat".

Ulama Syiah merubah tafsirannya yang sebenarnya kepada maksud dan tafsiran:

"Kami (masuk neraka kerana) tidak mengikut Imam (Syiah)".[17]

Begitulah kekarutan, khurafat dan batilnya kepercayaan penganut syiah yang telah disepakati oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai akidah yang sesat lagi menyesatkan.

Hadis Menurut Syiah

Syiah menolak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli Sunnah wal Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya. Syiah hanya menerima hadis yang diriwayatkan oleh perawi Ahli Bait. Menurut Syiah hadis bukan semata-mata dari Nabi tetapi dari Imam Dua Belas yang maksum. Nilai perkataan imam yang maksum senilai dengan wahyu dan sabda nabi.[18]

Syiah Mengkafirkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

1. Syiah menggelar golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai Nasibi(نَاصِبِي) "Penipu, Pembangkang atau penentang Ali bin Abi Talib" kerana mereka mendahulukan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman sebagai khalifah.

Begitu juga ulama Syiah mengkafirkan pengikut mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi kerana mereka digolongkan sebagai an-Nasibi. Menurut ulama Syiah lagi:

"Dalam kalangan ulama (Ahli Sunnah) dari Malik, Abi Hanifah, Syafie, Ahmad dan Bukhari semua mereka kafir dan terlaknat".[19]

Keyakinan Syiah yang sesat ini diambil dari keterangan ulama mereka Syeikh Husin al-'Usfur ad-Darazi al-Bahrani. Beliau menegaskan:

"Riwayat-riwayat para imam menyebutkan bahawa an-Nasibi (si Kafir) adalah mereka yang digelar Ahli Sunnah wal-Jamaah".[20]

2. Syiah menganggap seluruh Ahli Sunnah wal-Jamaah kafir yang setara dengan orang-orang kafir musyrikin dan najis. Berkata Abu Qasim al-Musawi al-Khuri (ulama besar Syiah):

"Najis ada sepuluh jenis, yang ke sepuluh adalah orang kafir, iaitu yang tidak beragama atau yang beragama bukan Islam atau beragama Islam menolak yang datang dari Islam. Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara murtad, kafir asli, kafir zimmi, Khawarij yang ghalu atau an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)".[21]

Berkata Ruhullah al-Musawi (ulama Syiah):

"Sesungguhnya an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dan Khawarij dilaknati Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Keduanya adalah najis tanpa diragukan lagi".[22]

3. Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah kerana tidak mengiktiraf (tidak mengimani) Imam Dua Belas. Berkata Yusuf al-Bahrani (ulama Syiah):

"Tidak ada perbezaan antara orang yang kafir kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala, RasulNya dan yang kafir kepada para Imam Dua Belas".[23]



Dan berkata Kamil Sulaiman (ulama Syiah):

"Sesiapa yang meyakini para Imam Dua Belas maka dia adalah orang yang beriman dan sesiapa yang mengingkarinya dia adalah kafir".[24]

Syiah menghalalkan darah dan harta Ahli Sunnah. Berkata Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi, dia meriwayatkan dari Daud bin Farqad:

"Aku bertanya kepada Abu Abdullah 'alaihis salam: Bagaimana pendapat engkau membunuh an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)? Dia menjawab: Halal darahnya akan tetapi lebih selamat bila engkau sanggup menimpakan dengan tembok atau menenggelamkan (mati lemas) ke dalam air supaya tidak ada buktinya. Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan hartanya? Dia menjawab: Rampas sahaja semampu mungkin".[25]

Berkata Abu Ja'far ath-Thusi (ulama Syiah):



"Berkata Abu Abdullah 'alaihis salam (Imam as-Sadiq): Ambillah harta an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dari jalan apapun kamu mendapatkannya dan berikan kepada kami seperlima".[26]



Yusuf al-Bahrani berkata (ulama Syiah):

"Dari dahulu sehinggalah sekarang, bahawa an-Nasibi kafir dan najis secara hukum, dibolehkan mengambil segala harta benda mereka bahkan dihalalkan membunuhnya".[27]

Begitulah sikap golongan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mereka gelar sebagai an-Nasibi. Mereka bukan sahaja memusuhi Ahli Sunnah malah mengistiharkan bunuh dan rampas harta benda Ahli Sunnah wal-Jamaah. Dan rampasan tersebut dianggap oleh mereka sebagai ganimah (harta rampasan perang).

Agama Syiah Mewajibkan Taqiyah

Taqiyah (dissimulation) adalah satu prinsip yang diyakini oleh syiah Imamiyah. Berpegang kepada taqiyah adalah wajib bagi setiap penganut Syiah. Ianya adalah satu sikap yang menyembunyikan kebenaran yang (kononnya) jika didedahkan akan membawa kemusnahan diri atau agama seseorang Syiah.[28] Pada mulanya taqiyah dilakukan kerana takut terjadinya penindasan dari pihak pemerintah. Tetapi selanjutnya diamalkan untuk menipu, berbohong dan seterusnya untuk menghalalkan sesuatu yang haram atau sebaliknya.

Orang-orang Syiah akan menyamar sebagai Ahli Sunnah secara taqiyyah untuk memerangkap Ahli Sunnah yang kurang faham akan agama mereka. Tujuannya supaya dapat dirosakkan fahaman, akidah dan amal ibadahnya.

Abu Ja'far berkata:

"Taqiyah adalah agamaku dan agama nenek moyangku. Dan tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyah".[29]



Abdullah berkata:



"Wahai Abu 'Umar! Sesungguhnya sembilan persepuluh dari agama terletak pada taqiyyah, tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah pada segala sesuatu, kecuali arak dan menyapu sepatu".[30]



Diriwayatkan dari Ali bin Muhammad:



"Wahai Daud! Sekiranya kamu mengatakan bahawa orang yang meninggalkan taqiyah sama seperti orang yang meninggalkan solat, maka sesungguhnya betullah kata-katamu itu".[31]

Sebenarnya taqiyyah dalam agama Syiah adalah perbuatan nifak, pembuat nifak adalah seorang munafik. Tidak ada hadis sahih yang menghalalkan taqiyah sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Syiah. Si Munafik pula dilaknat Allah dan ditempat di neraka yang paling bawah (kerak neraka), maka Ahli Sunnah wal-Jamaah diharamkan dari bertaqiyah.

Syariat Syiah Yang Menyesatkan

Syariat Syiah yang sebenar amat bertentangan dengan syariat Ahli Sunnah wal-Jamaah. Syiah digolongkan oleh Imam Syahrastani di dalam bukunya “Al-Milal Wan-Nihal” dan al-Bagdadi dalam bukunya “Al-Faraq Bain al-Firaq” segabai golongan 72 yang ke neraka, kerana penganut Syiah selain mengkafirkan Amirul Mukminin Abu Bakar, ‘Umar al-Khatab, Uthman radiallahu anhum dan para sahabat yang lain, mereka juga lebih meyakini syariat Daud 'alaihis salam daripada syariat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Abu Ja'far berkata:

"Apabila Imam ghaib (Imam Mahdi) datang, ia akan memerintah dengan hukum syariat Daud (bukan syariat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, pent)".[32]



Nikah Mut'ah

Syiah menghalalkan nikah mut'ah seberapa banyak, beberapa kali yang diinginkan dan yang semampu. Mereka menghalalkan nikah mut'ah sehingga ke Hari Kiamat. Sebaliknya Ahli Sunnah wal-Jamaah telah mengharamkan nikah mut'ah sehinggalah ke Hari Kiamat. Antara hadis (hadis-hadis sahih) dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang mengharamkan nikah mut’ah ialah:

عَنْ عَلِيِّ اَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ نِكَاحِ الْمُتْعَةِ يَوْمَ خَيْبَرَ وَعَنْ لُحُوْمِ الْحُمُرِ اْلاَهْلِيَّةِ.



"Dari Ali (Bin Abi Talib): Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'alaihi wa-sallam telah melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan baginda mengharamkan makan daging keldai kampung".[33]



اَنَّ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى يَوْمِ الْفَتْحِ عَنْ مُتْعَةِ النِّسَاءِ.



"Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam melarang nikah mut'ah pada hari futuh (pembukaan) Mekkah".[34]

Antara tanda-tanda penganut agama Syiah ialah menghalalkan nikah mut’ah walaupun telah diharamkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Golongan Syiah telah menyelewengkan hadis-hadis sahih yang mengharamkan mut’ah. Oleh itu, orang-orang beriman yang mengakui sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah perlu membenteras fahaman dan ajaran Syiah kerana Syiah adalah golongan yang sesat lagi menyesatkan.

RUKUN IMAN AGAMA SYIAH


Rukun iman Agama Syiah berbeza dengan rukum iman Ahli Sunnah wal-Jamaah, kerana rukun iman Syiah hanya lima perkara, iaitu:

1. Beriman kepada keEsaan Allah - (التوحيد)

2. Beriman kepada Keadilan - (العدل)

3. Beriman kepada Kenabian - (النبوة)

4. Beriman kepada Imam - (الامانة)

5. Beriman kepada Hari Kiamat - (المعاه)

Imam Malik secara terang-terangan telah mengkafirkan golongan Syiah kerana golongan ini membenci para sahabat Nabi dan sesiapa yang membenci sahabat Nabi adalah kafir. Hal ini telah disepakati oleh sebahagian besar ulama.[35]

Imam Malik rahimahullah juga pernah menjelaskan tentang Syiah:

"Mereka (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan pembohong".[36]



Imam Syafie rahimahullah pula berwasiat:




"Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah".[37]

Begitulah fatwa-fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah terhadap golongan Syiah. Tidak terdapat seorangpun dari kalangan mereka yang menerima Syiah sama ada fahaman atau akidah mereka. Oleh itu, berwaspadalah terhadap gerakan, doktrin dan di’ayah Siyah, kerana pada hakikatnya mereka adalah pembohong yang hanya mengajak kepada kesesatan, pecah-belah dan kehancuran umat Islam. Wallahua’lam. Walhamdulillahi rabbil ‘alamin.

[1]. Syeikh al-Mufid adalah seorang ulama Syiah abad (414 H/ 1022M).

[2]. Lihat: Awaailul Maqalat. hlm. 2. Syeikh al-Mufid.

[3]. Lihat: Rijal al-Kusyi. Hlm. 106-108. (Kitab ini "Rijal al-Kusyi") adalah kitab tertua menjadi rujukan dan pegangan golongan Syiah.

[4]. Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asyariah. (1/74).

[5]. Lihat: الشيعة فى التاريخ Hlm. 213. Muhammad Husin al-Zain.

[6]. Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithna 'Asariyah. (1/74).

[7]. Lihat: Usul Mazhabi asy-Syiah al-Imamiyah al-Ithan 'Asariyah. (1/77).

[8]. Lihat: Tafsir as-Safi. (1/389).

[9]. Al-Kulaini, nama penuhnya Muhammad bin Yakub al-Kulaini. Meninggal dunia pada 328H

[10]. Lihat: Usul al-Kafi. (1/488).

[11]. Ibid. (2/409).

[12]. Lihat: Al-Kafi. (1/372-374).

[13]. Lihat: بحار الانوار. (4/385). Muhammad Baqir al-Majlisi

[14]. Ibid. (2/216).

[15]. Ibid. (2/410).

[16]. Lihat: As-Safi. (1/33).

[17]. Lihat: Usul Kafi. (1/438).

[18]. Keyakinan bahawa para imam maksum menjadikan semua perkataan yang keluar dari mereka adalah sahih. Maka tidak diperlukan menyandarkan sanadnya kepada Rasulullah s.a.w sebagaimana di kalangan Ahlu Sunnah wal-Jamaah. Lihat: Tarikh al-Imamiyah. Hlm. 140. Abdullah Faiyad.

[19]. Lihat: Asy-Syiah wa as-Sunnah. Hlm. 7. Ihsan Ilahi Zahiri.

[20]. Lihat: Al-Masail al-Khurasaniyah. Hlm. 147.

[21]. Lihat: Manhaj Shalihin. (1/116).

[22]. Lihat: Tahrirul al-Wasilah. (1/116). Cetakan Beirut.

[23]. Lihat: Al-Hadiq an-Nadirah. (28/153). Cetakan Beirut.

[24] Lihat: Kitabul Khalash Fi Zilli al-Qaimmul Mahdi. Hlm. 44. Cetakan Beirut, Lebnon.

[25]. Lihat: 'Ilal asy-Syar'i. Hlm. 44. Cetakan Beirut.

[26]. Lihat: Tahzibul Ahkam. (1V/122) Cetakan Tehran.

[27]. Lihat: Al-Hadiq an-Nadirah Fi Ahkam al-Atraf at-Tahirah. (X11/323-324).

[28]. Lihat: Al-Qummi, terjemahan Asaf .A Fyze. Hlm. 71.

[29]. Lihat: Usul Min Kafi. (2/219).

[30]. Ibid.

[31]. Lihat: Wasail asy-Syiah (X1/466). Cetakan Tehran.

[32]. Lihat: Tarikh Ma Ba'da Zuhur. Hlm. 728. Cetakan Beirut.

[33]. H/R Bukhari (5/78 dan 6/129). Muslim (9/189-190).

[34]. H/R Muslim. (4/133).

[35]. Lihat: Sunnah dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr. Abdullah Muhammad Gharib. Edisi pertama, Surabaya. 1984.

[36]. Ibid. Hlm. 57.

[37]. Ibid. hlm. 57.



-------------------------------------------------------------------------------------

*Buruk Sangka


Tajuk di atas telah dikulliahkan dalam beberapa pengajian (kulliah akidah) dibeberapa tempat di Selangor, Johor (terutamanya Johor Bahru) dan di Singapura pada pertengahan tahun 1990.

Kertas kerja ini terdiri dari dua siri. Tetapi di dalam buku koleksi jilid pertama ini penulis hanya memuatkan siri yang pertma dari dua siri yang telah dikulliahkan. Insya-Allah di buku koleksi jilid kedua akan dimuatkan siri yang seterusnya. Semoga para pembaca yang budiman dan dirahmati Allah dapat menambahkan ilmu dan pengetahuan agama serta memperolehi kebaikan dari pembacaan dan penelitian kertas kerja yang ringkas ini.

بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اِنَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ اَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ اَعْمَالِنَا ، مِنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ.

Buruk sangka terbahagi dua, iaitu:

Pertama: Prasangka yang membawa kepada keburukan walaupun pada mulanya ia menyangka atau berniat baik. Misalnya menambah atau mengurangkan sesuatu amal yang tiada hujjahnya dari syara, maka ia diharamkan kerana selain bertentangan dengan syara ia juga adalah bid’ah yang diharamkan. Dalilnya dapat difahami dari firman Allah Azza wa-Jalla:

وَهُمْ يَحْسَبُوْنَ اَنَّهُمْ يُحْسِنُوْنَ صُنْعًا

"Dan mereka mengira (menyangka) bahawa apa yang mereka lakukan adalah baik (kebaikan)".
AL KAHFI, 18:104.

Menurut ayat di atas, perkiraan atau sangkaan mereka yang baik dalam mencipta serta mengadakan- adakan suatu amal yang baru adalah salah walaupun dengan niat yang baik dan kerana Allah, kerana menambah atau mengurangkan sesuatu dalam agama Islam tidak pernah ada keizinannya dari Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Agama Allah (Islam) sudah sempurna sehingga tidak perlu ditokok tambah sebagaimana firman Allah:

اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ

"Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agamamu".
AL MAIDAH, 5:3.

Kedua: Buruk sangka dari hati yang sedar dan disengajakan oleh pembuatnya. Al-Quran dan as-Sunnah telah menjelaskan bahawa kebanyakan manusia mempunyai rasa buruk sangka terhadap Allah dan agamaNya. Termasuklah mereka yang mengakui sebagai muslim lantaran kejahilannya. Sama ada mereka berburuk sangka terhadap Allah mengenai kesempurnaan syariatNya atau terhadap kebenaran dan kesucian agamaNya. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah dengan firmanNya:

وَمَا يَتَّبِعُ اَكْثَرُهُمْ اِلاَّ ظَنًّا اِنَّ الظَّنَّ لاَ يُغْنِى مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا



"Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja, sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran".

YUNUS, 10:36.

Buruk sangka terhadap Allah sehingga kurang meyakini akan kebesaranNya, kebijaksanaanNya dan kuasaNya untuk melakukan segala apa sahaja yang dikehendakiNya. Atau tidak dapat menerima hakikat bahawa manusia dicipta untuk diuji dan untuk menghambakan diri kepada Allah, maka penafian dan keingkaran yang tidak berasas ini diistilahkan sebagai buruk sangka terhadap Allah. Sikap manusia seperti ini telah dijelaskan oleh Allah dengan firmanNya:

وَقَالُوْا مَاهِى اِلاَّ حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوْتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَآ اِلاَّ الدَّهْرُ وَمَالَهُمْ بِذَالِكَ مِنْ عِلْمٍ اِنْ هُمْ اِلاَّ يَظُنُّوْنَ



"Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa, dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah sangkaan sahaja". AL JAATSIYAH, 45:24.



اَفَحَسِبْتُمْ اَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَانَّكُمْ اِلَيْنَا لاَ تُرْجَعُوْنَ



"Apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?". AL MU'MINUUN, 23:115.

Orang-orang yang kufur dan fasik menyangka bahawa Allah tidak akan menyiksa mereka, begitu juga dengan perkiraan sebahagian orang-orang yang jahil yang menyangka bahawa Allah tidak akan menyiksa mereka selagi mereka mengakui sebagai orang Islam sedangkan mereka tidak melaksanakan kewajiban syara seperti sembahyang, puasa dan lainnya. Allah telah menjelaskan tentang orang-orang yang fasik seperti ini sebagaimana firmanNya:

لاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِيْنَ يَفْرَحُوْنَ بِمَآ اَتَوا وَّيُحِّبُّوْنَ اَنْ يُحْمَدُوْا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوْا فَلاَ تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِنَ الْعَذَابِ وَلَهُمْ عَذَابٌ اَلِيْمٌ.



"Janganlah kamu sekali-kali menyangka bahawa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan janganlah kamu menyangka bahawa mereka akan terlepas dari siksa, dan bagi mereka siksa yang pedih". ALI IMRAN, 3:188.

Ada segolongan manusia yang berburuk sangka terhadap penerimaan Allah tentang sebahagian amal ibadah yang telah dikerjakan, ia menyangka ada amal ibadahnya yang tidak diterima oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Ia berpunca sama ada disebabkan keraguan atau penyakit was-was. Keraguan dan was-was seperti ini adalah haram dan boleh membawa kepada buruk sangka terhadap Allah. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam melarang umatnya dari berasa ragu-ragu dan was-was tentang ibadah yang telah dikerjakan sebagaimana sabda baginda:

عَنْ جَابِرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَيَمُوْتَنَّ اَحَدُكُمْ اِلاَّوَهُوَ مُحْسِنٌ بِاللهِ الظَّنَّ فَاِنَّ قَوْمًا قَدْ اَرْدَاهُمْ سُوْءُ ظَنِّهِمْ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَذَالِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِى ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ اَرْدَاكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ مِنَ الْحَاسِرِيْنَ)



"Dari Jabir berkata: Bersabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka baik terhadap Allah, sesungguhnya terdapat satu kaum dibinasakan kerana telah berprasangka buruk terhadap Allah Azza Wajl (sebagaimana firman Allah) "Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan dirimu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi". (FUSHSILAT, 23:41). H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad.

Orang-orang yang beriman diharamkan dari meragui apa sahaja perkara dan kejadian yang berlaku terhadap dirinya atau terhadap yang lainnya sehingga membelakang dan mengenepikan Allah atas urusan tersebut, kerana keraguan seperti itu boleh membawa kepada buruk sangka terhadap Allah.

عَنْ اَبِى بَكْرٍ قَالَ : قُلْتُ لِلنَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاَنَا فِى الْغَارِ لَوْ اَحَدَهُمْ نَظَرَ تَحْتَ قَدَمَيْهِ لاَبْصَرَنَا فَقَالَ : مَا ظَنُّكَ يَا اَبَا بَكْرٍ بِاثْنَيْنِ اللهُ ثَالِثُهُمِا



"Dari Abi Bakar berkata: Aku katakan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan aku di dalam gua: Jika salah seorang dari mereka melihat (melalui) bawah kakinya, nescaya akan melihat kita hanya berdua. Maka baginda bersabda: Tidaklah begitu persangkaanmu wahai Abi Bakar, dengan berdua (dan) Allah yang ketiga". H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad.

Kesemua dalil-dalil dari al-Quran dan hadith di atas menjelaskan bahawa berburuk sangka (berperasangkaan buruk) terhadap Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam apa hal sekalipun adalah perbuatan keji dan kufur (syirik terhadap Allah). Buruk sangka terhadap Allah adalah sikap orang-orang kafir (musyrikin) jahiliah yang sangat dikutuk dan dilaknat oleh Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

Setiap orang yang beriman dilarang dari berburuk sangka terhadap keadilan Allah kepada makhlukNya, berburuk sangka terhadap kesempurnaan agama Allah dan berburuk sangka terhadap kekuasaan Allah sehingga membelakangkan Allah dalam segala aspek dan cara hidup yang dianggap ibadah oleh syara.

HUKUM BURUK SANGKA TERHADAP SESAMA ISLAM


Allah ‘Azza wa-Jalla telah mengharamkan sikap buruk sangka terhadap sesama mukmin, kerana ia akan menyebabkan timbulnya fitnah, bukan sahaja di antara seseorang individu dengan individu yang lain tetapi juga dalam anggota Jamaah Islamiyah. Apabila sikap terkutuk ini terdapat di kalangan anggota jamaah ia boleh mengwujudkan perasaan saling tidak percaya, saling meragui, benci-membenci, pertelingkahan, perpecahan dan akhirnya bermusuh-musuhan di antara sesama Islam.

Allah Subhanahu wa-Ta’ala mengharamkan hambaNya yang beriman dari menyimpan perasaan persangkaan atau sangka-sangka buruk terhadap Allah dan terhadap saudara-saudaranya yang seagama. Malah Allah mengharamkan juga segala unsur, bibit atau segala punca yang boleh menyebabkan timbulnya rasa buruk sangka di kalangan anggota Jamaah Islamiyah. Pengharaman ini telah ditegaskan di dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagaimana firman Allah dan sabda Nabi:

يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَيَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاْكُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيِّتًا فَكَرِهْتُمُوْهُ وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ



"Hai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". AL-HUJURAAT, 49:12.



عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِيَّاكُمْ وَالظَّنِّ فَاِنَّ الظَّنَّ اَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَ تَحَسَّسُوْا وَلاَ تَنَافَسُوْا وَلاَ تَحَاسَدُوْا وَلاَ تَبَاغَضُوْا وَلاَ تَدَابِرُوْا وَكُوْنُوْا عِبَادَ اللهِ اِخْوَانًا



"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara". H/R al-Bukhari.



عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ : رَاَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَطُوْفُ بِالْكَعْبَةِ يَقُوْلُ : والَّذِى نَفْسِ مُحَمَّد بِيَدِهِ لَحُرمَةُ الْمُؤْمِنِ اَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ مِنْكَ مَالهُ وَدَمهُ وَاَنْ يَظُنَّ بِهِ اِلاَّ خَيْرًا. رواه ابن ماجه.



"Dari Abdullah bin Umar berkata: Aku melihat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sedang tawaf di Kaabah lalu bersabda: Demi jiwa Muhammad yang di tanganNya, sesungguhnya kehormatan seseorang mukmin lebih besar di sisi Allah dari engkau (Kaabah) wangnya dan darahnya sehinggalah dia berprangsangka sesamanya yang baik”. H/R Ibn Majah.



عَنْ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ قَالَ : وَلاَ تَظُنُّ بِكَلِمَةٍ خَرَجَتْ مِنْ اَخِيْكَ الْمُؤْمِنِ اِلاَّ خَيْرًا.



"Dari Umar bin Al-Khatab beliau berkata: Janganlah kamu berprasangka (buruk) dengan kalimah yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang mukmin kecuali yang baik". Lihat Tafsir Ibn Kathir, jld. 4, m/s 271.



عَنْ حَارِثَةِ بْنِ النُّعْمَان قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثَلاَثٌ لاَزِمٌ ِلاُمَّتِى : اَلطِّيَرَةُ وَالْحَسَدُ وَسُوْءُ الظَّنِّ. فَقَالَ : وَمَا يُذْهِبُهُنَّ يَارَسُوْلَ اللهِ مِمَّنْ هُنَّ فِيْهِ ؟ قَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا حَسَدَ فَاسْتَغْفِرِ اللهَ وَاِذَا ظَنَنْتَ فَلاَ تُحَقِّقْ وَاِذَا تَطَيَّرْتَ فَامْضِ



"Dari Haritha bin an-Nukman berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Tiga perkara yang sentiasa ada pada umatku: Kepercayaan sial. Hasad dengki. Prasangka. Beliau bertanya: Apakah yang boleh menghilangkan dari itu (semua) wahai Rasulullah bagi sesiapa yang telah ada pada dirinya perkara-perkara tersebut? Baginda bersabda: Apabila berhasad dengki mintalah ampun, apabila berprasangka janganlah diteruskan dan apabila mempercayai tataiyur hendaklah dihapuskan". H/R at-Tabrani.

Semua punca-punca timbulnya buruk sangka yang dijelaskan oleh ayat al-Quran dan hadith-hadith di atas berpangkal dari hati yang rosak dan berpenyakit lantaran kejahilan (tidak berilmu agama). Akhirnya menyebabkan lemah iman, lemah keperibadian, hilang panduan dan tidak tahu ke arah mana mahu dituju sehingga mudah berburuk sangka. Hal keadaan seperti ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

اِذَا قَلَّ الْعِلْمُ ظَهَرَ الْجَفَا وَاِذَا قَلَّتِ اْلآثَارُ كَثُرَتِ اْلاَهْوَاءُ وَلِهَذَا تَجِدُ قَوْمًا كَثِيْرِيْنَ يُحِبُّوْنَ قَوْمًا وَيَبْغَضُوْنَ قَوْمًا لاَجْلِ اَهْوَاءٍ لاَيَعْرِفُوْنَ مَعْنَاهَا وَلاَ دَلِيْلَهَابَلْ يُوَالُوْنَ عَلَى اِطْلاَقِهَا اَوْ يُعَادُوْنَ مِنْ غَيْرِ اَنْ تَكُوْنَ مَنْقُوْلَةً نَقْلاً صَحِيْحًا عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلِيْهِ وَسَلَّمَ وَسَلَفِ مِنْ غَيْرِ اَنْ يَكُوْنُوْا هُمْ يَعْقِلُوْنَ مَعْنَاهَا وَلاَ يَعْرِفُوْنَ لاَزِمَهَا وَمَقْتَضَاهَا. رواه مالك.



"Apabila (seseorang) kurang berilmu akan (mudah) menimbulkan perasaan benci dan tuduhan salah (kepada orang lain). Dan jika pengetahuan tentang athar (hadith dan perbuatan sahabat) hanya sedikit, akan ramai yang mengikut hawa nafsu. Berpunca dari yang demikian, akan engkau temui suatu kaum (kumpulan) yang ramai mencintai (menyebelahi) kaum (kumpulan) yang lain hanya atas dasar hawa nafsu (bukan atas dasar kebenaran al-Quran atau al-Hadith) kerana tidak mengetahui (ilmu)nya dan dalilnya. Sedangkan mereka menyokong atau memusuhi (satu kumpulan) tanpa mengikut (landasan) hadith yang sahih dari Nabi dan dari Salaf ummah ini, mereka tidak mengetahui makna (al-Quran dan al-Hadith) dan tidak mengetahui apa yang dikehendaki (oleh hadith) tersebut dan tidak tahu untuk mempraktikalkannya". H/R Imam Malik.

Orang-orang yang mempunyai penyakit ragu-ragu, was-was dan buruk sangka terhadap Allah dan terhaap ibadahnya, ia perlu segara meninggalkan penyakit tersebut dan segera bertaubat. Agar ia tidak berulang, maka perlu dirawat dengan ilmu agama terutama ilmu akidah. Oleh itu setiap mukmin sewajarnya menyebukkan dirinya dengan menuntut ilmu seperti menghadiri majlis-majlis ilmu yang memperkatakan tentang agama. Kerana hanya ilmu agama yang dapat merawat dan menyembuhkan penyakit ragu-ragu, was-was dan buruk sangka.

-------------------------------------------------------------------------------------

* Mengingkari Zat, Nama & Sifat-Sifat Allah Adalah Sesat




Kertas kerja yang bertajuk “Mengingkari Zat, Nama & Sifat-Sifat Allah Adalah Sesat” adalah kertas keraja yang mempunyai dua tajuk Tajuk asalnya ialah “Di mana Allah”. Kertas kerja ini telah dibentangkan di dewan Persatuan al-Islah Perlis dan di Pusat Persatuan Muhammadiyah Singapura. Telah di dikulliahkan juga dibeberapa majlis ilmu seperti di Selangor, di Masjid Paya Terubung Pulau Pinang dan di Negeri Johor terutamanya di Johor Bahru.

Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada “Kerajaan Negeri Perlis, Jabatan Agama Islam Perlis, Para Imam dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid di Perlis (terutama masjid-masjid yang sudi mengundang penulis untuk menyampaikan kulliah dan membentangkan kertas kerja ini).

Begitu juga penulis mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Persatuan al-Islah Perlis terutama Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan ahli-ahli jawatan kuasanya yang menguruskan segala penginapan dan kemudahan semasa penulis berada di Perlis. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Persatuan Muhammadiyah Pulau Pinang dan juga Persatuan Muhammadiyah Singapura kerana mengundang penulis memberikan kulliah di pusat Muhammadiyah dan di zon-zon cawangan Pertubuhan Muhammadiyah Singapura.

Semoga mereka-mereka yang membantu dan memudahkan penulis menyampaikan dakwah Islamiyah sentiasa dirahmati, diredhai dan diberkati oleh Allah Azza wa-Jalla. Amin!!

بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اِنَّ الْحَمْدَ للهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ اَنْفُسِنَا وِمِنْ سَيِّئَاتِ اَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ . وَاَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَمَّا بَعْده:

DI MANA ALLAH?

Terdapat segolongan besar masyarakat Islam yang masih menyerupakan, menyetarakan atau mensekufukan hakikat zat, nama-nama dan sifat-sifat Allah dengan makhlukNya, sama disedari oleh mereka atau tidak disedari. Antara perbuatan mungkar mereka yang paling jelas untuk dijadikan contoh dalam memperkatakan persoalan ini ialah: “Mereka menyamakan keadaan dan keberadaan (tempat) Allah dengan makhlukNya sehingga meyakini dan mengatakan bahawa Allah berada “di mana-mana” yang meliputi semua benda yang ada”. Inilah jawapan dan pengakuan golongan yang sesat[1] ini apabila ditanyakan kepada mereka: "Di mana Allah?".

Sesungguhnya untuk menjawab pertanyaan dan mengetahui di mana Allah Subhanahu wa-Ta’ala berada, wajib terlebih dahulu mengetahui melalui ilmu yang benar, iaitu mengambil jawapannya dari al-Quran, as-Sunnah, athar sahabat yang sahih yang telah dijelaskan oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah, terutamanya dari mereka yang memahaminya melalui pemahaman manusia yang berada dikurun mufadalah (اَلْمُفَضَّلَةُ) “kurun terbaik” yang terdiri dari para sahabat, tabiin dan tabi'ut at-tabi'in, iaitu mereka yang digelar sebagai para Salaf as-Soleh.

Perlunya kita berpegang hanya dengan penjelasan mereka (para Salaf as-Soleh) dalam setiap persoalan agama kerana merekalah yang paling tahu tentang agama, amat tepat ilmunya dan kebenaran akidah mereka telah diakui oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, para sahabat dan umat selepas mereka. Apa yang disampaikan oleh mereka memang tidak ada keraguan dan syubahat terutama dalam memahami tentang zat, nama-nama dan sifat-sifat Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

Mereka (para Salaf as-Soleh) adalah orang-orang yang paling berilmu dan tahu, mereka dilahirkan di kurun yang terbaik, mereka hidup di zaman wahyu, mengetahui bila, di mana dan mengapa wahyu itu turun, mereka telah dididik oleh Nabi dengan al-Quran dan mengambil agama sebagai petunjuk secara terus menerus dari baginda. Yang jelas, mereka adalah manusia-manusia yang paling mulia sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ.



"Sebaik-baik (semulia-mulia) manusia ialah yang di dalam kurunku, kemudian yang sesudahnya (Tabi'in) dan kemudian yang sesudah mereka (tabi'ut at-tabi'in)".[2]

Adapun golongan yang sesat dan kesasaran, sering memutar-belitkan hujjah dan kenyataan tentang "Di mana Allah?" melalui ayat-ayat al-Quran yang disalah tafsirkan oleh mereka, atau ditafsirkan melalui rakyi (fikiran), hawa nafsu atau akal mereka semata. Akibatnya penafsiran mereka banyak yang menyalahi dan bertentangan dengan kaedah penafsiran Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berlandaskan manhaj Salaf as-Soleh.

Antara ayat yang dijadikan hujjah dan disalah-gunakan (disalah tafsir) oleh mereka yang sesat tentang memahami dan menjelaskan "Di mana Allah?" dapat dibuktikan melalui contoh dari beberapa ayat-ayat al-Quran dan penghuraiannya. Antara ayat-ayat tersebut ialah:

Ayat Pertama:

اَلَمْ تَرَى اَنَّ اللهَ يَعْلَمُ مَا فِى السَّـمَاوَاتِ وَمَا فِى اْلاَرْضِ ، مَايَكُوْنُ مِنْ نَّجْوَى ثَلاَثَةٍ اِلاَّ هُوَ رَابِعُهُمْ وَلاَ خَمْسَةٍ اِلاَّ هُوَ سَادِسُهُمْ وَلاَ اَدْنَى مِنْ ذَلِكَ وَلاَ اَكْثَرَ اِلاَّ هُوَ مَعَهُمْ اَيْنَ مَاكَانُوْا ثُمَّ يُنَبِّئُكُمْ بِمَا عَمِلُوْا يَوْمَ الْقِيَامَةِ اِنَّ اللهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ.



“Tidakkah kamu perhatikan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang di langit dan apa yang ada di bumi. Tiada perkataan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempat. Dan tiada (perkataan antara) lima orang melainkan Dialah yang keenam. Dan tiada (pula) perkataan antara (jumlah) yang kurang dari itu atau yang lebih banyak melainkan Dia ada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada Hari Kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".

Al-Mujadalah, 58:7

Penjelasan Ayat Pertama:

Jika dikaji, diperhatikan dan difahami penafsiran dari keseluruhan ayat di atas ini, iaitu dari awalnya sehinggalah ke akhir ayat, adalah jelas bahawa ia dimulakan dengan memperkatakan tentang "Pengetahuan Allah atau ilmuNya" iaitu firman Allah: "Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah Mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi". Ayat ini dimulakan dengan pengkhabaran bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala Mengetahui (ilmu Allah Maha Mengetahui) apa yang di langit dan apa yang di bumi. Dia Mengetahui bisikan dua orang yang berbisik-bisik atau yang lebih dari dua orang.

Kemudian dengan jelas ayat di atas ini diakhiri dengan perkataan (kalimah) tentang ilmu atau pengetahuan Allah ‘Azza wa-Jalla, iaitu firmanNya: "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu". Ini membuktikan Allah sentiasa bersama kita ilmuNya, bukan zatNya.[3]

Imam Ahmad rahimahullah telah menerangkan tentang maksud ayat ini:

اِفْتَتَحَ اْلاَيَة بِالعِلْمِ وَاخْتَتَمَهَا بِالْعِلْمِ.

"Dimulakan ayat ini dengan memperkatakan ilmu dan diakhiri juga dengan memperkatakan ilmu".[4]

Menurut penjelasan Imam Ahmad rahimahullah bahawa yang dimaksudkan Allah bersama hambaNya ialah yang bersama hambaNya itu "ilmuNya bukan zatNya", jawapan Imam Ahmad ini bukanlah suatu yang bid'ah atau sesuatu yang diada-adakan kerana Imam Ahmad paling menentang perkara yang dianggap bid’ah, sebaliknya inilah penafsiran para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan pemahaman para ulama Salaf as-Soleh. Sebagaimana yang ditafsirkan juga oleh Ibn Jarir dari Ad-Dahak dalam tafsirnya tentang ayat ini bahawa beliau menjelaskan:

"Dia (Allah) di atas 'ArasyNya dan yang bersama dengan mereka (manusia) ialah ilmuNya”.



Dan seterusnya beliau menjelaskan:



“Bahawasanya Dia (Allah) menyaksikan mereka dengan ilmuNya dan Dia (Allah) di atas 'ArasyNya".[5]

Imam Ibn Kathir rahimahullah pula dengan tegas menjelaskan tentang ayat ini di dalam tafsirnya:

وَلِهَذَا حَكَى غَيْرُ وَاحِدِ اْلاِجْمَاعِ عَلَى اَنَّ الْمُرَادَ بِهَذِهِ اْلاَيَةِ مَعِيَّةُ عِلْمهُ تَعَالَى.

"Oleh kerana yang demikian, telah menceritakan bukan seorang malah secara ijmak atas kesepakatan mereka bahawa yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah Allah bersama seseorang ilmuNya".[6]

Seterusnya Imam Ibn Kathir rahimahullah menjelaskan lagi:

لاَ يَغِيْبُ عَنْهُ مِنْ اُمُوْرِهِمْ شَـيْء ثُمَّ قَالَ تَعَالَى {ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوْا يَوْمَ الْقِيَامَةِ اِنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٍ}.

"Tidak tersembunyi dari pengetahuanNya segala apapun perkara (urusan) mereka, oleh kerana itu Allah berfirman: Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada Hari Kiamat apa yang mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".[7]

Ayat Kedua:

Ayat di bawah ini dijadikan hujjah oleh mereka yang ingin membuktikan bahawa Allah Subhanahu wa-Ta’ala berada di mana-mana (tidak bertempat). Malangnya penafsiran dan pemahaman mereka tentang ayat ini tidak berlandaskan pemahaman Salaf as-Soleh. Oleh yang demikian ia perlu dihurai dan ditafsirkan sebagaimana yang dikehendaki oleh syara. Firman Allah:

وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَمَا كُنْتُمْ.

"Dan Dia (Allah) bersama kamu di mana sahaja kamu berada".

Al-Hadid, 57:4.



Penjelasan Ayat Kedua:

Yang dimaksudkan: "Dia bersama kamu" pada ayat di atas bukanlah bersama hingga bersatu dengan mereka (makhluk) pada keadaan, zat atau tempatnya sebagaimana yang difahami oleh golongan sufi yang berakidah wahdatul wujud (وحدة الوجود). Tetapi dalam istilah dan penafsiran yang tepat dan benar yang dikehendaki oleh Alhi Sunnah wal-Jamaah ialah:

“Allah bersatu dengan mereka KudratNya, pendengaranNya, pentadbiranNya, kerajaanNya atau dengan makna kerububiyahanNya, sedangkan Dia di atas ArasyNya dan di atas segala makhluk-makhlukNya”.[8]

Sufiyan At-Thauri rahimahullah telah menafsirkan ayat di atas dengan hadith riwayat Imam Bukhari:

بِاَنَّ ذَلِكَ عِلْمُهُ كَمَا رُوِيَ ذَلِكَ عَنْهُ الْبُخَارِي.

"Sesungguhnya (apa yang dimaksudkan oleh) ayat tersebut ialah (yang bersama kita) IlmuNya sebagaimana yang telah diriwayatkan (tentang ayat tersebut) dari Bukhari".[9]



وَقَالَ الذَّهَبِى : رُوِيَ غَيْرُ وَاحِدٍ عَنْ معْدَانٍ قَالَ : سَاَلْتُ سُفْيَانَ الثَّوْرِى عَنْ قَوْلِهِ تَعَالَى : (وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَمَا كُنْتُمْ) قَالَ : بِعِلْمِهِ.



"Berkata az-Zahabi: Telah diriwayatkan bukan sahaja hanya dari seorang, dari Ma'dan berkata: Aku telah bertanya kepada Sufiyan at-Thauri tentang firman Allah (Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada) beliau berkata: (Yang bersama ialah) IlmuNya".[10]

Berkata Ibn Jarir rahimahullah dalam menafsirkan ayat ini di dalam kitab tafsirnya:

"Dia (Allah) melihat kamu wahai manusia! Di mana sahaja kamu berada, Dia mengetahui (apa sahaja) tentang kamu dan mengetahui segala amal kamu......, Dan Dia di atas 'ArasyNya dan 'ArasyNya di atas langit yang ke tujuh".[11]

Berkata Abu Al-Qasim Al-Asfahani rahimahullah:

"Maka jika sekiranya mereka mempersoalkan kamu tentang penta'wilan ayat (dan Dia bersama kamu di mana kamu berada) dan kamu menafsirkan (maksud ayat tersebut yang bersama ialah) IlmuNya? Kami katakan: Kami tidak menta'wilkan kerana sesungguhnya ayat tersebut menunjukkan bahawa yang dimaksudkan yang bersama ialah ilmuNya kerana Dia berfirman di akhir ayat tersebut (Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui di atas segala sesuatu)".[12]

Telah berkata Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya tentang ayat ini:

"Dia (Allah) mengawasi kamu, memerhatikan segala perbuatan kamu di mana sahaja kamu berada sama ada di daratan atau di lautan, dimalam hari atau disiangnya, di dalam rumah-rumah kamu atau di luar rumah. Maka segala-galanya itu dalam pengetahuanNya (ilmuNya) tanpa terkecuali. Segala-galanya adalah di bawah penglihatanNya, pendengaranNya, maka Dia mendengar percakapan kamu, melihat kedudukan kamu, mengetahui semua rahsia-rahsia kamu dan bisikan kamu kerana Dia telah berfirman:

اَلاَ اِنَّهُمْ يَثْنُوْنَ صُدُوْرَهُمْ لِيَسْتَخْفُوْا مِنْهُ اَلاَ حِيْنَ يَسْتَغْشُوْنَ ثِيَابَهُمْ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّوْنَ وَمَا يُعْلِنُوْنَ اِنَّهُ عَلِيْمٌ بِذَاتِ الصُّدُوْرِ.



"Ingatlah! Sesungguhnya (orang munafik itu) memalingkan dada mereka untuk menyembunyikan diri daripadanya (Muhammad). Ingatlah! Di waktu mereka menyelimuti dirinya dengan kain, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka lahirkan, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati".[13]



Seterusnya Allah ‘Azza wa-Jalla berfirman:



سَـوَاءٌ مِّنْكُمْ مَّنْ اَسَـرَّ الْقَوْلَ وَمَنْ جَهَرَ بِهِ وَمَنْ هُوَ مُسْـتَخْفِ بِالَّيْلِ وَسَارِبُ بِالنَّهَارِ.



"Sama sahaja (bagi Tuhan) siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya dan siapa yang berterus-terang dengan ucapannya itu, dan siapa yang bersembunyi dimalam hari dan yang berjalan (menampakkan diri) disiang hari".[14]



Seterusnya Imam Ibn Kathir menjelaskan:



"Tiada Ilah (yang wajib diibadahi) selain Dia, tiada Tuhan (Pencipta) selain Dia dan telah thabit (jelas) di dalam hadith yang sahih bahawa Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda kepada Jibril semasa ditanya tentang ihsan, baginda bersabda: Hendaklah kamu menyembahNya (Allah) seolah-olah kamu melihatNya dan jika kamu tidak melihatNya sesungguhnya Dia melihat kamu".[15] (Bersama dan melihat tidaklah serupa kerana tidak semestinya melihat itu bersama pada zatNya).

Berkata Abu Hayyan Al-Andelusi, At-Thauri dan juga Al-Qurtubi:

وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْ بِالْعِلْمِ وَالقَدْرِ

"Dia (Allah) bersama kamu, iaitu yang bersama (kamu ialah) ilmuNya dan kudrahNya".[16]

Semua keterangan di atas dapat menjelaskan bahawa "Allah Maha Mengetahui" apa sahaja yang dilakukan oleh makhlukNya dan apa yang tersemat di hatinya kerana ilmu Allah bersamanya, begitu juga kudrat (kekuasaan) Allah amat luas yang menguasai segala ciptaanNya.

وَقَالَ الاَلُوْسِـىْ : وَاْلاَيَةُ تَمْثِيْلٌ لإِحَاطَةِ عِلْمُ اللهِ بِهِمْ وَتَصْـوِيْرٌ لِعَدَمِ خُرُوْجِهِمْ عَنْهُ اَيْنَمَا كَانُوْا.



“Berkata Al-Alusi: Semua ayat (yang memperkatakan persoalan di mana Allah, pent.) sebagai pembuktian bahawa ilmu Allah meliputi mereka dan menggambarkan bahawa tidak terlepasnya mereka dari ilmu Allah walaupun di mana mereka berada".[17]



قَالَ الْقَاسِمِي : وَقَدْ بَسَطَ اْلإِمَامُ اَحْمَدُ الْكَلاَمَ عَلَى الْمَعِيَّةِ فِى الرَّدِّ عَلَى الْجَهْمِيَّةِ : وَلَفْظُ الْمَعِيَّةِ فِى كِتَابِ اللهِ جَاءَ عَامًا كَمَا فِى هَاتَيْنِ اْلآيَتَيْنِ - اَلْحَدَيْدِ وَالْمُجَادَلَةِ - وَجَاءَ خَاصًافِى قَوْلِهِ تَعَالَى : (اِنَّ اللهَ مَعَ الَّذِيْنَ اتَّقُوْا وَالَّذِيْنَ هُمْ مُحْـسِـنُوْنَ) وَقَوْلُهِ : (اِنَّنِيْ مَعَكُمَا اَسْـمَعُ وَاَرَى) وَقَوْلِهِ : (لاَتَحْزَنْ اِنَّ اللهَ مَعَنَا) فَلَوْكَانَ الْمُرَادُ بِذَاتِهِ مَعَ كُلِّ شَيْءٍ لَكَانَ التَّعْمِيْمِ يُنَاقِضُ التَّخْـصِـيْص فَاِنَّهُ قَدْ عَلِمَ اَنَّ قَوْلَهُ : (لاَ تَحْـزَنْ اِنَّ اللهَ مَعَنَا) اَرَادَ بِهِ تَخْصِيْصهُ وَاَبَا بَكْرٍ دُوْنَ عَدُوِّهِمْ مِنَ الْكُفَارِ.

"Telah Berkata Al-Qasimi: Imam Ahmad telah membentangkan bantahannya terhadap Jahmiyah tentang kepercayaan (مُعِيَّة) (Allah berada di mana-mana/bersama/berserta makhluk). Dan (Berkata Imam Ahmad): Lafaz ma'iyah (مَعِيَّةٌ) di dalam kitab Allah didatangkan secara am sebagaimana di dua potong ayat ini -al-Hadid dan al-Mujadalah - dan ada kalanya didatangkan secara khas sebagaimana firman Allah: (Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan mereka-mereka yang berbuat kebaikan). FirmanNya lagi: (Sesungguhnya Aku bersama kamu berdua, mendengar dan melihat). FirmanNya lagi: (Janganlah engkau berdukacita sesungguhnya Allah bersama kita). Jika sekiranya yang dimaksudkan di ayat ini bahawa zatnya berserta/bersama setiap sesuatu, tentulah jika dimaksudkan secara umum (bersama makhlukNya) ia bertentangan dengan yang khusus, sesungguhnya telah diketahui bahawa firman Allah (Janganlah engkau berdukacita sesungguhnya Allah bersama kita) jika dikehendaki (oleh Jahmiyyah) secara umum (Allah berserta makhlukNya ini tentulah di samping) bersama Rasulullah juga termasuklah Allah bersama musuh Rasulullah sedangkan Abu Bakar tidak terhitung musuh dari kalangan kuffar (musuh). Begitu juga firman Allah (Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan mereka yang berbuat baik) ayat ini khusus tidak termasuk orang-orang yang zalim dan pelaku maksiat".[18]



قَالَ اْلإِمَامُ اَحْمَدُ رَحِمَهُ الله : فَلَفْظُ الْمَعِيَّةِ لَيْسَتْ فِى لُغَةِ الْعَرَبِ وَلاَ شَيْء مِنَ الْقُرْآنِ اَنْ يُرَادَ بِهَا اِخْطِلاَط اِحْدَى الذَّاتَيْنِ بِاْلاُخْرَى كَمَا فِى قَوْلِهِ تَعَالَى : (مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ وَالَّذِيْنَ مَعَهُ) وَفِىقَوْلِهِ : (فَاُوْلَئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِيْنَ) وَقَوْلِهِ (اِتَّقُوْا اللهَ وَكُوْنُوْا مَعَ الصَّادِقِيْنَ) وَفِى قَوْلِهِ : (وَجَاهِدُوْا مَعَكُمْ) وَمِثْلُ هَذَا كَثِيْرٌ فَامْتَنَعَ اَنْ يَكُوْنَ قَوْلُهُ (وَهُوَ مَعَكُمْ) يَدُلُّ عَلَى اَنَّ ذَاتَهُ مُخْتَلِطَةٌ بِذَوَاتِ الْخَلْقِ.

"Maka lafaz (مَعِيَّةٌ) (Yang bermaksud bersama) yang terdapat dalam Bahasa Arab dan juga di dalam al-Quran tidak pernah diertikan lafaz tersebut (bersama atau berserta) kepada pengertian: "Bercampur/bersatunya dua zat (yang berlainan) antara satu dengan yang lain. Contohnya firman Allah: }Muhammad itu utusan Allah dan orang-orang yang bersamanya{. FirmanNya: }Maka mereka itu bersama orang-orang yang beriman{. Dam firmanNya: }Bertakwalah kamu sekalian kepada Allah dan bersamalah dengan orang-orang yang siddiqin{. Ayat seperti yang dicontohkan ini amat banyak. Ayat ini dapat menghalang dari memaksudkan firman Allah (Dia bersama kamu) yang menunjukkan bahawa ZatNya meliputi sekalian zat-zat makhlukNya".[19]



Berkata Al-Qasimi rahimahullah:



"Telah menjadi kebiasaan ucapan termasuk dalam tajuk yang lain yang jelas bahawa lafaz (مَعِيَّةٌ) "bersama/berserta" dalam bahasa (Arab) sekalipun menunjukkan berkumpul, berserta dan bersama, maka ia jika dilibatkan dengan para hamba (maka ia tetap) tidak dinafikan bahawa ia menunjukkan ketinggian 'ArasyNya. Maka kesimpulan lafaz ma'iyah (bersama/berserta) dalam segala tempat mengikut perkiraanNya, berserta semua makhluk IlmuNya, KudratNya serta KekuasaanNya dan dikhususkan sebahagian mereka dengan pertolongan, kemenangan dan bantuanNya".[20]



Berkata Imam Syamsuddin az-Zahabi rahimahullah salah seorang dari ulama besar mazhab Syafie:



“Sesiapa mengingkari bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla di langit, maka dia seorang yang kafir”. (Lihat: مختصرالعلو للعلي الغفار oleh al-Hafiz Syamsuddin az-Zahabi. Hlm. 137).

Semua nas-nas di atas jelas menunjukkan bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersama dengan sesiapa sahaja, tetapi yang bersama adalah ilmuNya bukan zatNya kerana Allah bersemayam di atas ‘ArasyNya yang berada di langit. Inilah keyakinan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh.

Ayat Ketiga:


Ayat di bawah ini termasuk ayat yang dijadikan hujjah oleh mereka yang mendakwa bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla berada di mana-mana. Pada hal jika mereka mengembalikan maksud dan tafsiran ayat ini ternyata pendapat mereka sangat bertentangan dengan penafsiran golongan muffasir (ulama tafsir) Ahli Sunnah wal-Jamaah. Allah berfirman:



وَهُوَ اللهُ فِى السَّمَوَاتِ وَفِى اْلاَرْضِ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَاتَكْسِبُوْنَ.



"Dan Dialah Allah (Yang disembah), baik di langit atau di bumi, Dia mengetahui apa yang kamu lahirkan dan mengetahui apa yang kamu usahakan".

Al-An'am, 6:3.

Penjelasan Ayat Ketiga:

Berkata al-Ajiri rahimahullah tentang ayat di atas dalam membantah fahaman Jahmiyah, para pengikutnya dan golongan yang sefahaman dengan mereka:

وَمِمَّا يَلْبِسُوْنَ بِهِ عَلَى مَنْ لاَ عِلْم مَعَهُ قَوْلُهُ تَعَالَى (وَذَكَرَ اْلاَيَةُ السَّابِقَةُ) قَالَ : وَهَذَا كُلُّهُ اِنَّمَا يَطْلُبُوْنَ بِهِ الْفِتْنَةُ وَهُوَعِنْدَاَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ اَهْلِ الْحَقِّ (وَهُوَاللهُ فِى السَّمَوَاتِ وَفِى اْلاَرْضِ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَا تَكْسِبُوْنَ) هُوَ كَمَا قَالَ اَهْلُ الْحَقِّ : يَعْلَمُ سِرَّكُمْ مِمَّا جَاءَتْ بِهِ السُّنَنُ اَنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى عَرْشِـهِ وَعِلْمُهُ مُحِيْطٌ بِجَمِيْعِ خَلْقِهِ يَعْلَمُ مَا تُسِرُّوْنَ وَمَاتُعْلِنُوْنَ يَعْلَمُ الْجَهْرَ مِنْ الْقَوْلِ وَيَعْلَمُ مَاتَكْتُمُوْنَ.



"Dan apa yang meyelubungi bagi mereka yang tidak berilmu tentang firman Allah (yang menjelaskan ayat yang lalu) lalu berkata: Dan ini pada keseluruhannya sesungguhnya memerlukan penjelasan dari ahli ilmu dan ahli hak, yang mana pada hakikatnya (Dialah Allah Yang disembah), baik oleh mereka yang berada di langit ataupun di bumi, Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan) iaitu sebagaimana yang dikatakan oleh ahli kebenaran: Dialah (Allah) Yang Mengetahui rahsia kamu sebagaimana yang didatangkan beritanya oleh sunnah-sunnah (hadith-hadith) bahawasanya Allah 'Azza wa-Jalla di atas 'ArasyNya dan IlmuNya meliputi seluruh makhlukNya, Dia Mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan, Mengetahui perkataan yang terang dan Mengetahui apa yang tersembunyi".[21]

Terdapat beberapa ayat yang menyerupai (maksud) ayat di atas. Antaranya ialah firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

وَهُوَ الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ اِلَهٌ وَفِى اْلاَرْضِ اِلَهٌ.



"Dan Dialah Tuhan (Yang disembah) di langit dan Tuhan (Yang disembah) di bumi". Az-Zukhruf, 43:84.

Sebagaiamana yang telah dimaklumi bahawa pengertian Ilah ialah: "Tuhan yang berhak disembah/diibadahi" iaitu Tuhan Yang Esa yang di langit yang disembah oleh makhluk yang di langit sebagaimana Dia juga Tuhan Yang Maha Esa yang disembah oleh makhluk yang di bumi".[22] Nas-nas al-Quran atau hadith-hadith sahih yang menjelaskan bahawa Allah di langit dan "Allah bersemayam di atas 'ArasyNya" telah diulang berkali-kali di dalam al-Quran sehinga disebut ditujuh tempat. Antara ayat-ayat tersebut ialah:

اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى.

"Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'ArasyNya". Taha, 20:5.

اِنَّ رَبَّكُمُ اللهُ الَّذِيْ خَلَقَ السَّـمَاوَاتِ وَاْلاَرْضِ فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثَمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.

"Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah Yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa. Lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy".
Al-A'raaf, 7:54.



اِنَّ رَبَّكُمُ اللهُ الَّذِيْ خَلَقَ السَّـمَوَاتِ وَاْلاَرْضَ فِى سِـتَّةِ اَيَّامٍ ثَمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.

"Sesungguhnya Tuhanmu itu adalah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari (masa) kemudian Ia bersemayan di atas 'Arasy".

Yunus, 10:3.

ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.

"Kemudian Dia (Allah) bersemayam di atas 'Arasy".

Al-Furqan, 25:59.



اَللهُ الَّذِيْ رَفَعَ السَّمَوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.

"Allah adalah Zat yang mengangkat langit tanpa tiang yang kamu lihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas 'Arasy". Ar-Ra'd, 13:2.

اَللهُ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُمْ مِنْ دُوْنِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلاَ شَفِيْعٍ اَفَلاَ تَتَذَكَّرُوْنَ.

"Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy. Tidak ada bagi kamu selain daripadaNya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak berfikir?".
As-Sajadah, 32:4.



هُوَ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالاَرْضَ فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ.

"Dialah yang telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari (masa) kemudian Dia bersemayan di atas Arasy". Al-Hadid, 57:4.

Ayat-ayat yang menjelaskan bahawa Allah di langit, dan sebagai hujjah untuk membatalkan pendapat golongan yang mendakwa bahawa Allah di mana-mana (tidak bertempat) antaranya ialah firman Allah:

ءَ اَمِنْتُمْ مَنْ فِى السَّمَآءِ اَنْ يَخْسِفَ بِكُمْ اْلاَرْضَ.

"Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan menyungkir-balikkan bumi bersama kamu". Al-Mulk, 67:16.



اِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَالِحُ يَرْفَعُهُ.

"KepadaNya (Allah yang di langit) naik perkataan-perkataan yang baik dan amal soleh dinaikkanNya". Fathir, 35:10.

بَلْ رَفَعَهُ اِلَيْهِ وَكَانَ اللهُ عَزِيْزًا حَكِيْمًا.

"Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepadaNya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". An-Nisa', 4:158.



يَاعِيْسَى اِنِّيْ مُتَوَفِّيْكَ وَرَافِعُكَ اِلَيَّ.

"Hai Isa! Sesungguhnya Aku akan mematikan engkau dan mengangkatmu kepadaKu". Ali Imran, 3:55.



يَخَافُوْنَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُوْنَ مَا يُؤْمَرُوْنَ.

"Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka (di langit) dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka)". An-Nahl, 16:50.

Sesungguhnya Ibn Abbas, ad-Dahhak, Malik, Sufiyan ath-Thauri dan ramai lagi dari kalangan ulama salaf muktabar berkata:

"Dia (Allah) bersama kamu: Iaitu yang bersama kamu ialah ilmuNya"

Sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam kitab-kitab Allah terutamanya al-Quran dan berita yang telah mutawatir di sunnah RasulNya sallahu 'alaihi wa-sallam serta ijmak para ulama Salaf as-Soleh bahawa Allah Ta'ala di langit dan Dia bersemayam di atas 'ArasyNya.[23] Maka sesiapa yang tidak menerima dan menolak berita ini, dia adalah seorang yang kufur terhadap wahyu Allah kerana berita penerangan yang menjelaskan bahawa Allah di langit dan bersemayam di atas ArasyNya merupakan wahyu dari Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

Benarkah Allah Tidak Bertempat?

Manusia telah dicipta oleh Allah dengan sebaik-baik ciptaan. Oleh itu, mereka wajib mengenal dan mengetahui di mana Allah. Pengetahuan ini akan membuat seseorang itu menghadapkan dirinya, hatinya, doanya, sembahyangnya dan seluruh ibadahnya kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan sebenar-benarnya.

Orang-orang yang tidak tahu di mana Tuhan mereka berada akan tersesat atau kesasaran kerana mereka tidak tahu ke mana sewajarnya mereka menghadapkan segala permohonan, penyerahan atau penumpuan ibadahnya.

Terdapat banyak keterangan yang berpandukan kepada khabar dari langit yang dipersetujui oleh para ulama Salaf as-Soleh tanpa khilaf bahawa wahyu itu turun dari langit, ini menunjukkan bahawa yang pemberi wahyu itu (Allah) "bertempat", iaitu Dia berada di langit dan bersemayam di atas 'ArasyNya.

Selain dari ayat-ayat al-Quran di atas yang telah menjelaskan hakikat sebenarnya di mana Allah, maka dalam hadith-hadith sahih terdapat banyak keterangan yang menunjukkan bahawa Allah itu di langit. Sebahagian besar ahli bid'ah, oleh kerana tidak mempunyai ilmu dan kononnya tidak mahu menserupakan Allah dengan makhlukNya lantaran kejahilan mereka, lantas memutuskan dengan akal fikiran dan hawa nafsunya bahawa Allah tidak bertempat, kerana menurut mereka kalaulah Allah bertempat pasti Ia berjisim dan menurut tafsiran mereka berjisim adalah sifat makhluk atau menyerupai makhluk.

Semua pendapat atau kepercayaan yang sebegini adalah mungkar, batil dan menyeleweng, ia jelas amat bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadith-hadith yang sahih yang menjelaskan bahawa Allah itu di langit. Antara hadith-hadith yang dimaksudkan ialah:

قَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : رَبُّنَا الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ تَقَدَّسَ اسْمُكَ ، اَمْرُكَ فِى السَّمَاءِ وَالاَرْضِ كَمَا رَحْمَتُكَ فِى السَّمَاءِ اِجْعَلْ رَحْمَتَكَ فِى اْلاَرْضِ اِغْفِرْلَنَا حُوْبَنَا وَخَطَايَانَا اَنْتَ رَبُّ الطَّيِّبِيْنَ اَنْزِلْ رَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ وَشِفَاءً مِنْ شِفَاءِ كَ عَلَى الْوَجَعِ.

"Ya Tuhan kami! Tuhan yang di langit, Engkau mensucikan namaMu (juga) urusanMu yang di langit dan di bumi. Sebagaimana halnya rahmatMu di langit itu, maka jadikanlah pula rahmatMu itu di bumi. Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami. Turunkanlah suatu rahmat dari antara rahmatMu dan suatu kesembuhan dari kesembuhan yang datang dariMu atas penyakit ini, hingga benar-benar sembuh".[24]



عَنِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلْعَرْشُ فَوْقَ الْمَاءِ وَاللهُ فَوْقَ الْعَرْشِ لاَ يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ مِنْ اَعْمَالِكُمْ . وَفِى الرِّوَايَةِ : وَهُوَ يَعْلَمُ مَا اَنْتُمْ عَلَيْهِ.

"Dari Ibn Mas'oud radiallahu 'anhu berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: 'Arasy itu berada di atas air dan Allah berada di atas 'Arasy. Tidak satupun dari amal kamu yang tersembunyi dari pengetahuanNya. Dan pada riwayat yang lain: Dia Mengetahui apa yang kamu kerjakan".[25]



اَلاَ تَامِنُوْنِيْ وَاَنَا اَمِيْنٌ مَنْ فِى السَّمَآءِ.

"Tidakkah kamu mahu percaya kepada aku sedangkan aku di percayai oleh Yang di langit (Allah yang di langit)".[26]

Pengertian ayat (فِى السَّمَآءِ) "Di langit" pada ayat ini ialah (عَلَى السَّمَآءِ) "Di atas langit" bukan meliputi semua langit sebagaimana yang dapat difahami penjelasannya dari hadith Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:

اِنَّ اللهَ كَتَبَ كِتَابًا فَهُوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ.



"Sesungguhnya Allah Menulis segala ketentuan yang berada di sisiNya di atas 'Arasy".[27]

Hadith di atas menjelaskan bahawa Allah berada di atas ‘ArasyNya bukan meliputi Arasy atau langit. Hadith ini semaksud malah diperkuat oleh firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى.



"Iaitu Tuhan Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas 'Arasy".

Taha, 20:5.

Ayat di atas ini dengan terang menjelaskan bahawa Allah di atas ‘Arasy bukan meliputi ‘Arasy atau meliputi seluruh langit.

Di ayat yang lain Allah berfirman:

ثُمَّ اسْتَوَى اِلَى السَّمَآءِ.

"Dan Dia berkehendak menuju langit". Al-Baqarah, 2:29.

Ayat ini jelas menerangkan bahawa Allah menuju langit dan Dia berada di atas langit yang menunjukkan keTinggianNya. Menurut al-Baghawi rahimahullah dalam tafsirnya yang dinukil dari qaul Ibn Abbas radiallahu ‘anhuma dan ramai lagi para mufassir salaf, bahawa apabila memperkatakan tentang perkara tersebut (di mana Allah) mereka hanya berpegang pada lahir lafaz "Istawa" (استوى) “bersemayan di atas ‘Arasy dan ArasyNya di langit” iaitu menyerahkan kepada ilmu Allah bagaimananya keTinggian Allah 'Azza wa-Jalla yang sebenarnya.[28]

Perlu diketahui bahawa Allah mempunyai zat, perkataan yang seerti dengan kalimah “Zat” ialah “Jisim”. Namun, zat atau jisim Allah Yang Maha Esa, Maha Agung, Maha Sempurna dan paling Kamil tidak menyerupai zat atau jisim makhlukNya, kerana Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah menegaskan dengan firmanNya:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

“Tiada sesuatu yang menyerupaiNya”.

وَلَمْ يَكُنْ لَه كُفُوًا اَحَدٌ

“Dan tidak ada seseorangpun yang setara denganNya”. Al-Ikhlas, 112:4.

Allah Bersemayam Di Atas '

Pentakwilan (penafsiran) mengikut akal atau hawa nafsu terhadap sifat-sifat Allah yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam, merupakan sebahagian dari punca kekeliruan dan kesilapan yang boleh membawa kepada kesesatan atau syirik. Misalnya, mentakwil kalimah istiwa kepada istaula (menguasai) akan membawa kepada mengingkari satu sifat dari sifat-sifat Allah yang tinggi dan luhur.

Jumhur ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh tiada berkhilaf (berselisih pendapat) tentang mengkufurkan sesiapa yang mengingkari bahawa Allah beristiwa (bersemayam) di atas 'ArasyNya. Seseorang yang mengingkari istiwa bermakna dia telah kufur kerana dia telah mengingkari isi ayat (al-Quran) di atas dan beberapa hadith yang sahih.

Dengan berpandukan dalil-dalil dari al-Quran dan hadith-hadith sahih, para ulama Salaf as-Soleh telah berijmak (sepakat) memutuskan telah "sesat/kufur" bagi sesiapa yang menafikan bahawa Allah bersemayam di atas 'ArasyNya, atau yang menukar makna bersemayam kepada makna yang lain seperti istiwa kepada istiaula.

Pada sebuah athar sahih yang warid dari sahabat dan tabi'in iaitu ucapan Ummi Salamah radiahlahu 'anha dalam menjelaskan firman Allah:

اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى.

"Allah bersemayam di atas 'ArasyNya",

Beliau (Ummi Salamah radiallahu 'anha) berkata:

"Al-Istiwa (bersemayam) itu tidak majhul (maklum/diketahui), caranya pula tidak diketahui (majhul) namun berikrar (berpegang) dengannya adalah keimanan dan menentangnya (tidak percaya bahawa Allah bersemayam) adalah kufur".[29]

Semasa Imam Malik rahimahullah ditanya tentang maksud ayat:

اَلرَّحْمَنٌ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

“Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas ‘Arasy.”

Beliau menjawab:

اَلاِسْتِوَاءُ مَعْلُوْمٌ وَالْكَيْفُ مَجْهُوْلٌ وَالاِيْمَانُ بِه وَاجِبٌ وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ.



"Al-Istiwa adalah sesuatu yang telah dimaklumi, (mempertanyakan) bagaimana (bentuk, rupa dan keadaannya) adalah mempertanyakan sesuatu yang majhul (tidak diketahui), mengimani perkara tersebut adalah wajib dan mempersoalkannya adalah merupakan suatu yang bid'ah".[30]

Istiwanya Allah di atas 'ArasyNya menunjukkan ketinggianNya atas segala makhluk dan Dia sentiasa berada dalam ketinggian. Terdapat banyak dalil-dalil dari al-Quran dan hadith-hadith sahih yang menunjukkan tentang ketinggian Allah Subhanahu wa-Ta'ala antaranya:

وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضَ وَلاَ يَؤُوْدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيْمِ

"Dan Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Dia (Allah) Maha Tinggi lagi Maha Agung"

Al-Baqarah, 2:255.

سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ اْلاَعْلَى.



"Sucikanlah nama Rabbmu (Tuhanmu) Yang Paling Tinggi". Al-A'la, 87:1.

اِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيْرًا.



"Sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi lagi Maha Besar". An-Nisa, 4:34.



ذَلِكَ بِاَنَّ اللهَ هُوَ الْحَقُّ وَاَنَّ مَا يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِهِ هُوَالْبَاطِلُ وَاَنَّ اللهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ.

"(Kuasa Allah) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah, Dialah (Rabb) yang Hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah, itulah yang batil. Dan sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung". Al-Haj, 22:62.



عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْكَبِيْرُ الْمُتَعَالِ.

"Yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang nyata (yang nampak atau yang lahir), Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi". Ar-Ra'ad, 13:9.



حَتَّى اِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوْبِهِمْ قَالُوْا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوْا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ.

"Sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata: Apakah yang telah difirmankan oleh Rabbmu, mereka menjawab: (Perkataan) yang hak (benar). Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung". Saba', 34:23.

اِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيْمٌ.



"Sesungguhnya Dia (Allah Subhanahu wa-Ta'ala) Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana". Asy-Syura, 42:51.

Terdapat banyak hadith-hadith sahih yang menjelaskan tentang ketinggian Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Antaranya ialah:

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ اَنَّ النَّبِيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِذَا قَضَى اللهُ اْلاَمْرَ فِى السَّمَآءِ ضَرَبَتِ الْمَلاَئِكَةُ بِاَجْنِهَتِهَا خَضْعَانًا لِقَوْلِهِ كَاَنَّهُ سِلْسِلَةٌ عَلَى صَفْوَانٍ يُنْقِذُهُمْ ذَلَكَ حَتَّى اِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوْبِهِمْ قَالُوْا : مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ ؟ قَالُوْا الْحَقُّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ.



"Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu bahawasanya Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Apabila Allah menetapkan perintah di atas langit para malaikat memukul sayap-sayapnya kerana patuh akan firmanNya seakan-akan terdengar seperti gemerincing rantai (yang ditarik) di atas batu rata, hal itu menakutkan mereka (sehingga mereka jatuh pengsan kerana takut). Ketika dihilangkan rasa takut dari hati mereka, mereka berkata: Apakah yang difirmankan oleh Tuhanmu). Mereka menjawab: Firman Al-Hak yang benar dan Dialah yang Maha Tinggi dan Maha Besar".[31]



عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِتَّقُوْا دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ فَاِنَّهَا تَصْعَدُ اِلَى اللهِ كَاَنَّهَا شِرَارَةٌ . وَفِى لَفْظٍ اِلَى السَّمَآءِ.



"Dari Abdullah bin Umar radiallahu 'anhuma berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Hati-hatilah kamu dari doa orang yang teranaiya (dizalimi atau diperlakukan secara tidak adil) kerana sesungguhnya doa mereka naik kepada Allah seperti bunga api. Pada lafaz yang lain, naik ke langit".[32]



عَنْ جَـابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِى خُطْبَتِهِ يَوْمَ عَرَفَةَ : اَلاَ هَلْ بَلَّغْتُ ؟ فَقَالُوْا : نَعَمْ . فَجَعَلَ يَرْفَعُ اِلَى السَّـمَاءِ وَيَنْكُتُهَا اِلَيْهِمْ وَيَقُوْلُ : اَللَّهُمَّ اشْهَدْ.



"Dari Jabir bin Abdullah radiallahu 'anhu bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda semasa berkhutbah di hari 'Arafah: Apakah aku sudah sampaikan (risalahku)? Para sahabat menjawab: Ya! Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam mengisyaratkan jari telunjuknya ke langit lalu bersabda: Ya Allah saksikanlah".[33]

Di hadith yang lain, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah mengisyaratkan bahawa Allah Azza wa-Jalla di langit:

عَنِ بْنِ سَـعِيْدِ الْخُـدْرِيِّ اَنَّ رَسُـوْلَ اللهِ صَلَّى عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ قَالَ : اَلاَ تَاْمَنُوْنَنِيْ وَاَنَا اَمِيْنٌ مَنْ فِى السَّمَآءِ يَاْتِنِيْ خَبَرٌ مِنَ السَّمَآءِ صَبَاحٌ وَمَسَاءٌ.



"Dari Sa'ed al-Khudri sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah bersabda: Tidakkah kamu mempercayai aku sedangkan aku yang dipercayai oleh ( Zat) Yang berada di atas langit Yang menurunkan khabar (wahyu) pada waktu pagi dan petang?".[34]



قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلرَّاحِمُوْنَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ اِرْحَمُوْا مَنْ فِى اْلاَرْضِ يَرْحَمُكُمْ مَنْ فِى السَّمَآءِ.



"Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Orang-orang yang menyayangi akan disayangi oleh Ar-Rahman (Allah). Sayangilah orang yang di bumi, akan disayangi oleh Yang di langit (Allah)".[35]



قَالَ رَسُـوْلُ اللهِ صَـلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ : وَالَّـذِيْ نَفْسِـىْ بِيَدِهِ مَا مِنْ رَجُـلٍ يَدْعُـوْ اِمْرَاَتَهُ اِلَى فِرَاشِـهِ فَاَبَى عَلَيْهِ اِلاَّ كَانَ الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ سَاخِطًا عَلَيْهَا حَتَّى يَرْضَى عَنْهَا.



"Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Demi nyawaku yang di tanganNya, tidaklah seseorang lelaki (suami) yang mengajak isterinya ke tempat tidurnya maka ia (isterinya) enggan mematuhinya kecuali Yang di langit (Allah) akan mengutuknya (memurkainya) sehinggalah ia diredhai oleh suaminya".[36]



اِنَّهُ سَـاعَةٌ تُفْتَحُ فِيْهَا اَبْوَابَ السَّـمَآءِ فَاُحِبُّ اَنْ يَصْعَدَ لِيْ فِيْهَا عَمَلٌ صَالِحٌ.



"Sesungguhnya pada waktu itu dibuka pintu-pintu langit, maka aku suka amal-amal solehku diangkat naik pada saat tersebut".[37]

Nabi Muhammad sallallahu wa-sallam pernah bertanya kepada Amran bin Hussin yang diketika itu beliau belum memeluk Islam:

كَمْ اِلَهًا تَعْبُدُ الْيَوْمَ ؟ قَال : سَبْعَةٌ . سِتَّةٌ فِى اْلاَرْضِ وَوَاحِدٌ فِى السَّمَآءِ . فَقَالَ : فَاِذَا اَصَابَكَ الضَّرَرَ فَمَنْ تَدْعُوْا ؟ قَالَ : اَلَّذِيْ فِى السَّمَاءِ.



"Bertanya Rasulullah (kepada Amran bin Hussin sebelum beliau memeluk Islam): Berapa tuhan yang engkau sembah pada hari ini? Beliau menjawab: Tujuh, enam di bumi dan satu di langit. Baginda bertanya: Diketika engkau ditimpa bahaya maka tuhan yang mana yang engkau seru? Beliau menjawab: Tuhan yang di langit".[38]

Isteri Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam yang bernama Zainab berbangga kerana dia dinikahkan oleh Allah yang di atas langit yang ketujuh sebagaimana pengakuannya:

زَوَّجَكُنَّ اَهَالِيكُنَّ وَزَوَّجَنِيَ اللهُ مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتِ.



"Kamu dikahwinkan oleh ahli-ahli kamu dan aku dikahwinkan oleh Allah dari atas langit yang ke tujuh".[39]

Semasa kewafatan 'Aisyah radiallahu 'anha, Ibn Abbas radiallahu anhu berkata kepadanya:

كُنْتُ اُحِبُّ نِسَـاءَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ وَلَمْ يَكُنْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ اِلاَّطَيِّبًا وَاَنْزَلَ اللهُ بَرَاءَ تكِ مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتِ.



"Aku sentiasa mencintai para isteri Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam sebagaimana mencintai Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam dan tidak pernah Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam mencintai sesuatu kecuali kerana kebaikannya dan Allah telah membersihkan engkau dari atas langit yang ketujuh".[40]



قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ : هَذِهِ اِمْرَاَةٌ سَمِعَ اللهُ شَكْوَاهَا مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ هَذِهِ خَوْلَةُ بِنْتُ ثَعْلَبَةُ.



"Berkata 'Umar bin al-Khattab: Inilah wanita yang didengar oleh Allah pengaduannya dari atas langit yang ketujuh, inilah Khaulah binti Thalabah".[41]

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari rahimahullah, Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

لَمَّا قَضَى اللهُ الْخَلْقَ كَتَبَ كِتَابًا عِنْدَهُ سَبَقَتْ رَحْمَتِيْ غَضَبِيْ فَهُوْ عِنْدَهُ فَوْقَ السَّمَآءِ.



"Setelah Allah mencipta makhluk, ditulis satu kitab di sisiNya (yang mana ditulis): RahmatKu mendahului kemurkaanKu, maka ia di sisiNya di atas 'Arasy".[42]

Semua dalil-dalil yang telah diutarakan di atas, dengan jelas telah menerangkan dan membuktikan kepada sesiapa sahaja yang mahu beriman bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersemayam di atas 'ArasyNya. 'ArasyNya pula berada di atas langit yang ketujuh. Sesiapa yang mengingkarinya adalah kufur sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur ulama Salaf as-Soleh.

Imam Abu Hasan al-Asy'ari rahimahullah juga telah menjelaskan bahawa al-Quran bukan makhluk dan diturunkan oleh Allah yang berada di langit:

"Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam di atas 'ArasyNya, mempunyai muka dan al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk dan ia diturunkan (dari langit)".[43]

Mengingkari keterangan dan penetapan tentang nama-nama, sifat, zat dan perbuatan Allah sebagaimana yang terdapat pada dalil-dalil dari al-Quran, hadith-hadith dan athar yang sahih ini adalah kufur hukumnya. Dalam hal ini, Imam al-Auza'ii dianggap Imam ahli Syam di zamannya, beliau telah menegaskan:

كُنَّا وَالتَّابِعُوْنَ مُتَوَافِرُوْنَ نُقُوْلُ : اَنَّ اللهَ عَلَىعَرْشِهِ وَنُؤْمِنُوْا بِمَاوَرَدَتْ بِهِ السُّنَةَ مِنْ صِفَاتِ اللهِ تَعَالَى.



"Kami dan para Tabi'in sepakat menetapkan dengan qaul kami bahawa: Sesungguhnya Allah di atas 'ArasyNya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta'ala".[44]



عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ وَهَبٍ قَالَ: كُنْتُ عِنْدَ مَالِكٍ فَدَخَلَ رَجُلٌ فَقَالَ : يَا اَبَا عَبْدَ الرَّحْمَن " اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى " كَيْفَ اسْتَوَى ؟ فَاَطْرَقَ مَالِكُ فَاَخَذَتْهُ الرَّحْضَاءَ ثُمَّ رَفَعَ رَاْسَهُ فَقَالَ : اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىكَمَاوَصَفَ بِهِ نَفْسَهُ وَلاَ يُقَالُ كَيْفَ وَكَيْفَ عَنْهُ مَرْفُوْعٌ وَمَا اَرَاكَ اِلاَّ صَاحِبُ بِدْعَة فَاَخْرِجُوْهُ.



"Dari Abdullah bin Wahab berkata: Aku pernah bersama Malik maka masuk seorang lelaki lalu bertanya: Wahai Aba Abdul Rahman! "Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'Arasy", bagaimana Dia bersemayam? Beliau terus mengingkari dan dengan keadaannya yang marah sambil mengangkat kepalanya berkata: Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'ArasyNya sebagaimana yang telah disifatkan oleh Allah pada dirinya sendiri dan janganlah ditanya bagaimana dan kenapa kerana telah marfu' tetanganya, dan tidaklah aku ketahui tentang dirimu kecuali seorang pelaku bid'ah, maka keluarkanlah dia".[45]

Bertanyakan "Bagaimana Allah bersemayam di atas 'Arasy" dianggap oleh Imam Malik dan Rabi'ah sebagai pertanyaan yang haram dan bid'ah, kerana bertanya tentang apa yang tidak diketahui oleh manusia, dan sesuatu yang tidak diketahui maka tidak mungkin mereka akan memperolehi jawapannya.[46]

Sesungguhnya memperkatakan sifat-sifat Allah adalah sebahagian dari memperkatakan tentang ZatNya, sebagaimana akal tidak berdaya mengetahui tentang zatNya maka begitu jugalah akal tidak mampu mengetahui tentang bagaimananya sifat Allah.[47] Beginilah manhaj yang diikuti oleh para Salaf as-Soleh rahimahumullah (tentang memahami sifat dan zat Allah 'Azza wa-Jalla), mereka meletakkan kesempurnaan akal mengikut tempat dan kadar kemampuannya[48] dan tidak mencabuli ayat-ayat dan sabda NabiNya dengan akal dan hawa nafsunya.

قَالَ التُّرْمِزِيُّ : وَهُوَ عَلَى الْعَرْشِ كَمَا وَصَفَ بِهِ نَفْسهُ فِى كِتَابِهِ كَذَا قَالَ غَيْرُ وَاحَدٍ مِنْ اَهْلِ الْعِلْمِ.



"Berkata Turmizi: Ia bersemayam di atas 'Arasy sebagaimana yang disifatkanNya sendiri di dalam kitabNya. Beginilah perkataan ahli ilmu yang bukan seorang sahaja yang mengatakannya seperti itu".[49]

Allah Di Langit

Dengan penjelasan terperinci ini nyatalah bahawa akidah seluruh golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj atau pemahaman para Salaf as-Soleh, mereka telah sepakat meyakini sebagai keyakinan akidah yang murni bahawa Allah berada di langit yang ketujuh dan bersemayam di atas 'ArasyNya. Begitulah juga yang diterangkan oleh Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah semasa beliau ditanya tentang di mana Allah:

وَقِيْلَ لِعَبْدِاللهِ بْنِ الْمُبَارَكِ : كَيْفَ نَعْرِفُ رَبَّنَا ؟ قَالَ: بِاَنَّهُ فَوْقَ السَّمَآءِ السَّابِعَةِ عَلَى الْعَرْشِ.



"Dan ketika ditanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak: Bagaimana kita mengetahui Tuhan kita? Kita mengetahuiNya bahawa sesungguhnya Dia di langit yang ke tujuh di atas 'ArasyNya".[50]

Golongan Jahmiyah pula tidak dianggap sebagai golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah dan tergelincir dari manhaj Salaf as-Soleh kerana mereka tidak mempercayai bahawa Allah di langit:

وَقِيْلَ لِيَزِيْدِ بْنِ هَارُوْن : مَنِ الْجَهْمِيَّةُ ؟ فَقَالَ : مَنْ زَعَمَ اَنَّ الرَّحْمَنَ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى عَلَى خِلاَفِ مَا يَقِرُّ فِى قُلُوْبِ الْعَامَةِ فَهُوْ جَهْمِيْ.



"Pernah ditanyakan kepada Yazid bin Harun: Siapa itu Jahmiyah? Maka beliau berkata: Sesiapa yang mempercayai bahawa Ar-Rahman (Allah) bersemayam di 'ArasyNya (tetapi kepercayaannya) tidak sebagaimana yang dipercayai oleh orang-orang Islam, maka itulah Jahmiyah".[51]

Golongan Jahmiyah mempercayai bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersemayam di Arasy tetapi mereka tidak percaya bahawa Allah di langit, maka sesiapa yang mempunyai keyakinan seperti ini dia adalah Jahmiyah. Berkata Hamad bin Zaid:

"Jahmiyah ialah mereka yang menyatakan bahawa di langit tidak ada sesuatu (Allah bukan di langit)".[52]

Adapun antara ayat yang sering dipertikaikan dan disalah tafsir oleh golongan ahli bid'ah dan Jahmiyah ialah ayat yang menjelaskan:

قَالَ لاَ تَخَافَا ، اِنَّنِيْ مَعَكُمَآ اَسْمَعُ وَاَرَى.



"Allah berfirman: Janganlah kamu berdua merasa takut, sesungguhnya Aku berserta kamu berdua, Aku Mendengar dan Melihat". Taha, 20:46.

Maksud dari ayat (اِنَّنِيْ مَعَكُمَا) "Sesungguhnya Aku berserta kamu berdua" ialah ilmuNya (sebagaimana yang telah dijelaskan) iaitu ilmu Allah berserta dan meliputi segala-galanya. Allah Maha Mengetahui kerana ilmu pengetahuan Allah berada di mana-mana. Allah berserta kita dengan ilmuNya kerana Dia Mendengar dan Melihat kita.[53] Namun, Allah bersemayam di atas ArasyNya di langit. Dan ayat di atas dapat dijelaskan dengan nas-nas di bawah ini:

اِنَّكُمْ تَدْعُوْنَ سَمِيْعًا قَرِيْبًا وَهُوَ مَعَكُمْ (اَيْ مَعَكُمْ بِعِلْمِهِ).



"Sesungguhnya kamu menyeru Yang Maha Mendengar, Yang Hampir Yang sentiasa berserta kamu (iaitu IlmuNya)".[54]



وَعِنْدَهُ مَفَاتِيْحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا اِلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ اِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَبَّةٍ فِى ظُلُمَاتِ اْلاَرْضِ وَلاَ رَطْبٍ وَلاَ يَابِسٍ اِلاَّ فِى كِتَابٍ مُّبِيْنَ.



"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia Mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daunpun yang gugur melainkan Dia Mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak ada sesuatu yang basah dan yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Loh Mahfuz)". Al-An'am, 6:59.

Antara hadith yang menjadi dalil yang kuat yang menunjukkan bahawa Allah di atas 'ArasyNya, 'ArasyNya di langit dan ilmuNya di mana-mana ialah sabad Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam:

قَالَ مُعَاوِيَةُ بْنُ حَكَمُ السُّلَمِى : وَكَانَتْ لِيْ جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِيْ اُحُدٍ وَالْجُوَانِيَةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ . فَاِذَا بِالذِّئْبِ قَدْ ذَهَبَ بَشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا وَاَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ آدَمَ اَسَفَ كَمَا يَاْسفُوْنَ . لَكِنِّيْ صَكَكْتُهَا صَكَّةً فَاَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ . قُلْتُ : يَارَسُوْلَ اللهِ اَفَلاَ اَعْتِقُهَا ؟ قَالَ: اِئْتِنِيْ بِهَا. فَقَالَ لَهَا: اَيْنَ اللهُ ؟ قَالَتْ : فِى السَّـمَآءِ . قَالَ: مَنْ اَنَا ؟ قَالَتْ : اَنْتَ رَسُوْلُ اللهِ. قَالَ : اَعْتِقْهَا فَاِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ.



Berkata Muawiyah bin Hakam As-Sulami: Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwaniyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya. Sedang aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka. Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku menghadap Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya? Jawab Rasulullah: Bawalah wanita itu ke sini. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. Di mana Allah? Dijawabnya: Di langit. Rasulullah bertanya lagi: Siapakah aku? Dijawabnya: Engkau Rasulullah. Maka baginda bersabda: Merdekakanlah (bebaskanlah) wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah".[55]

Menurut syara dan telah disepakati oleh ulama Salaf as-Soleh, bahawa perbuatan, fahaman (akidah) atau keyakinan mereka yang menyerupakan, mensekufukan, memisalkan, mensetarakan atau mengumpamakan Allah Ta'ala dengan makhlukNya adalah batil (kufur), sesat dan boleh membawa kepada perbuatan syirik. Ia nyata bertentangan dengan ayat-ayat al-Quran, terutamanya ayat yang terdapat di surah asy-Syura "Tidak ada sesuatupun yang serupa denganNya", 42:11 dan ayat di surah al-Ikhlas "Dan tidak ada seorangpun yang setara/sekufu dengan Dia (Allah)", 112:4

Cara para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut manhaj Salaf as-Soleh menetapkan zat, nama-nama dan sifat-sifat Allah terbina di atas dua perkara:

1- Mereka mensucikan Allah Subhanahu wa-Ta'ala dari diserupakan dengan segala makhlukNya yang berdasarkan firmanNya:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ.



"Tiada suatu yang semisal denganNya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat". Asy-Syura, 42:11.



2- Menjauhkan penyerupaan dengan cara ingin tahu, bertanya atau mempersoalkan "Bagaimana" zat dan sifat-sifat Allah. Kerana hanya Allah sahaja yang benar-benar Mengetahui akan sifat dan zatNya. Maka larangan ini berdasarkan kepada firmanNya:

وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِهِ عِلْمًا.

"Sedangkan ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmuNya". Taha, 20:110.

Menurut ayat di atas ini, manusia tidak akan mengetahui yang ghaib jika tidak diberi tahu atau dikhabarkan oleh Allah melalui wahyuNya, atau diceritakan oleh RasulNya melalui penyampaian dan sabdanya. Maka bagaimanakah mereka mampu mengetahui akan hakikat sifat-sifat dan zat Allah yang semuanya itu adalah persoalan yang ghaib. Sebenarnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya yang berkaitan dengan segala keghaiban sebagaimana firmanNya:

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلاَ يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ اَحَدًا اِلاَّ مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُوْلٍ.



"Dia adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui yang ghaib. Maka Dia tidak memperlihatkan kepada seseorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhaiNya". Al-Jin, 72:26-27.

Ayat di atas menjelaskan bahawa Rasulullah juga tidak mengetahui apa yang berada dan terjadi di alam ghaib, termasuklah yang terdapat di Loh al-Mahfuz serta apa yang ditulis dengan qalam, kecuali setelah dikhabarkan oleh Allah kepada baginda sebagaimana diungkapkan dalam syair al-Bushairi:

فَاِنَّ مِنْ جُوْدِكَ الدُّنْيَا وَضَرَّتُهَا

وَمِنْ عُلُوْمِكَ عِلْمُ اللُّوْحِ وَالْقَلَمِ



"Sesungguhnya kedermawaanMu terhadap dunia dan kemudaratannya # Dan bahagian (termasuk) dari ilmuMu adalah ilmu Loh al-Mahfuz dan ilmu al-Qalam.[56]

Ketidak-tahuan atau kejahilan seseorang tentang keadaan alam ghaib telah dikhabarkan oleh Allah dalam beberapa ayat al-Quran:

وَعِنْدَهُ مَفَاتِيْحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا اِلاَّ هُوَ.

"Dan pada sisi Allah sahaja kunci-kunci semua yang ghaib. Tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri". Al-An'am, 6:59.



قُلْ لاَ يَعْلَمُ مَنْ فِى السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ الْغَيْبَ اِلاَّ اللهُ.

"Katakanlah! Tidak ada seseorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah". An-Naml, 27:65.

Semua penjelasan di atas yang diiringi dengan dalil-dalil dari al-Quran dan hadith-hadith yang sahih adalah kata pemutus. Ianya adalah wahyu yang mengkhabarkan bahawa Allah bersemayan di 'ArasyNya yang berada di langit, maka semua dalil-dalil tersebut adalah hujjah untuk menolak alasan mereka yang mengharamkan seseorang dari bertanya "Di mana Allah berada?" atau (اَيْنِيَّة الله) "Di mananya Allah".

Bertanya kepada seseorang "Di mana Allah" untuk memastikan akidahnya adalah sunnah, kerana Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sendiri pernah bertanya kepada seorang hamba perempuan dengan pertanyaan: "Di mana Allah?". Berdasarkan hadith ini, maka siapakah yang lebih berhak diikuti dan wajib dijadikan contoh jika bukan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, baginda tidak pernah mengikut hawa nafsunya apabila memperkatakan atau menjelaskan sesuatu tentang agama Allah. Oleh itu, seseorang yang bertanya "Di mana Allah?" tidak boleh dihukum sesat atau menyalahi sunnah.

Pendapat, pandangan dan kepercayaan ahli bid'ah terutama yang digelar Ahli al-Ahwa (ahli hawa nafsu) wajib ditolak dan ditinggalkan jika ia enggan menjadikan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sebagai ikutan, contoh dan Rasul yang wajib ditaati dalam semua perkara yang berhubung dangan agama, terutama tentang penentuan di mana Allah sebagaimana yang telah diterangkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam di mana sebenarnya Allah berada.

Dalam hal ini, Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan yang tegas kepada mereka-mereka yang mengaku beriman tetapi masih enggan mengikuti contoh dan mentaati baginda dalam segala persoalan dan urusan agama, sama ada yang berkaitan dengan persoalan akidah, ibadah atau mu'amalah. Baginda bersabda:

كُلُّ اُمَّتِيْ يَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ اِلاَّ مَنْ اَبَى قَالُوْا وَمَنْ يَاْبَ يَا رَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ : مَنْ اَطَاعَنِى دَخَلَ الْجَنَّةِ وَمَنْ عَصَانِيْ قَقَدْ اَبَى.

"Setiap umatku semuanya akan masuk syurga kecuali sesiapa yang menolak. Mereka bertanya, siapakah yang menolak wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Sesiapa yang mentaati aku dia masuk syurga dan sesiapa bermaksiat (menentangku) maka dia telah menolak".[57]



Firman Allah:



وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُوْلَ مِنْ بَعْدِ مَاتَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيْلِ الْمُؤْمِنِيْنَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَآءَ تْ مَصِيْرًا.

"Dan sesiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu'min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali".

An-Nisa, 4:115.

Kesimpulannya: Bahawa segala apa yang telah dijelaskan (di atas), adalah berlandaskan al-Quran, as-Sunnah yang sahih dan mengikut panduan para Salaf as-Soleh radiallahu 'anhum, mereka sekalian beriman dengan segala apa yang telah dikhabarkan oleh Allah tentang diriNya di dalam kitabNya, dan beriman dengan segala apa yang telah dijelaskan oleh RasulNya tentangNya. Mereka beriman dengan keimanan yang selamat, iaitu tidak dilakukan pada sifat, zat dan nama-namaNya tahrif, ta'til, takyif dan tamsil.[58]

Dan Imam Ahmad rahimahullah pula berkata:

"Tidak diharuskan mensifatkan Allah kecuali dengan apa yang telah disifatkanNya sendiri oleh diriNya atau dengan apa yang telah disifatkan oleh RasulNya dan tidak pula melampaui batasan al-Quran dan al-Hadith".[59]

Mengingkari Zat, Nama & Sifat Allah Adalah Sesat

Terdapat segolongan (firqah) yang digelar "Mu'attilah" (مُعَطِّلَةٌ) "Yang menolak serta membatalkan sifat dan nama-nama Allah". Mereka (golongan mu’attilah ini) mengingkari dan menafikan sama ada keseluruhan sifat dan nama Allah atau sebahagian darinya. Maka telah disepakati oleh jumhur ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh bahawa golongan ini adalah golongan yang sesat dan terkeluar dari millah Islamiyah. Begitu juga sesiapa yang mengingkari atau menafikan adanya sifat-sifat serta nama-nama Allah yang husna maka dia dihukum telah kufur atau zindik menurut hukum syara.

Firqah Mu'attilah dan mereka yang sefahaman dengan firqah ini berpendapat dan menuduh sesiapa yang percaya bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersifat (mempunyai sifat) dan mempunyai nama, maka kepercayaan tersebut (menurut mereka) akan membawa kepada persamaan (menyamakan dan menserupakan) Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan makhlukNya. Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla telah membantah pendapat atau keyakinan golongan Mu’attilah yang batil ini sebagaimana yang terdapat di dalam firmanNya:

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ

"Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai kePerkasaan dari apa yang mereka (sifatkan) katakan". As-Safat, 37:180.

Sesiapa yang menolak atau menafikan adanya nama-nama serta sifat Allah, maka sekali lagi perlu ditegaskan bahawa penafian dalam hal serupa ini adalah batil dan membawa kepada kekufuran. Kerana pada hakikatnya Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menetapkan sendiri nama-nama, sifat dan zatNya di dalam al-Quran. Tiada siapa yang boleh menafikannya. Oleh itu ia wajib diimani oleh setiap muslim dan muslimah sehingga tidak boleh dipersoalkan lagi.

Para ulama Ahli sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh membantah dan menolak sekeras-kerasnya pendapat yang mungkar ini (pendapat yang membatalkan sifat, zat dan nama-nama Allah). Antara mereka yang membantah sekeras-sekerasnya ialah Imam Abu Hanifah rahimahullah. Beliau telah mengithbatkan (menetapkan) dan menjelaskan tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah Azza wa-Jalla:

وَلَهُ يَدٌ وَوَجْهٌ وَنَفْسٌ كَمَا ذَكَرَهُ اللهُ تَعَالَى فِى الْقُرْآنِ فَمَا ذَكَرَهُ اللهُ تَعَالَى فِى الْقَرْآنِ مِنْ ذِكْرِ الْوَجْهِ وَالْيَدِ وَالنَّفْسِ فَهُوَ لَهُ صِفَاتٌ بِلاَ كَيْف وَلاَ يُقَالُ اِنَّ يَدَهُ قُدْرَتَهُ اَوْ نِعْمَتَهُ لاَنَّ فِيْهِ اِبْطَالُ الصِّفَة.

"BagiNya tangan, muka dan nafs sebagimana yang diterangkan di dalam al-Quran, maka apa yang diterangkan oleh Allah Ta'ala di dalam al-Quran seperti menyebut muka, tangan dan nafs, maka bagiNya sifat tanpa ditanya bagaimana? Dan tidak boleh dikatakan bahawa tanganNya ialah kudrat (kuasa)Nya atau nikmatnya kerana perbuatan tersebut membatalkan sifat (Allah)".[60]

Persamaan pada nama (nama Allah) dengan nama makhlukNya tidaklah semestinya menunjukkan adanya persamaan di antara Allah dengan makhlukNya, sama ada pada zat atau pada sifat. Sebagai contoh, walaupun tangan manusia dan haiwan adalah sama pada istilah nama, namun ia tetap berlainan pada rupa, bentuk dan kebolehan tangan tersebut berfungsi.

Begitulah juga dengan tangan Allah Azza wa-Jalla dan semua sifat-sifatNya yang amat sempurna, ia tidak akan sama atau menyerupai tangan dan sifat sekalian makhlukNya kerana telah ditegaskan melalui firmannya tentang ketidak samaannya nama, zat dan sifat Allah :

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

"Tiada suatu pun yang serupa denganNya". Asy-Syura, 42:11".

Peyerupaan Yang Menyesatkan

Sememangnya tidak dapat dinafikan terdapatnya di kalangan masyarakat Islam beberapa golongan yang sesat lantaran menyerupakan zat atau sifat Allah dengan zat dan sifat makhlukNya. Antara golongan ini ialah mereka yang dikenali sebagai firqah "Musyabbihah" .(مُشَبِّهَةٌ) Maksud dari kalimah musyabbihah ialah:

"Yang menyerupakan (sifat dan zat) Allah dengan (sifat dan zat) makhlukNya".

Antara firqah (kumpulan/golongan) terbesar yang termasuk dan terjebak ke dalam golongan ini ialah para syeikh (pemimpin) tarikat kebatinan dan kesufian/tasawuf serta para pengikutnya. Mereka dianggap sesat kerana perbuatan mereka yang mudah dan suka mentakwil[61] mentamsil,[62] mentakyif dan menta'til nama-nama, sifat dan zat Allah. Lantaran yang demikian, akhirnya mereka sama ada menafikan zat dan sifat-sifat Allah atau menyamakan sifat Allah dengan sifat-sifat dan zat makhlukNya.

Untuk mengelakkan dari terperangkap ke dalam firqah yang sesat, sewajarnya setiap mukmin sentiasa belajar dan melengkapkan diri mereka dengan perisai ilmu yang dipelajari dari para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh.

[1]. Lihat: الرسالة السلفية فى احياء سنة البرية Hlm. 129. Muhammad bin Ali As-Syaukani.

[2]. H/R Bukhari.

[3]. Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمينHlm. 80. Redza bin Nu'san Mu'ti.

[4]. Ibid.

[5]. Lihat: الشريعة Hlm. 298. al-Ajari. Ditahkik oleh Hamid.

[6]. Lihat: Tafsir Ibn Kathir, jld. 4. hlm. 322.

[7]. Ibid.

[8]. Lihat: القواعد الْمُثْلَى فى صفات الله واسمائه الحسنى Hlm. 58. Uthaimin.

[9]. H/R Bukhari فى خلق افعال العباد. Lihat: الشرعة hlm 298. Al-Ajiri. الابانة الكبرى Jld. 1. Hlm. 194.

[10]. Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين hlm.81. Ridza bin Nu'san

Mu'ti.

[11]. Lihat: تفسير الطبري jld. 27. hlm. 125.

[12]. Ibid. Jld. 2. hlm. 186.

[13]. Surah Hud, 11:5.

[14]. Surah Ar Ra'd, 13:10.

[15]. Lihat: تفسير ابن كثير. Jld. 4. Hlm. 304.

[16]. Lihat: البحر المحيط Jld. 9. Hlm. 217. Dan تفسير القرطبى Jld. 18. Hlm. 137.

[17]. Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمينhlm. 82. Ridza bin Nu'san Mu'ti.

[18]. Ibid. Hlm. 82-83.

[19]. Ibid.

[20]. Lihat: محاسن التأويل. Hlm. 5674. Al-Qasimi.

[21]. Lihat: عَلاَقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين. Hlm. 83-84.

[22]. Lihat: الشرعية. Hlm. 298.

[23]. Lihat: علاقات الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين

[24]. H/R Abu Daud. No. 2892. Ahmad 6/21. (Hadith hasan).

[25]. H/R Abu Daud, Abdullah bin Ahmad, Tabrani dan Baihaqi (Hadith

hasan, sanadnya sahih)

[26]. H/R Bukhari No. 4351.

[27]. H/R Bukhari dan Muslim.

[28]. Lihat: القواعد الْمُثْلَى فى صفات الله واسكائه الحسنى Hlm. 58. Uthaimin.

[29]. Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين hlm. 32. Redza bin Nu'san

Mukti. Dikeluarkan juga oleh al-Lalakaii dalam شرح اصول السنة

[30]. Al-Akidah al-Wasitiyah. Ibn Taimiyah. Syarah Soleh Fauzan al-

Fauzan. Hlm. 14.

[31]. H/R Bukhari dan Ibnu Majah. Hadith ini disahihkan oleh al-Albani.

[32]. H/R al-Hakim, ad-Darimi dan az-Zahabi (disahihkan oleh al-

Albani).

[33]. H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, ad-Darimi dan Ibn Majah

(Disahihkan oleh al-Albani).

[34]. H/R Ahmad. 3/4. Bukhari. No. 4351. Muslim, bab az-Zakah. 144.

Ahmad, Abu Daud, an-Nasaii dan Baihaqi.

[35]. H/R Abu Daud. 4941, hadith hasan sahih. H/R al-Baihaqi dalam

"Asma wa as-Sifat" hlm. 300.

[36]. H/R Muslim, bab an-Nikah. 121.

[37]. H/R Ahmad dan Turmizi. (Hadith sahih).

[38]. H/R Al-Baihaqi dalam "Al-Asma wa-sifat" hlm. 300.

[39]. H/R Bukhari No. 7420. Baihaqi "Al-Asma wa-sifat". Hlm. 296.

[40]. H/R Bukhari No. 7421.

[41]. Dikeluarkan oleh al-Baihiqi di dalam sanadnya.

Lihat: اجتماع الجيوش الاسلاميةhlm. 39. Ibn Qaiyim.

[42]. H/R Bukhari, 7554. Muslim, bab at-Taubah, 14.

[43]. Lihat: اعتقاد ائمة الحديث Hlm. 50-51. Ismaili.

[44]. Lihat: فتح البارى. Jld. 13. Hlm. 406. Ibn Hajar al-Asqalani.

[45]. Ibid. Hlm. 407.

[46]. الدعوة السلفية فى مفهومها الصحيح عقيدة وعبادة Hlm. 92. Sa'udin Mohammad

Al-Kasbi.

[47]. Ibid.

[48]. Ibid.

[49]. Lihat: عون المعبود. Jld. 13. Hlm. 42.

[50]. Lihat: السنة hlm. 5. Abdullah bin al-Imam Ahmad.

[51]. Lihat: الابانة الكبرى(ق195/1) Ibn Battah.

[52]. Lihat: ابانة الكبرى Ibn Battah (ق917/1).

Lihat: الرد على الجهمية Ibn Abi Hatim.

Lihat: السنةhlm. 12. Abdullah bin Ahmad.

[53]. Lihat: العقيدة الاسلامية من الكتاب والسنة الصحيحةhlm. 18.

[54]. H/R Muslim.

[55]. H/R. Muslim dan Abi Daud.

[56]. Lihat: اركان الاسلام والايمان Muhammad bin Jamil Zinu.

[57]. H/R Bukhari no. 782.

[58]. Lihat: شرح العقيدة الوسطية hlm. 21. Ibn Taimiyah.

[59]. Ibid.

[60]. Lihat: مَنْهَج اهل السنة والجماعة فى توحيد الله تعالى Jld. 1. Hlm. 42. Khalid

bin Abdul Latif bin Muhammad Nor.

[61]. Namun, tidak semua takwil dianggap batil (fasid), kerana menurut Ibn Qaiyim al-Jauzi: Takwil yang diterima ialah takwil makna yang sebenar dari segi zahir ayat. Termasuklah takwil umum yang dianggap ayat yang muhkamah dan ayat mutasyabihat, perintah dan tegahan. Maka takwil yang diterima ialah yang sesuai dengan apa yang digambarkan oleh nas dan dikuatkan oleh as-Sunnah yang menyokongnya. Lihat: (الصواعق المرسلة) Juz 1. Hlm. 171.

[62]. Qias menurut bahasa "Tamsil" iaitu memisalkan/menyerupakan. Mengqias atau mentamsil sifat atau zat Allah dengan sifat atau zat makhluk haram hukumnya, Allah berfirman: فَلاَ تَضْرِبُوْا للهِ اْلاَمْثَالَ "Maka janganlah kamu mengadakan misal-misal/penyerupaan bagi Allah". An-Nahl, 16:74.


-------------------------------------------------------------------------------------

*Hukum Berzanji, Maulid dan Nur Muhammad



Kertas kerja ini telah dikulliahkan sebanyak empat siri di Perlis, Selangor (termasuk Kuala Lumpur), Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan dan Singapura. Kertas kerja ini juga telah dijadikan buku yang terpisah dari “koleksi Kuliah-Kuliah Akidah” dan dilengkapkan dengan empat buah rakaman pita. Diedarkan ke seluruh Malaysia, Singapura, Brunai, Indonesia dan selatan Thailand. Semoga para pembaca dapat memiliki buku dan rakaman pita selain koleksi yang berada di tangan pembaca ini.

Mudah-mudahan Allah memberkati kita semua dan sentiasa memelihara akidah, amal ibadah dan keikhlasan kita. Semoga juga kita semua dimasukkan ke dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman, bertakwa, soleh, berilmu dan mentaati Allah Tabaraka wa-Ta’ala. Amin!!

بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الاَنْبِيَاءِ والْمُرْسَلِيْنَ ، نَبِيِّنَا مَحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمنْ تَبِعَهُ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنَ . اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحْمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. أمَّا بَعْدُه:

Syara telah mengharamkan seseorang yang beriman memberi sifat kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang bukan selayaknya diberikan kepada baginda. Perbuatan mengangkat Rasulullah dengan memberikan sifat ketuhanan kepada baginda adalah perbuatan syirik yang masih diamalkan oleh ramai masyarakat Islam yang keliru tentang makna pengertian cinta kepada nabinya. Perbuatan seperti ini telah dilakukan terutamanya oleh kebanyakan orang-orang tarikat batiniyah, sufi (tasawuf) yang ghulu kepada Rasulullah sehingga menjejaskan akidah mereka. Contohnya dapat diambil dari beberapa kata-kata dan syair-syair orang-orang tarikat batiniyah dan sufi/tasawuf yang nyata telah menyeleweng dari dasar akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang sebenar:

يَا عَلاَّمَ الْغُيُوْبِ قَدْ لَجَاْنَا اِلَيْكَ

يَاشِفَاءَ الْقُلُوْبِ اَلصَّلاَةُ عَلَيْكَ.

"Hai orang yang mengetahui perkara yang ghaib! Sesungguhnya kami berlindung kepadamu. Hai pengubat hati! Semoga dicurahkan selawat kepadamu".

وَمَنْ تَكُوْنُ بِرَسُوْلِ اللهِ نُصْرَتُهُ

اِنْ تَلَقَّهُ اْلاُسُدُ فِى اَجَامِهَاتِهِمْ

مَاسَامَنِى الدَّهْرُ ضَيْمًا وَاسْتَجَرْتُ

اِلاَّ وَنِلْتُ جِوَارًا مِنْهُ لَمْ يُضَمْ

Barangsiapa mengambil Rasulullah sebagai penolongnya

diketika dia bertemu dengan serigala di tengah hutan belantara,

yang menunjukkan keganasannya.

Tidak pernah menimpaku kezaliman sepanjang waktu

kecuali aku meminta pertolongan kepada Rasulullah

yang tiada sia-sia pertolongannya.



Syair ini sering dijadikan bacaan dan amalan wirid oleh golongan tarikat batiniyah dan para pengikut sufi/tasawuf, ini menunjukkan bahawa mereka melakukan kesyirikan semasa meminta pertolongan dari Allah, kerana di samping meminta kepada Allah mereka juga menyekutukannya dengan menyeru dan meminta kepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Perbuatan seperti ini jelas membawa kepada kesesatan dan kesyirikan kerana bertentangan dengan firman Allah:

فَلاَ تَجْعَلُوْا للهِ اَنْدَادً وَاَنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ

“Oleh kerana itu, janganlah kamu mengadakan bagi Allah seruan-seruan yang lain padahal kamu mengetahui”. Al-Baqarah, 2:22.

وَمَا النَّصْرُ اِلاَّ مِنْ عِنْدِ اللهِ الْعَزِيْزِ الْحَكِيْمِ.

"Dan kemenangan itu hanyalah (apabila dipinta) dari sisi Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". Ali Imran, 3:126.



اِذَا سَاَلْتَ فَاسْاَلِ اللهَ وَاِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.



"Dan apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah kepada Allah. Dan apabila kamu meminta pertolongan, maka mintalah semata-mata kepada Allah".[1]

Sesiapa yang memberikan sifat ketuhanan atau sifat yang hanya layak untuk Allah kepada nabi, rasul, wali, roh suci atau syeikh sufi/tasawuf seperti bernazar kepada mereka sehingga disangkanya nabi, rasul dan wali tersebut mengetahui urusan yang ghaib, dapat menunaikan seruan dan permohonan, maka ia telah melakukan kesyirikan kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala.

Begitu juga kepada mereka yang menerima fahaman tarikat "Nur Muhammad", yang mentaqdiskan Nabi Muhammad sehingga melampaui batas (ghulu), mereka telah mengangkat baginda ke tahap ketuhanan dan perbuatan mereka adalah suatu kesyirikan yang nyata. Apa itu tarikat "Nur Muhammad?".


Kepercayaan Nur Muhammad (Hakikat Muhammadiyah)

Antara beberapa iktikad batil dan sesat yang sudah tersibar luas dan menjadi anutan majoriti masyarakat Islam Nusantara ialah tarikat Nur Muhammad. Tarikat ini selain dikenali sebagai Nur Muhammad ia disebut dan dikenali juga sebagai "Hakikat Muhammadiyah”. Nama ini terdapat di dalam kitab Berzanji:

وَلَمَّا اَرَادَ اللهُ تَعَالَى اِبْرَازَ حَقِيْقَتِهِ الْمُحَمَّدِيَّةِ

"Dan tatkala Allah hendak melahirkan (ke alam nyata) HakikatNya Muhammadiyah".[2]

Selain dikenali sebagai tarikat "Nur Muhammad" dan "Hakikat Muhammadiyah" maka tarikat ini dikenali juga sebagai tarikat "Roh Muhammad". Nama ini diambil dari kepercayaan adanya roh yang berpindah-pindah (inkarnasi). Iaitu roh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang berpindah-pindah dari moyang baginda sehinggalah kepada ayahndanya Abdullah bin Abdul Mutalib. Penerangan tentang "Roh Muhammad" terdapat juga di dalam kitab Berzanji:

وَاُصَلِّيْ وَاُسَلِّمُ عَلَى النُّوْرِ الْمَوْصُوْفِ بِالتَّقَدُّمِ وَاْلاَوَّلِيَّةِ الْمُنْتَقِلِ الْغُرُرِ الْكَرِيْمَةِ وَالْحِبَاهِ.



"Dan lagi aku memohon kepadaNya moga-moga Allah mencucuri rahmat dan selamat kepada an-Nur yang Dia telah jadikan terdahulu daripada segala makhluk yang lainnya. Iaitu nur yang berpindah-pindah daripada satu dahi kepada satu yang mulia keadaannya, iaitu moyang-moyang Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam yang mulia sehingga dahi Abdullah ayahandanya".[3]

Kepercayaan perpindahan roh (inkarnasi) yang disebut juga "Kitaran Roh/Hayat" adalah konsep yang terdapat dalam kepercayaan agama Hindu. Kepercayaan ini bertentangan dengan nas al-Quran kerana setiap roh orang yang telah mati berada di barzah, iaitu tembok yang membatasi antara dunia dan akhirat sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah di dalam firmanNya:

وَمِنْ وَرَآئِهِمْ بَرْزَخٌ اِلَى يَوْمِ يُبْعَثُوْنَ.



"Di hadapan mereka (para roh) ada dinding (tembok sebagai pemisah) sampailah mereka dibangkitkan". Al-Mu'minun, 23:100.

“Hakikat Muhammadiyah” diistilahkan sebagai "Qutub" oleh sebahagian tarikat sufi/tasawuf. Malah hakikat Muhammadiyah tidak ada perbezaan dengan konsep Imam maksum dalam ajaran Syiah, Ismailiyah dan batiniyah.[4] Pada hakikatnya akidah yang telah disebar luaskan oleh golongan tarikat batiniyah dari kalangan penganut sufi/tasawuf ini dapat dibuktikan membawa kepada kesesatan dan syirik, kerana penganutnya meyakini bahawa dunia, sekalian alam dan segala isinya diciptakan bersebab dari Nur Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Kononnya berpunca dari Nur Muhammad segala sesuatu terjadi. Ini adalah iktikad batil yang sama sekali tidak ada asas dan dalilnya dari syara.

Orang yang pertama menghidupkan teori Nur Muhammad ini ialah al-Hallaj. Sesudah beliau, diperluas dan diperkembangkan oleh Ibn Arabi. Malah yang paling aktif menyebarkan ajaran ini adalah golongan Syiah kerana terdapat dalam kepercayaan mereka keyakinan bahawa:

"Nur Muhammad itu qadim dan bersambung terus-menerus kepada nabi-nabi, rasul-rasul, imam-imam (Syiah) dan para wali (dari kalangan Syiah)".

Antara orang yang terus menyebar dan giat menghidupkan semula teori khurafat dan sesat ini secara tulisan ialah seorang lelaki Mesir bernama "Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi". Teori syirik ini dikembangkan oleh beliau melalui tulisannya yang dipenuhi dengan kebatilan: (اَنْتَ تَسْاَلُ وَاْلاِسْلاَمُ يَجِبُ).

Dasar fahaman ini diambil dari fahaman kerohanian teosofi yang meyakini bahawa segala-galanya bermula dari nur (cahaya), sama ada yang lahir (makrifat) dan yang batin (hakikat). Fahaman ini juga dipengaruhi oleh teori Neoplatonisme melalui konsep "Emanasi", iaitu segalanya adalah pancaran cahaya yang mengalir dari Tuhan sebagai sebab utama yang dikenali sebagai teori "al-Fiadh" atau apa yang diistilahkan oleh golongan tarikat sufi/tasawuf fahaman Ibn Arabi sebagai "Tajalli".

Golongan tarikat batiniyah dan para penganut sufi/tasawuf yang berpegang dan percaya dengan fahaman "Nur Muhammad" meyakini bahawa semua para malaikat seperti Jibril, Mikail, Israfil serta semua para nabi dicipta dari pantulan Nur Muhammad:

فَجَمِيْعُ اْلاَنْبِيَاءِ خُلِقُوْا مِنْ نُوْرِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.



"Maka sekalian para nabi telah dicipta dari Nur Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam".[5]

Kononnya berkat Nur Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam terciptalah segala makhluk seperti tujuh petala langit dan penghuninya, bintang-bintang dan bumi serta segala yang terdapat di permukaan dan di dasar lautannya, termasuklah syurga dan neraka semuanya bersumber dari satu unsur iaitu berkat Nur Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Kepercayaan seperti ini perlu dibasmi atau dihapuskan oleh golongan ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah, kerana ia membawa kepada khurafat dan tahayyul yang menyebabkan rosaknya akidah orang yang mempercayainya sehingga berlaku kesyirikan.

Terdapat banyak syair-syair dan hadith-hadith lemah dan palsu yang dijadikan pegangan dan hujjah oleh penganut fahaman ini untuk menguatkan dakwaan mereka. Antara syair dan hadith tersebut ialah:

اِنَّ اللهَ خَلَقَ رُوْحَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ ذَاتِهِ وَخَلَقَ الْعَالَمَ بَاسِرَهُ مِنْ نُوْرِ مُحَمَّدٍ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.



Sesungguhnya Allah mencipta roh Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dari zatNya dan alam seluruhnya dijadikan dari Nur Muhammad".[6]

Bersempena dari hadith palsu di atas ini dan beberapa lagi hadith palsu yang lain, lahir kepercayaan yang lebih menyimpang jauh sebagaimana yang dipersetujui oleh syair-syair di kitab berzanji antaranya ialah:

نَتَوَسَّلُ اِلَيْكَ بِشَرَفِ الذَاتِ الْمُحَمَّدِيَّةِ.



"Dan kami (bertawassul) bermohon kepadaMu berkat kemuliaan hakikat al-Muhammadiyah".[7]

Fahaman tajalli (penjelmaan/bersatu) Allah dengan makhluk, atau sekalian alam sama ada alam dunia atau akhirat sebagaimana yang terdapat dalam kepercayaan Nur Muhammad sehingga mensekufukan hakikat Nabi Muhammad dengan hakikat Allah adalah perbuatan syirik. Fahaman ini berdasarkan pengaruh ajaran Syiah berkaitan konsep wahdatul wujud, hakikat Muhammadiyah dan Imam Mahadi. Teori ini sefahaman dengan teori “Qutub” dalam fahaman sufi/tasawuf. Fahaman batil dan sesat ini telah dikembangkan oleh Ibn Arabi (1165-1240M).

Seterusnya antara hadith palsu yang menjadi pengangan penganut Nur Muhammad ialah:

لَوْلاَكَ مَا خُلِقَتِ الدُّنْيَا.



"Kalaulah tidak kerana engkau (ya Muhammad!) dunia ini tidak akan diciptakan".

Menurut Ibn Qaiyim rahimahullah bahawa hadith ini adalah hadith palsu (موضوع). Malah al-Bushairi juga telah membuat pembohongan ketika mengatakan perkara ini melalui syairnya:

وَكَيْفَ تَدْعُوْا اِلَى الدُّنْيَا ضَرُوْرَةُ مَنْ

لَوْلاَهُ لَمْ تُخْلَقِ الدُّنْيَا مِنَ الْعَدَمِ.

Bagaimana keperluan seseorang dapat menarik kepada keduniaan, padahal kalaulah bukan kerana Muhammad dunia tidak akan diciptakan yang sebelumnya tidak ada.[8]

Kepercayaan hakikat Nur Muhammad yang selama ini dipegang, menjadi ikutan dan disebarkan oleh penganut tarikat sufi/tasawuf tentang konsep Nur Muhammad, ianya amat nyata suatu pembohongan. Kekarutan ini juga terdapat di dalam kitab Berzanji iaitu dalam ungkapan:

وَبَعْدُ فَاَقُوْلُ هُوَسَيِّدُنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِالله بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ.



"Aku nyatakan bahawa Nur yang tersebut tadi itu akhirnya telah menjadilah Penghulu kita Saidina Muhammad (moga-moga Allah kurniakan kesejahteraan kepadanya) Saidina Muhammad itu ialah anak Abdullah, dan Abdullah itu anak Abdul Muttalib".[9]

Kepercayaan Nur Muhammad sebagaimana yang terdapat ungkapannya di dalam kitab Berzanji, ianya jelas bertentangan dengan dalil-dalil syara, kerana menurut keterangan dari al-Quran dan hadith-hadith sahih, yang terdahulu dijadikan oleh Allah bukan Nur Muhammad, jika manusia maka manusia pertama yang dicipta oleh Allah ialah Adam 'alaihi as-salam. Makhluk-makhluk yang dicipta selepas 'Arasy pula adalah qalam sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:

اِنَّ اَوَّلَ مَا خَلَقَ اللهُ الْقَلَمَ.



"Sesungguhnya permulaan makhluk yang diciptakan oleh Allah ialah qalam".[10]

Antara unsur-unsur syirik yang terdapat di dalam fahaman tarikat sufi/tasawuf Nur Muhammad ini boleh kita lihat dalam lirik bait berikut:

اَنْتَ شَمْسٌ اَنْتَ بَدْرٌ * اَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ.



"Engkau matahari, engkau bulan purnama * Engkaulah cahaya di atas cahaya".[11]

اَنْتَ الَّذِيْ اَشْرَقْتَ فِىاُفُقِ الْعُلاَ * فَمَحَوْتَ بِاْلاَنْوَارِكُلَّ ضَلاَلِ

"Engkaulah yang menyinari di ufuk yang tinggi * Engkau hapuskan setiap kegelapan dengan cahaya-cahayamu".[12]

Ungkapan dalam bait di atas iaitu: "Engkaulah cahaya di atas cahaya" menggambarkan bahawa Nur Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam setara atau sekufu (sama) dengan Nur Allah. Sedangkan ia bertentangan dengan firman Allah:

اَللهُ نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضِ.



"Allah (Pemberi) cahaya (kepada yang) di langit dan bumi". An-Nur, 24:35.

Ajaran ghulu (keterlaluan atau melampaui batas) dalam memuji-muja dan pensucian (takdis) terhadap Nabi Muhammad menjadikan penganut tarikat ini terkeluar dari cintakan nabi yang digariskan oleh syara. Sedangkan Allah mengharamkan ghulu kepada semua penganut agama samawi. Firman Allah:

يَااَهْلَ الْكِتَابِ لاَ تَغْلُوْا فِى دِيْنِكُمْ وَلاَ تُقُوْلُوْا عَلَى اللهِ اِلاَّ الْحَقَّ اِنَّمَا الْمَسِيْحُ عِيْسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُوْلُ اللهِ وَكَلِمَاتُهُ اَلْقَاهُا اِلَى مَرْيَمَ وَرُوْحٌ مِّنْهُ.



"Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya al-Masih 'Isa bin Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimahNya, yang disampaikanNya kepada Maryam dan dengan tiupan roh dariNya". An-Nisa, 4:171.



Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:



لاَ تَطْرُوْنِيْ كَمَا اَطرتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ اَنَا عَبْدٌ فَقُوْلُوْ عَبْدَ اللهِ وَرَسُوْلَهُ.



"Janganlah kamu menyanjungku sehingga melampaui batas sebagaimana pemujaan Nasrani terhadap Ibnu Maryam, sesungguhnya aku ini seorang hamba, maka katakanlah oleh kamu hamba Allah dan RasulNya".[13]

Allah Subhanahu wa-Ta'ala mencipta dunia dan segala isinya terutama jin dan manusia bukanlah lantaran Nur Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, tetapi mereka dicipta semata-mata supaya mengajak (menyeru) sekalian manusia mentauhidkan Allah Subhanahu wa-Ta'ala dalam akidah dan juga dalam beribadah kepadaNya sebagaimana firmanNya:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلاِنْسَ اِلاَّ لِيَعْبُدُوْنِ.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu". Adz-Dzariyat, 51:56.

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dan sekalian makhluk (hamba Allah), sama ada yang beriman atau yang tidak beriman semuanya asal mulanya dari Nabi Adam 'alaihi as-salam dan Nabi Adam dicipta dari tanah sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah di dalam firmanNya:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا اْلاِنْسَانَ مِنْ سُلاَلَةٍ مِنْ طِيْنٍ.

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati (yang berasal) dari tanah". Al-Mukminun, 23:12.



اِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ اِنِّيْ خَالِقٌ بَشَرًا مِنْ طِيْنٍ



"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah". Saad, 38:17.



هُوَ الَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ مِنْ عَلَقَةٍ.



"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setitis air mani kemudian dari segumpal darah". Gafir, 40:67.



هُوَالَّذِيْ خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَازَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيْرًا وَنِسَآءًا وَاتَّقُوْا اللهَ الَّذِيْتَسَآءَ لُوْنَ بِهِ وَاْلاَرْحَامَ اِنَّ اللهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيْبًا.



"Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama yang lain dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu". An-Nisa, 4:1.



كُلُّكُمْ بَنُوْا آدَمَ وَآدَمَ خُلِقَ مِنْ تَرَابٍ.

"Kamu semua adalah anak keturunan Adam. Dan Adam diciptakan dari tanah".[14]

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah seorang manusia seperti seluruh manusia yang lain. Baginda dari keturunan Adam dan diciptakan dari tanah sebagaimana dicipta Nabi Adam 'alaihi as-salam, nabi-nabi, para rasul atau para wali Allah sekalian:

قُلْ اِنَّمَا اَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوْحَى اِلَيَّ اِنَّمَآاِلَهَكُمْ اِلَهٌ وَّاحِدٌ.



Katakanlah! Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Maha Esa". Al-Kahfi, 18:110.



وَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ.

"Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Sesungguhnya aku adalah manusia biasa seperti kamu".[15]

Hanya kelebihan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam ialah baginda seorang penghulu anak keturunan Adam sebagaimana sabda baginda:

اَنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ.

"Aku adalah penghulu anak keturunan Adam".[16]

Pada hadith sahih ini dijelaskan Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam hanya sebagai penghulu anak keturunan Adam 'alaihi as-salam dan di hadith yang lain pula dijelaskan sebagai maktub (مَكْتُوْبٌ) "Tertulis" dan bukan disebut dengan sebutan makhluk (مَخْلُوْقٌ) "Dicipta" sebagaimana yang ditegaskan oleh hadith sahih di bawah ini:

اَنَا عِنْدَ اللهِ مَكْتُوْبٌ خَاتِمُ النَّبِيِّيْنَ.



"Sesungguhnya aku di sisi Allah telah tercatit sebagai penutup para Nabi".

Terdapat banyak hadith-hadith yang menjelaskan tentang kejadian Nabi Adam 'alaihi as- salam dan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Adapun hadith-hadith yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah nabi, rasul dan manusia yang mula-mula dicipta adalah hadith-hadith yang lemah. Antara hadith tersebut ialah:

كُنْتُ اَوَّلُ النَّبِيِّيْنَ فِى الْخَلْقِ وآخِرُهُمْ فِى الْبَعْثِ.

"Aku adalah permulaan para nabi dalam penciptaannya dan juru kunci (penutup) mereka diutus".

Menurut Ibnu Kathir, al-Munawi dan Nasruddin al-Albani rahimahumullah bahawa hadith ini adalah hadith yang lemah. Hadith ini menyalahi al-Quran dan hadith-hadith lain yang sahih. Malah menyalahi akal fikiran dan perasaan yang waras, oleh sebab itu tidak ada seorang pun yang dicipta dan dilahirkan sebelum Nabi Adam alaihi as-salam.[17]

Tidak ada seorang pun manusia yang diciptakan dari nur atau cahaya. Hanya para malaikat sahaja yang diciptakan dari nur tetapi para malikat bukan dari golongan manusia. Perkara ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam di dalam sabdanya:

خُلِقَتِ الْمَلاَئِكَةُ مِنْ نُوْرٍ وَخُلِقَ الْجَآنُ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ . وَخُلِقَ آدَمَ مِمَّا وَصَفَ لَكُمْ.



"Malaikat diciptakan dari nur. Jin diciptakan dari nyalaan api dan Adam diciptakan dari apa yang telah disifatkan kepada kamu (dari tanah)".[18]

Adapun hadith yang dijadikan hujjah oleh golongan tarikat sufi/tasawuf Nur Muhammad untuk menyatakan bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah dicipta dari nur, kesemuanya adalah dari jenis hadith-hadith yang lemah atau palsu. Antara hadith-hadith tersebut ialah:

اَوَّلُ مَا خَلَقَ اللهُ نُوْرَ نَبِيِّكَ يَا جَابِرُ.



"Wahai Jabir! Yang pertama kali diciptakan Allah ialah nur NabiMu".

Menurut Muhammad bin Jamil Zinu: Hadith ini adalah hadith (حديث مكذوب) "Hadith bohong/palsu" atas nama Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Ia bukan hadith sahih sebagaimana yang didakwakan oleh asy-Sya'rawi. Amat jelas isi kandungannya bertentangan dengan al-Quran al-Karim dan hadith yang sahih yang menjelaskan dengan tegas bahawa manusia yang pertama dicipta adalah Adam 'alaihi as-salam dan Adam dijadikan dari tanah. Seandainya ada dari makhluk lain ia adalah qalam. Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam hanyalah anak keturunan Adam, tidak dicipta dari nur.

Kepercayaan karut dan khurafat ini tertulis di dalam kitab Maulid Berzanji Daiba'i:

لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ ، فَسُبْحَانَهُ مِنْ مَّلِكٍ اَوْجَدَ نُوْرَ نَبِيِّهِ مَحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ نُوْرِهِ قَبْلَ اَنْ يَخْلُقَ آدَمَ مِنَ الطِّيْنِ اللاَّزِبِ

"Tiada Tuhan melainkan Allah, Maha Suci Dia Tuhan yang telah mencipta nur NabiNya Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dari nurNya sebelum diciptanya Adam dari tanah liat".[19]

Nabi Muhammad adalah manusia biasa seperti kita dan manusia-manusia yang lain. Hanya baginda sahaja secara khusus dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu, menjadi Nabi dan Rasul. Manusia tidak boleh menganggap Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sebagai nur, tetapi mereka wajib menganggap baginda sebagai manusia.[20]

Pada dasarnya semua manusia dicipta sejak Adam 'alaihi as-salam serta semua anak cucu keturunannya sehinggalah ke Hari Kiamat adalah manusia yang dicipta dari tanah. Tujuan dicipta supaya beribadah, menyembah dan mentauhidkan Allah sehinggalah menemui ajalnya. Firman Allah:

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَاْتِيَكَ الْيَقِيْنُ.



"Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal/kematian)". Al-Hijr, 15:99.



وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَاْلاِنْسَ اِلاَّ لِيَعْبُدُوْنَ.



"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu". Az-Zariat, 51:56.

Tidak terdapat walaupun seorang dari kalangan para nabi atau para rasul menjadi penyebab sehingga kerananya dicipta dunia ini dan segala makhluk yang ada. Namun, menurut seorang tokoh sufi bernama Ibn Arabi, alam nyata adalah kumpulan sifat-sifat Allah al-Haqq. Tajjali Zat Allah hinggalah jadi hakikat segala yang ada di bumi ini. Menurut Ibn Arabi lagi bahawa alam semesta seluruhnya adalah berasal dari Nur Muhammad.

Mereka yang sefahaman dengan teori Ibn Arabi seolah-olah menafikan bahawa tujuan utama para nabi atau rasul diutus kepada umat mereka semata-mata untuk menyampaikan wahyu Allah. Mereka melupakan tentang tugas para nabi dan rasul yang diutus untuk mengajak manusia beribadah kepada Allah dan menyeru kepada Tauhid yang murni agar mereka mendapat petunjuk. Firman Allah:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِى كُلِّ اُمَّةٍ رَسُوْلاً اَنِ اعْبُدُوْا اللهَ وَاجْتَنِبُوْا الطَّاغُوْتَ.



"Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat untuk menyerukan: Sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut".
An-Nahl, 16:36.



وَمَا اَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُوْلٍ اِلاَّ نُوْحِى اِلَيْهِ اَنَّهُ لاَ اِلَـهَ اِلاَّ اَنَا فَاعْبُدُوْنِ.

"Tidak Kami utus seorang pun Rasul sebelum engkau (Ya Muhammad!), melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan kecuali Aku, maka oleh sebab itu sembahlah Aku". Al-Ambiya, 21:25.


Kepercayaan Nur Muhammad Di Majlis Maulid[21]

Dalam majlis-majlis perayaan maulid Nabi banyak terjadi kemungkaran bid'ah yang menyalahi ajaran al-Quran dan hadith. Majlis memperingati maulid[22] ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat baginda. Tidak pernah diadakan oleh mereka yang hidup di kurun terbaik (kurun mufaddalah) iaitu kurun para tabiin atau para mujtahidin yang empat (Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi) kerana tidak ada suruhan dari Nabi Muhammad atau syara. Begitu juga tidak pernah diamalkan oleh para ulama besar pada abad kejayaan Islam. Malah tidak terdapat dalil qatii dari syara yang membolehkannya.

Banyak kemungkaran yang mereka lakukan semasa mengadakan perayaan maulid Nabi terutama yang melibatkan bid'ah, khurafat, tahayyul dan kesyirikan. Lebih-lebih lagi ketika mereka mengalunkan bait:

Wahai Rasulullah pemberi pertolongan

dan pemberi bantuan!.

Wahai Rasulullah kepadamu tempat berpegang!.

Wahai Rasulullah! Hilangkanlah penderitaan kami.

Tidaklah kami merasai penderitaan,

kecuali akan engkau selesaikan.

Meminta pertolongan dengan bertawassul kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam perkara biasa bagi pembuat bid'ah sebagaimana yang terbukti di dalam kitab Berzanji:

وَنَتَوَسَّلُ اِلَيْكَ بِشَرَفِ الذَّاتِ الْمُحَمَّدِيَّةِ.



"Dan kami bermohon dengan berperantaraan (bertawassul) kepadaMu melalui keberkatan hakikat al-Muhammadiyah".[23]

Di dalam kitab Berzanji ada sepotong doa yang dipohon yang mana doa tersebut mengandungi unsur syirik:

"Kami bermohon kepadaMu dengan berkat kemuliaan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam dan kelebihannya".[24]

Seandainya Rasulullah sallallhu 'alaihi wa-sallam boleh mendengar seruan dan kata-kata di atas ini, tentu akan menghukum penyerunya sebagai pelaku syirik besar, kerana pertolongan dan tempat meminta yang dapat menghilangkan segala penderitaan dan masalah manusia hanya Allah semata. Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menjelaskan perkara ini di dalam firmanNya:

اَمَّنْ يُّجِيْبُ الْمُضْطَرَّ اِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوْءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَآءَ اْلاَرْضِ اَاِلَهٌ مَّعَ اللهِ قَلِيْلاً مَّا تَذَكَّرُوْنَ.

"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain?) Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya)".". An-Naml, 27:62.

Ayat di atas menunjukkan hanya Allah Subhanahu wa-Ta'ala sahaja yang memperkenankan doa menolong manusia yang sedang dalam kesulitan. Begitu juga, Allah di dalam al-Quran telah memerintahkan kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam agar mengkhabarkan kepada umat baginda dengan membacakan firmanNya

قُلْ اِنِّيْ لاَ اَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَّلاَ رَشَدًا.

"Katakanlah (Ya Muhammad)! Sesungguhnya aku tidak mempunyai kuasa mendatangkan sesuatu kemudaratan kepadamu dan tidak pula mempunyai kemanfaatan". Al-Jin, 72:21.

Dalam sebuah hadith, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam pula bersabda:

اِذَا سَاَلْتَ فَاسْاَلِ اللهَ وَاِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.



"Apabila kamu meminta sesuatu maka mintalah kepada Allah. Dan apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah kepada Allah semata".[25]

Dalil-dalil di atas membatalkan keyakinan dan ajaran penganut tarikat Nur Muhammad. Namun, amat dikesalkan kerana pada kebiasaannya, bacaan bait-bait sya'ir semasa mengadakan perayaan maulid Nabi adalah terlalu berlebih-lebihan dan menambah-nambah (ghulu) dalam memuja-muji Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam. Sedangkan baginda telah melarang dari berbuat sedemikian kerana boleh membawa kepada kesyirikan. Baginda bersabda:

لاَ تَطْرُوْنِيْ كَمَا اَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنِ مَرْيَمَ فَاِنَّمَا اَنَا عَبْدٌ قُوْلُوْا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.



"Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam memuja-mujiku sebagaimana perbuatan orang-orang Nasrani memuji Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba Allah. Katakanlah! HambaNya dan utusanNya".[26]

Sering juga perbuatan yang dilakukan di perayaan maulid dilakukan juga di majlis-majlis perkahwinan atau di majlis-majlis keagamaan yang lainnya. Di dalam majlis tersebut dilaungkan bait-bait yang berisi penjelasan bahawa Allah menciptakan Muhammad dari nurNya. Dan dari Nur Muhammad itu pula diciptakan segala sesuatu yang ada, yang ghaib (termasuk yang batin) atau yang nyata.

Al-Quran menganggap sebagai suatu pembohongan ajaran, keyakinan dan amalan Nur Muhammad yang sesat lagi menyesatkan ini. Ia jelas bertentangan dengan akidah dan amalan para aimah(الائمة) dan orang-orang soleh yang bermanhaj Salaf as-Soleh. Ia adalah perbuatan haram yang boleh menyebabkan kesyirikan. Allah Azza wa-Jalla telah mengharamkan perbuatan ini sebagaimana firmanNya:

قُلْ اِنَّمَا اَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوْحَى اِلَيَّ اِنَّمَآ اِلَهُكُمْ اِلَهٌ وَّاحِدٌ فَمَنْ كَانَ يَرْجُوْا لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحًا وَّلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ اَحَدًا.



"Katakanlah (Ya Muhammad)! Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". Al-Kahfi, 18:110.

Sebagaimana yang telah diyakini oleh orang-orang yang beriman dan berilmu, bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam diciptakan melalui perantaraan seorang ayah dan seorang ibu. Baginda adalah manusia biasa yang diturunkan wahyu oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala kepada baginda. Keyakinan ini bertentangan dengan kepercayaan penganut Nur Muhammad, kerana kebiasaannya dalam majlis-majlis perayaan maulid yang mereka adakan, digambarkan melalui kitab-kitab maulid mereka tentang keluar- biasaan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, kononnya Allah mencipta alam dan manusia lantaran Nabi Muhammad. Kepercayaan ini juga diingkari oleh al-Quran, kerana dicipta manusia bukan kerana Nabi Muhammad, tetapi supaya mereka beribadah kepada Allah sebagaimana firmanNya:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالاِنْسَ اِلاَّ لِيَعْبُدُونِ.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu". Adz-Zariyat, 51:56.

Amat jelas dari penerangan di atas bahawa sekalian manusia dan segala makhluk dicipta bukan kerana Nur Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam atau bersebab rohnya, sesiapa yang mempercayai segala kekarutan ini adalah kufur dan sesat. Kerana tujuan utama dicipta sekalian makhluk sama ada di langit, di bumi dan di akhirat adalah semata-mata untuk mengEsakan Allah Azza wa-Jalla dalam setiap ibadah mereka.


Persamaan Maulid Nabi Muhammad Dengan Maulid Nabi Isa

Penganut agama Nasrani menyambut perayaan Hari Natal (Hari Krismas) pada 25 Disember setiap tahun kerana memperingati lahirnya Nabi Isa Al-Masih 'alaihi as-salam. Penyerupaan berlaku kepada pencinta bid'ah yang mana mereka menyambut perayaan Maulidur Rasul pada 12 Rabi'ulawal setiap tahun. Malah ditambah lagi dengan menyambut hari kelahiran (hari jadi) keluarga mereka dengan majlis yang meriah dan secara besar-besaran bagi mereka yang mampu. Amalan ini adalah mencontohi perbuatan penganut agama Yahudi, Nasrani atau Majusi yang sentiasa menyambut hari kelahiran nabi atau ketua agama mereka dengan mengadakan perayaan.

Pelaku dan pencinta bid'ah sememangnya sering tidak memperdulikan larangan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam agar tidak meniru atau mencontohi amalan agama Ahli Kitab atau Majusi, sedangkan Rasulullah sallallahu 'alaih wa-sallam dengan tegas telah melarang setiap orang yang beriman dari mencontohi amalan kaum kuffar sama ada dari golongan Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagaimana sabdanya:

مَنْ تَشَبَّهَ بَقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ.



"Barang sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dari kaum tersebut".[27]

Di majlis perayaan maulid atau hari jadi sering berlaku percampuran atau pergaulan bebas (tidak terkawal) antara wanita dengan lelaki yang bukan mahram. Mereka perlu sentiasa ingat bahawa pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya. Maka bagaimana mereka boleh mendakwa mencintai Rasulullah sedangkan di majlis yang kononnya tanda cintanya kepada Nabi tetapi mereka melanggar larangan baginda?.

Ada kalanya perbelanjaan yang dikeluarkan untuk menjayakan majlis memperingati perayaan maulid mencapai jutaan ringgit banyaknya. Sama ada untuk makan minum, hiasan, dekorasi, transportasi, perhubungan, penceramah, nasyid dan sebagainya. Sedangkan perbuatan tersebut tidak pernah mendatangkan faedah, kecuali oleh orang-orang yang suka mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan dengan mengenakan keperluan (untuk majlis tersebut) dengan harga yang tinggi. Sedangkan Rasulullah telah mengharamkan pembaziran harta.

Persiapan untuk mengadakan majlis perayaan maulid sering mengambil masa yang panjang, sama ada untuk menyiapkan pentas, menghias diri dan sebagainya, sehingga ada yang mengabai atau meninggalkan waktu sembahyang. Hal seperti ini menjadi perkara biasa bagi si pembuat bid'ah.

Amalan bangun dan berdiri tegak ketika sampai di bacaan-bacaan tertentu semasa membaca maulid (Berzanji) adalah suatu iktikad (kepercayaan) bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam berserta para sahabat baginda ketika itu sedang menghadirkan diri di majlis tersebut. Hal ini adalah suatu bid'ah, khurafat, tahayyul dan kebohongan yang nyata. Kerana Allah telah berfirman tentang keadaan orang yang telah wafat (meninggal dunia):

وَمِنْ وَرَآئِهِمْ بِرْزَخٌ اِلَى يَوْمٍ يُّبْعَثُوْنَ.

"Dan di hadapan mereka ada dinding (tembok penghalang untuk roh keluar) sampailah ke hari mereka dibangkitkan". Al-Mukmin, 23:100.

Yang dimaksudkan (بَرْزَخٌ) "Barzakh" ialah tembok atau dinding. Iaitu suatu yang memisahkan antara dunia dan akhirat yang tidak dapat ditembusi keluar oleh roh.

Ada pun berdiri kerana memberi penghormatan kepada seseorang yang datang ke majlis bukanlah ajaran dari sunnah Rasulullah, kerana Anas bin Malik pernah berkata:

مَاكَانَ شَخْصٌ اَحَبَّ اِلَيْهِمْ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانُوْا اِذَا رَاَوْهُ لَمْ يَقُوْمُوْا لَهُ لِمَا يَعْلَمُوْنَ مِنْ كَرَاهِيَّتِهِ لِذَلِكَ.

"Tidak ada seseorang yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada Rasulullah. Apabila para sahabat melihat Rasulullah hadir, tidak seorang pun yang berdiri memberi penghormatan. Sebab mereka mengetahui bahawa Rasulullah sangat membenci penghormatan dengan cara berdiri".[28]

Terdapat sebahagian dari pencinta amalan maulid ini beralasan:

"Kami mengadakan perayaan memperingati maulid ini untuk membacakan sirah (sejarah) hidup Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam".

Tetapi kenyataan sirah yang mereka bacakan bertentangan dengan sabda-sabda dan sejarah Rasulullah yang sebenar. Kalaulah begitu apa faedahnya? Apakah orang yang dikatakan mencintai Rasulullah memadai hanya dengan membacakan sirah hidup baginda? Kalau begitu, ini bermakna orang yang mencintai Rasulullah perlu membacanya setiap hari sedangkan mereka hanya melakukannya setahun sekali?

Pembuat bid'ah perlu menyedari bahawa di bulan Rabi'ul Awal adalah bulan kelahiran dan kewafatan Rasulullah, tidak sepatutnya diadakan perayaan (bersuka ria) di bulan kewafatannya sedangkan menunjukkan keprihatinan adalah lebih utama.

Kebiasaannya perayaan maulid diadakan sehingga kelarut malam, dipenuhi dengan nyanyian (nasyid), akibatnya ramai antara mereka yang tertinggal sembahyang Subuh kerana tertidur sehingga matahari terbit.

Sebenarnya tidak ada sesuatupun yang berupa tuntutan agama dari apa yang sering dilakukan oleh pencinta maulid. Terutama semasa mengadakan majlis maulidur rasul, kerana pada kebiasaannya amalan mereka hanya mentaati kehendak orang ramai, sedangkan jika mereka benar-benar ingin mentaati Allah dan mencintai RasulNya caranya telah dijelaskan oleh syara. Pada dasarnya pencinta perayaan maulid telah mentaati selain Allah yang membawa mereka kepada kesesatan. Awas amaran Allah tentang mentaati orang kebanyakan:

وَاِنْ تُطِعْ اَكْثَرَ مَنْ فِى اْلاَرْضِ يُضِلُّوْكَ عَنْ سَبِيْلِ اللهِ.



"Dan jika kamu menuruti (mentaati) kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah".

Al-An'am, 6:116.

Huzaifah radiallahu 'anhu berkata:

"Setiap bid'ah adalah menyesatkan walaupun seluruh umat manusia melihatnya dan menganggapnya sebagai sesuatu yang baik".

Hasan Basri rahimahullah pula menjelaskan:



"Sesungguhnya Ahli Sunnah sejak mulanya memang berjumlah sedikit. Begitu jugalah pada akhir zaman jumlah mereka semakin sedikit. Mereka adalah orang-orang yang tidak digemari oleh orang-orang yang cintakan kehidupan dunia dan bermegah-megah dengan kemewahannya. Ahli Sunnah pula tidak terpikat dengan Ahli Bid'ah. Mereka (Ahli Sunnah) bersabar berpegang teguh kepada sunnah Rasul sehingga bertemu dengan Tuhan mereka. Demikianlah! Maka masuklah kamu ke dalam golongan mereka (Ahli Sunnah) yang sedikit)".

Pecinta perayaan maulid bukanlah dari golongan ahli sunnah yang sedikit sebagaimana yang dimaksudkan oleh Hasan Basri, kerana orang yang mula-mula mengadakan perayaan maulid Nabi ialah Raja Muzaffar di Syam pada abad ke tujuh Hijrah. Orang yang pertama kali mengadakan perayaan maulid di Mesir ialah Bani Fatimiyah. Mereka sebagaimana yang dijelaskan oleh Ibn Kathir adalah golongan orang kufur dan fasik. Begitu juga perayaan maulid bacaan Berzanji paling digemari dan diutamakan oleh mereka yang menganut tarikat Nur Muhammad. Adapun fatwa para ulama muktabar tentang pengharaman majlis maulid:

Berkata Syeikh Muhammad bin Abul Latif semasa ditanya tentang mengeluarkan harta di atas nama maulid Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam:

"Sesungguhnya amalan maulid adalah tergolong dari perbuatan bid'ah yang mungkar dan termasuk kerja-kerja yang keji. Membelanjakan harta kerana majlis maulid Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah bid'ah yang diharamkan, pelakunya adalah berdosa bukan berpahala, maka wajib mengingkari terhadap sesiapa yang melakukan yang demikian".[29]

Boleh difahami dari penjelasan dan fatwa ulama muktabar sebagaimana tertera di atas, bahawa membaca Berzanji dan mengadakan majlis atau perayaan maulid Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam adalah bid’ah yang mungkar.


Sembahyang Di Belakang Pengikut Nur Muhammad

Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin rahimahullah ketika ditanya: Bolehkah seseorang itu bersembahyang di belakang orang yang berkeyakinan bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah cahaya dari cahaya Allah, baginda bukanlah manusia, baginda mengetahui yang ghaib dan seseorang itu boleh meminta pertolongan dari baginda kerana meyakini bahawa baginda memiliki manfaat dan mudarat?

Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaimin rahimahullah menjawab: Sesiapa yang berkeyakinan bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah cahaya dari cahaya Allah dan baginda bukan manusia sehingga mengetahui yang ghaib, maka dia adalah kafir kepada Allah dan RasulNya. Dia menjadi musuh Allah dan RasulNya kerana dakwaannya adalah dusta. Maka sesiapa yang berdusta terhadap Allah dan RasulNya dia adalah kafir. Adapun dalilnya ialah firman Allah:

قُلْ اِنَّمَا اَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ.

"Katakanlah! Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia sepertimu". Al-Kahfi, 18:110.

قُلْ لآ اَقُوْلُ لَكُمْ عِنْدِى خَزَآئِنُ اللهِ وَلآ اَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلآ اَقُوْلُ لَكُمْ اِنِّيْ مَلَكٌ اِنْ اَتَّبِعُ مَا يُوْحَى اِلَيَّ.

"Katakanlah! Aku tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku memiliki perbendaharaan Allah, aku tidak mengetahui yang ghaib dan aku tak mengatakan bahawa aku adalah malaikat, aku hanya mengatakan apa yang telah diwahyukan kepadaku". Al-'An'am, 6:50.



قُلْ لآ اَمْلِكُ لِنَفْسِيْ نَفْعًا وَلاَ ضَرًّا اِلاَّ مَا شَـآءَ اللهُ وَلَوْ كَنْتُ اَعْلَمُ الْغَيْبَ لاَ سْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوْءُ اِنْ اَنَا اِلاَّ نَذِيْرٌ وَبَشِيْرٌ لِقَوْمِ يَؤْمِنُوْنَ.



"Katakanlah! Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudaratan, kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak- banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudaratan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman". Al-'Araf, 7:188.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam pula bersabda:

اِنَّمَا اَنَا مِثْلُكُمْ اَنْسَىكَمَا تَنْسَوْنَ وَاِذَا نَسِيْتُ فَذَكَّرُوْنِيْ.

"Sesungguhnya aku hanyalah manusia seperti kamu, aku lupa sebagaimana kamu lupa, maka apabila aku lupa ingatkanlah aku".[30]

Sesiapa yang meminta pertolongan kepada Rasulullah dengan keyakinan bahawa baginda memiliki manfaat dan mudarat, maka dia telah kufur dan pendusta terhadap Allah dan telah melakukan kesyirikan terhadap Allah. Allah berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمْ ادْعُوْنِيْ اَسْتَجِبْ لَكُمْ اِنَّ الَّذِيْنَ يَسْتَكْبِرُوْنَ عَنْ عِبَادَتِيْ سَيَدْخُلُوْنَ جَهَنَّمَ دَاخِرِيْنَ.



"Dan Rabb (Tuhan) kamu berfirman: Berdoalah (mintalah) kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina". Ghafir, 40:60.



قُلْ اِنِّيْ لآ اَمْلِكُ لَكُمْ ضَرَّا وَلاَ رَشَدًا قُلْ اِنَّيْ لَنْ يُجِيْرَنِيْ مِنَ اللهِ اَحَدٌ وَلَنْ اَجِدَ مِنْ دُوْنِهِ مُلْتَحَدًا.



"Katakanlah! Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sesuatu kemudaratan kepadamu dan tidak (pula) sesuatu kemanfaatan. Katakanlah! Sesungguhnya aku tiada seseorang pun yang dapat melindungiku selain Allah, sekali-kali tidak akan memperolehi tempat berlindung selain dariNya"

Al-Jin, 72:21-22.



Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:



لاَ اَغْنى عَنْكُمْ مِنَ اللهِ شَيْئًا.



"Aku tidak mempunyai kemampuan apapun untuk menolongmu di hadapan Allah".[31]

Oleh itu tidak diperbolehkan sembahyang di belakang orang yang berkeyakinan sebagaimana yang dijelaskan di atas. Ataupun yang sejenisnya juga tidak dihalalkan menjadi imam bagi kaum muslimin.[32]


Wajib Mencintai Dan Mentaati Para Rasul Dan Nabi

Setelah mengetahui tentang wajibnya beriman kepada sekalian para nabi dan rasul, maka kewajiban seterusnya ialah mencintai mereka lebih dari mencintai ibu-bapa, anak-anak, keluarga dan keseluruhan manusia melalui cara yang telah ditentukan oleh al-Quran, iaitu dengan benar-benar mentaatinya, menghayati, mencontohi dan melaksanakan segala cara-cara beribadah yang telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam dan meninggalkan segala yang ditegah. Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

فَوَالَّذِى نَفْسِيْ بِيَدِهِ لاَ يُؤْمِنُ اَحَدُ كُمْ حَتَّى اَكُوْنَ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ.



"Maka demi jiwaku yang di dalam genggamanNya, tidak sempurna iman salah seorang kamu sehingga aku dijadikan lebih dicintai dari orang tuanya dan anaknya”. H/R Bukhari.



لاَيُؤْمِنُ اَحَدُكُمْ حَتَّىاَكُوْنَ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ اَجْمَعِيْنَ.



"Tidak sempurna iman salah seorang kamu sehinggalah aku dijadikan lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya dan manusia keseluruhannya".[33]

ثَلاَثٌ مَنْكُنَّ فِيْهِ وَجَدَحَلاَوَةَ اْلاِيْمَانِ اَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ اَحَبَّ اِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا.

"Tiga perkara yang menjadikan kamu memperolehi kemanisan (kesempurnaan) iman iaitu mencintai Allah dan RasulNya lebih dari selain keduanya".[34]

Setiap orang Islam yang beriman wajib mentaati dan mencontohi rasul utusan tersebut, sebagaimana firman Allah 'Azza wa-Jalla:

يَااَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا اَطِيْعُوْا اللهَ وَاَطِيْعُوْا الرَّسُوْلَ وَاُوْلِى اْلاَمْرِ مِنْكُمْ.



"Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah, taatilah Rasul(Nya) dan ulilamri antara kamu". An-Nisa, 4-59.

وَمَا اَرْسَلْنَا مِنْ رَسُوْلٍ اِلاَّ لِيُطَاعَ بِاِذْنِ اللهِ.

"Dan Kami tidak mengutus rasul, melainkan untuk ditaati dengan seizin Allah". An-Nisa, 4:64.



وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَالرَّسُوْلَ فَاُولَئِكَ مَعَ الَّذِيْنَ اَنْعَمَ اللهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ والصِّدِّيْقِيْنَ والشُّهَدَآءِ وَالَّصَالِحِيْنَ وَحَسُنَ اُولَئِكَ رَفِيْقًا.



"Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu nabi-nabi, para siddiqin, para syuhada dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya". An-Nisa, 4:69.

مَنْ يُّطِعِ الرَّسُوْلَ فَقَدْ اَطَاعَ اللهَ وَمَنْ تَوَلَّى فَمَآ اَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيْظًا.

"Barangsiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan), maka Kami tidak mengutusmu untuk jadi pemelihara bagi mereka". An-Nisa', 4:80.



وَاَطِيْعُوْا اللهَ وَاَطِيْعُوْا الرَّسُوْلَ وَاحْذَرُوْا فَاِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُوْا انَّمَا عَلَى رَسُوْلِنَا الْبَلاَغُ الْمُبِيْنَ.

"Dan taatilah kamu kepada Allah dan taatilah kepada Rasul(Nya), dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawasanya kewajipan Rasul Kami hanya menyampaikan (amanat Allah) dengan terang". Al-Maidah, 5:92.



يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا اَطِيْعُوْا اللهَ وَاَطِيْعُوْا الرَّسُوْلَ وَلاَتُبْطِلُوْا اَعْمَالَكُمْ.

"Hai orang-orang yang beriman! Taatilah kepada Allah dan taatilah kepada rasul dan janganlah kamu merosakkan (membatalkan pahala) amalan kamu". Muhammad, 47:33

Mentaati Allah Tabaraka wa-Ta’ala dan rasulNya dengan penuh keimanan hanya boleh dibuktikan dengan mengembalikan segala persoalan yang bersangkut-paut dengan akidah, ibadah atau hukum ahkam agama hanya kepada Allah (al-Quran) dan RasulNya (al-Hadith yang sahih) tanpa ada persoalan dan dilakukan penambahan (bid'ah). Prinsip keimanan yang sempurna ialah berpegang teguh dan menggigit kedua kitab ini tanpa berbelah-bagi atau ragu. Sesiapa yang meninggalkan pegangan al-Quran dan al-Hadith, dia telah membawa dirinya kepada kesesatan dan kekafiran yang nyata:

فَاِنْ تَنَازَعْتُمْ فِى شَىْءٍ فَرُدُّوْهُ اِلَى اللهِ والرَّسُوْلِ اِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ والْيَوْمِ اْلآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَاَحْسَنُ تَاْوِيْلاً.

"Jika kamu saling berbantah-bantahan dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (as-Sunah) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya". An-Nisa, 4:59.

Para nabi dan rasul adalah manusia pilihan Allah Tabaraka wa-Ta'ala yang terbaik, paling sempurna dan termulia di antara sekalian manusia, namun wajib diimani juga bahawa Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam adalah yang paling mulia dan penutup para nabi dan rasul.

Tidak dihalalkan seseorang itu mendakwa bahawa ibu-bapanya, dirinya, gurunya, para wali atau syeikh-syeikh tarikat mereka lebih baik dari salah seorang para nabi atau rasul yang telah diutus. Kenyataan ini yang diperkuat dengan nas-nas syara adalah menyangkal dakwaan sesetengah dari para syeikh tarikat atau penganut tasawuf (sufi) yang kesasaran bahawa ada di antara syeikh mereka yang lebih baik dan mulia dari para nabi dan rasul utusan Allah Azza wa-Jalla. Dakwaan mereka dapat ditolak melalui sabda Nabi Muhammad salallahu 'alai wa-sallam:

مَا كَانَ لِعَبْدٍ اَنْ يَقُوْلَ اِنِّى خَيْرٌ مِنْ يُوْنُسَ بْنِ مَتَّى.

"Tidak selayaknya bagi seorang hamba mengatakan: Sesungguhnnya aku lebih baik dari Yunus bin Matta"[35]

Sebenarnya, sebagai tanda seseorang itu mencintai Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam semestinya dibuktikan dengan mencintai Allah terlebih dahulu, dan sebagai bukti seseorang itu benar-benar mencintai Allah dan RasulNya, maka ia perlu memenuhi syarat yang telah dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala sebagaimana yang dijelaskan di dalam firmanNya:

قُلْ اِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّوْنَ اللهَ فَاتَّبِعُوْنِيْ يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْلَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ.

"Katakanlah! Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Ali Imran, 3:31.


Nabi Terakhir Diutus Kepada Semua Kaum

Setiap nabi dan rasul telah diutuskan hanya kepada kaumnya masing-masing sahaja. Namun Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam sebagai nabi dan rasul terakhir telah diutus sebagai rahmat kepada sekalian manusia dan jin di segenap pelusuk dunia dari zamannya sehinggalah ke Hari Kiamat kelak. Firman Allah:

مَا كَانَ مُحَمَّدٌ اَبَا اَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ وَلَكِن رَّسُوْلَ اللهِ وَخَاتَمَ النَّبِيِّيْنَ.



"Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi". Al-Ahzab, 33:40.

وَاَنَا الْعَاقَبُ الَّذِيْ لَيْسَ بَعْدَهُ نَبِيٌّ

"Aku adalah ikutan yang tidak ada Nabi sesudahku".[36]

Syariat Islam yang telah dibawa oleh baginda Rasulullah sallahu 'alaihi wa-sallam telah memansuhkan segala syariat sebelumnya. Begitu juga sebagaimana yang dijelasakan oleh ayat di atas bahawa kitab al-Quran yang terpelihara telah diturunkan kepada Rasulullah salallahu 'alahi wa-sallam menjadi penutup kepada semua nabi-nabi, para rasul dan semua kitab-kitab sebelumnya. Sabda Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam:

اِنِّيْ عِنْدَ اللهِ مَكْتُوْبٌ خَاتِمُ النَّبِيِّيْنَ وَاِنَّ آدَمَ لَمُنْجَدِلُ فِى طِيْنَتِهِ.



"Sesungguhnya aku di sisi Allah telah tercatit sebagai penutup para Nabi. Dan sesungguhnya Adam adalah lebih dulu diturunkan ke bumi".[37]

Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menurunkan al-Quran yang sentiasa dalam pemeliharaanNya ke bumi melalui malaikat Jibril ‘alaihi as-salam. Keseluruhan isinya telah disampaikan oleh Nabi Muhammad kepada umat baginda yang mana isinya tidak boleh diubah, ditambah, diganti atau dicemari dengan kata-kata atau pendapat manusia walaupun satu kalimah. Allah telah menyempurnakan Islam melalui kitab yang disampaikan oleh NabiNya Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sebagai Nabi penutup. Oleh itu, tiada siapa yang boleh mencabuli al-Quran dengan merubah erti, maksud atau maknanya walau satu huruf.

Yang dianggap agama hanyalah apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad yang dinamakan “Islam”. Hanya agama Islam yang diterima dan diredhai Allah sehinggalah ke Hari Kiamat sebagaimana firmanNya:

اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ وَاَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِيْ وَرَضِيْتُ لَكُمُ اْلاِسْلاَمَ دِيْنًا.



"Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku redhai Islam itu sebagai agama bagimu". Al-Maidah, 5:3.

Oleh sebab itu, tidak boleh mengingkari kerasulan Nabi Muhammad salahu 'alaihi wa-sallam dan kesempurnaan agama yang diturunkan kepada baginda, sesiapa yang mengingkarinya ia telah membatalkan keimanannya. Begitu juga sesiapa yang mengingkari dan membohongi hadith-hadithnya yang sahih serta menafikan (meniadakan) setiap khabar yang datang darinya ia dianggap kufur. Syariat Islam dengan jelas dan tegas telah mengharamkan (mengkufurkan) seseorang yang mengaku sebagai nabi, rasul atau memberi sifat kenabian atau kerasulan kepada seseorang sesudah Nabi Muhammad salallahu 'alaihi wa-sallam wafat.

Akhir kata, semoga kita sekalian sentiasa mendapat kebaikan dan hidayah Allah, dihindarkan dari segala kecelakaan dan kesyirikan. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, para sahabat serta mereka yang berittiba’ dengan baik. Dan disudahi dengan wal-Hamdulillahi Rabbil ‘Alamin.

[1]. H/R Turmizi dalam sahihnya.

[2]. Lihat: Berzanji. Hlm. 7. Jaafar Berzanji. Terjemahan Amir Hj. Marzuki. Jabatan Agama Selangor, Jabatan Dakwah.

[3]. Lihat: Terjemahan Maulid Berzanji &Daiba'i, Susunan Zulkifli Mat Isa. Hlm. 1. Jahabersa.

[4]. Lihat: فصوص الحكم Hlm. 39. Ibn Arabi. Ta'lik Dr. Abu al-Afifi. Dar Kitab Arabi.

[5]. Lihat: مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجي نثر وبرزنجي نظم hlm. 19.Percetakan al-Maarif Sdn. Bhd.

[6]. Lihat: شعار السالكين. Jld. 4. Hlm. 102. Syeikh Abd. Samad al-Palembani. BPPI. Selangor & Wilayah Persekutuan.

[7]. Lihat: Terjemahan Maulid Berzanji & Daiba'i, Hlm. 52. Susunan Zulkifli Mat Isa. Jahabersa.

[8]. Lihat: اركان الاسلام والايمان Muhammad bin Jamil Zinu.

[9]. Lihat: Terjemahan Maulid berzanji & Daiba'i. Hlm. 3. SusunanZulkifli Mat Isa. Jahabersa.

[10]. H/R Turmizi. Menurut al-Albani hadith ini adalah sahih. Lihat: اركان الاسلام والايمان Muhammad bin Jamil Zinu.

[11]. Lihat: .مجموعة الموالد وادعية شرف الانام برزنجى نثر وبرزنجى نظم Hlm. 36. Percetakan al-Maarif Sdn Bhd.

[12]. Lihat: مولد النبى صلى الله عليه وسلم للبرزنجي * للديبعي Hlm. 94. Cetakan pertama 1995. Jahabersa.

[13]. H/R Ahmad dan Bukhari.

[14]. H/R Al-Bazzar. Menurut al-Albani hadith Sahih. Lihat: Al-Jami' 4444.

[15]. Al-Albani menganggap hadith ini sahih. Lihat: Al-Jami'. No:2337.

[16]. H/R Bukhari dan Muslim.

[17]. Lihat: اركان الاسلام والايمان Muhammad bin Jamil Zinu.

[18]. H/R Bukhari dan Muslim.

[19]. Lihat: Terjemahan Maulid Berzanji & Daiba'i. Hlm. 60. Zulkifli Mat Isa.

[20]. Lihat: اركان الاسلام والايمان Muhammad bin Jamil Zinu.

[21]. Sebahagian teks dalam tajuk ini disalin (dinukil) dari buku الفرقة الناجية oleh Muhammad bin Jamil Zinu.

[22]. Sebahagian masyarakat Melayu menyebut "maulud".

[23]. Lihat: Terjemahan Maulid Berzanji & Daiba'i. Hlm. 52. Susunan Zulkifli Mat Isa. Jahabersa.

[24]. Ibid. Hlm. 75.

[25]. H/R Turmizi (hadith sahih).

[26]. H/R Bukhari.

[27]. H/R Abu Daud. (Hadith sahih).

[28]. H/R Ahmad dan Turmizi. (hadith sahih).

[29]. القول الفصل فى حكم الاحتفال بمولد خير الرسل (ص) Hlm. 55. Ismail bin Muhammad al-Ansari. Wazarah as-Syuun al-Islamiyah wal-Aukaf wa- Addakwah wal-Irsyad. Saudi Arabia.

[30]. H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasaii dan Ibn Majah.

[31]. H/R Bukhari, Muslim dan an-Nasaii.

[32]. Keseluruhan tajuk dan teks ini dinukil (disalin) dari: مجموع فتاوى ورسائل Juz. 1. Hlm. 333-334. شيخ محمد بن صالح العثيمن.

[33]. H/R Bukhari.

[34]. H/R Bukhari (15), al-Ilm. Muslim (60) al-Iman. Turmizi (2548) al- Iman an-Nasaii (4903) al-Iman wa-Syari'uhu. Ibn Majah (4023) al- Fitan. Ahmad (11679) Musnad al-Mukathirin.

[35]. H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad.

[36]. H/R Bukhari dan Muslim.

[37]. Hadith sahih riwayat Hakim.








1 comment:

  1. assalamualaikum...ana rase sedih kerana tidak ramai umat islam sekarang tidak mahu membaca artikal2 islam seperti ini

    ReplyDelete